Wednesday, March 14, 2018

Bukan pilihan

Assalamualaikum

Bersiaran lagi hanya kerana satu emel. Huu

Alya, miss you 😘

......
Baiklah kali ni keluhan tentang dunia penulisan.

Aku? Still menulis walaupun waktu sangat cemburukan aku weh. Sebelum ni, lepas subuh tenang2 je boleh menulis. Laaa ni tidak lagi. Seiring dengan waktu, dunia penulisan dah tak macam dulu. Sedih sangat2 sampaikan ramai dah penulis mainstream macam aku give up. Dan lahirnya bak cendawan penulis hingusan malah masih bersekolah pun ada.

Kalau tengok beza dulu (first time menulis 2010) dan sekarang, dulu seronok je. Kita takkan dengar betapa buruknya penulisan. Laaaa ni, habis kena kecam belaka. Terutamanya bila ada pihak lain merealisasikan idea penulis. Makanya, zaman ni berlaku lambakan dan pengaruh yang cukup besar untuk anak2 sekarang. Sedihhh sangat. Lagi sedih karya yg dicop melalaikan. :(

Biarpun bagi pulangan pada penulis, tapi impactnya sangatlah tak elok. Sangat2....

Lambakan penulis, lambakan karya, tapi permintaan kurang. Tenat dah orang malaysia ni bila budaya membaca tak macam dulu dah.

Tambah sekarang isu baucer buku dah ditukarkan kepada kad bank yg mana duit dideposit terus dalam akaun dan pelajar boleh beli benda lain selain buku. Kesannya teruk kepada penerbit buku. Kesian depa tau dak? Tau dakk?? Hmmm

Lagi kesan paling dasat bila mana penerbit tak mampu buat bayaran royalti pada penulis ikut agreement yang dah dibuat. Sadisss wehhh.. report kdnk pun takdak apa jadi. Sudahnya, penulis terpaksa menangis kat belakang pintu. Huu

Okeylah. Tetibe aku malas nak cerita mende yang menyakitkan hati ni. Haha. Pada aku senang je. Hutang tetap hutang oi. Mati susah hutang tak settle.

Okbai. Doakanlah muga dikurniakan idea yang baik agar beri manfaat pada pembaca. Ameen InsyaAllah:)

No comments: