Assalamualaikum.
Lama sangat dah.. ~rindu bertamu lagi. tapi takpa. tu ujian ketahanan hati! Tabah sar tabah!
Sungguh Dia lagi tahu apa yang kita perlu. Tapi kita, tetap juga nakkan apa yang kita mahu.
Harum mewangi aku mulakan 2013 namun haruman tu tak pun terus kekal bila angin alpa membawanya. Di pertengahan lagi sudah dikhabarkan akan ada monsun yang melanda, tapi hati degil hanya demi insan-insan tercinta. ~ hidup semata-mata demi membalas hutang budi yang dibawa, apalah salahnya. :') ~tabah lagi sar!
Penutup 2013, jelas nyata haruman yang dibawa terus hilang aromanya. Rezeki milik Tuhan. Ditarik satu, dihulur lain. Alhamdulillah. Tapi tu la hati. mengada-ngada! Bagi leher, nak wings pula. Kan dah kata Dia takkan bagi apa yang kita nak, degil! Hilang sudaa..
2014 membuka tirai dengan senyuman tidak berperisa. Ia jatuh lagi sebenarnya namun senyum senang cuba diperisakan. Bukan kehendak apa yang jadi. PlanNya sudah begitu, maka begitulah.
Pasang azam barulah sar!
Azam baru? Sejak bila kau ada azam? payau senyum.
"Takda azam, tidak bermakna takda masa depan."
Dia tahu yang terbaik. Pastinya pada esok hari, kita tetap juga inginkan yang lebih baik. ~Tu pun kalau ada terjaga dari tidur. Tak perlu pun tunggu tahun baru, baru nak ada azam. ~sedapkan hati. Tekak pahit!
Apa lagi lepas ni?
"Jangan risau pada yang tidak tentu keadaannya"
Reda, usaha lagi..
Alhamdulillah..
~bisikan hati kecil masih diperkenan. Alhamdulillah. rindu bertamu seketika sudah pun terbayar. Alhamdulillah. Insha-Allah hanya doa yang mengiringi. :')
No comments:
Post a Comment