Assalamualaikum...
Baru hari ni aku sedar, sesedar sedarnya siapa MANUSIA.
Sering aku momokkan dalam penulisan dan dicanang juga di hadapan kawan-kawan dan keluarga, agar sentiasalah BERSANGKA BAIK, sentiasalah BERSABAR.
Baru hari ni aku faham kenapa SABAR itu benda yang paling susah nak buat dalam kita istiqomah ke jalan yang lebih lurus.
Dan baru hari ini juga aku sedar akan segala KEMAHUAN kita sebenarnya BUKAN MILIK KITA walaupun sedia maklum akan maksud surah al-baqarah ayat 216. ~enough SAR. kaw sebenarnya tahu dari mula lagi.
Betullah juga kata seorang hamba.. "Tak suka macam mana pun, kalau Allah dah tentukan hidup kaw macam tu, macam tu jugak akhirnya... Yang kaw tak suka tu la, yang kaw kan dapat.." ~telan walaupun pahit.
Mungkin aku perlu beralih arah lagi buat sekian kalinya walaupun terasa payah. Allahu.. Sumpah aku takut.
Terima kasih atas segala PINJAMAN-Mu yang sementara. Alhamdulillah.. :')
Langit tak selalunya cerah,.. percayalah sar.
MANUSIA. Sungguh pelbagai nafsu, pelbagai rasa. Namun kaw tetap MANUSIA macam aku. Ada rasa ada nafsu.
.....
Jadilah MANUSIA TIDAK MENYAKITKAN..
4 comments:
Salam. Cewah. Makin dalam dan tersirat post ko cik sar wei..ehe..apa2 pon teruskan bersabar. Ingat surah Ankabut 2 hingga 3.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
Take care sahabat :)
wsalam beb.
dah terlalu banyak sangat pakai sportlight. sekali sekala, elok duduk dalam gelap. guna deria yang ada. ~ayat tak menahan. haha
thanks weh atas ingatan. Insya-Allah. :)
kaw juga take care sahabat! :)
salam. maaf baru sedar komen haritu. selamat berkenalan!
teringat ayat yang bila nabi adam as dan siti hawa dicampakkan ke bumi dari syurga.
kita sering mengejar kebahagiaan di dunia walhal tempat asal kita semua manusia adalah syurga. sebab itu dunia ini sering menyakitkan kita dan sering buat kita kecewa dan menangis. sebab dunia adalah tempat buangan.
takpe. sebab nak balik syurga mahal hargaanya. maka kita kena rasa sakit sikit. bertahan ya. percaya.. Allah sayang Dia bagi ujian. sekurang2nya Dia masih pandang kita. :)
salam kenal.
allahu. huwaa. tak sangaka sudi ke mari. *terharu.
insha-Allah. terima kasih atas perkongsian. :')
anyway, suka apa yang ada kat blog awak. sangat bermakna. :')
Post a Comment