Hmmm
Abah : Sar.
Aku : *tengah sidai kain pandang abah aku yang senyum senyum. (Abah aku jenis orang susah senyum melainkan kalau benda tu betul-betul kelakar bagi dia)
Mak : Sini kejap. Nak cakap sikit.
Aku: Kenapa? *aku dah kerut-kerut kening sambil sidai baju sebakul.
Abah: *senyum senyum lagi.
Aku: ????
Mak: Kalau ada orang nak, kau nak tak?
Aku : Erkkk. Siapa yang tanya???
Mak : Tu haaa ada tu haaa nak carikan sifulan tu. Dia suruh tanya mak. Kalau nak, orang tu nak cepat2 je masuk minang.
Aku : Orang kenal pun tak. Orang tu pun tak pernah kenal orang. Gila ke apa? *aku terkejut plus menyampah nak dengar.
Mak: tu laa. Mak sebenarnya malas nak cakap dengan kau. Tapi mak dah cakap dengan orang tu kau tak nak. Belum nak lagi.
Aku : Mak, orang ni hutang banyak. Orang tak pernah fikir pun nak ke "situ" lagi selagi hutang tak habis. *dalam hati, entah2 tak kawen kot hoho
Mak : Mak dah cakap je kau tak nak. Lagi pun, kalau nak pun, mak tak nak kau jauh. Anak perempuan dah la sorang bla bla bla bla...
Aku : Haihhh... ada lagi orang nak match maker sesuka hati erk.
********
The moral is....
Jodoh ni susah nak cakap. Membohong la takde rasa nak kahwin. Tapi ni soal KAHWIN. Ingat senang ke? Ingat nak main pondok2? Laaa ni dah akhir zaman. Bak kata someone, dahulukan yang wajib didahulukan. Aku ada lagi mak abah. Apa yang terpikul kat bahu ni belum pun sempat settle. Untuk tambah lagi tanggungjawab baru buat masa ni, amatlah tak sesuai.
Aku tahu DIA tahu yang terbaik untuk aku. This is not the right time. Nak bina masjid, mental fizikal harussslahh bersedia. And the most important hati. Bukan tolak jodoh, tapi aku percaya kalau memang dah dialah yang terbaik, tunggang terbalik pun, dia jugaklah nanti. Cuma lambat atau cepat je.
Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat. Bila kondisi manusia di sekeliling ni banyak yang bermasalah tentang jodoh, kenapa tidak aku buat pilihan untuk menolak? Bak mak aku kata, zaman sekarang ni, bukan macam dulu. Paling tidak pun, nak juga kenal2 dulu. Bukan pakai setuju je. Cukup2 la contoh yang ada kat sekeliling ni. Cerai berai baru sebulan dua kahwin. Yang dah bertahun kahwin tapi kena pukul selalu. Apakahhh???? Demi Allah aku takut semua tu. Dan benda tu buat aku beribu kali fikir.
Kalau sebelum ni aku pernah tolak keseriusan seorang hamba Allah yang berniat baik hanya kerana kondisi aku yang tak mengizinkan, inikan pula aku nak terima yang tak pernah kenal? Allahuu aku belum ada kekuatan untuk semua tu.
Selalu aku fikir, kenapalah orang asyiklah nak fikir soal ni. Padahal ada lagi yang penting dalam hidup ni. Yang betul2 cukup syarat, takpelah. Yang tak berapa cukup tapi berangan lebih, tu memang masalah. Takziah untuk mereka yg gagal. Hmm
*aku sebenarnya jeles gakla tengok member aku MOSTLY dah ada anak yang sekolah. Hahah
2 comments:
Salam. Wah..aku pon lately terfikir dgn serious.Suddenly.hehe..kalo ada yg serious meminang, aku on je lah.Malas menanti putera idaman tak muncul tiba.haha
Wsalam. Tipulah tak fikir kan? Lagi pun ko dah ada adik2 yg kawin. Samalah aku pun. Cumanya hal ni bukan jadi hala tuju aku. So, terpaksalah tolak jugak even umur aku bukan makin muda. Huuu
Tapi ko kalau ada orang masuk minang, silalah cepat2 haha jangan lupa jemput. 😁
Post a Comment