Thursday, June 21, 2012

Malu kerana berubah?

Assalamualaikum...

Erm, bukan berubah dari miliki N3310 kepada Samsung Galaxy SIII. Saya ingin berkata tentang perubahan ke arah kebaikan. ~macam artis2 kita sekarang yang dah banyak pakai tudung tu. Lebih kurang macam tu la. ~walaupun saya takdala sebagus mana pun. Banyak lagi lubang2 yang perlu ditampal.

Saya sekadar menjawab pertanyaan seseorang mengenai "Melegakan hati yang malu ke pangkal jalan." Saya nak mintak maaf kepada yang bertanya sekiranya entry agak lama diperam dan soalan kamu lambat ku jawab. Saya jawab ikut kemampuan dan sekadar pendapat saya sahaja. Mungkin juga tidak cukup lengkap. ~jika ada salah, harap maaf. :')

********

Seseorang dari zaman 'JAHILiah' berubah ke zaman yang lebih 'bertamadun' (beragama, berakhlak) sesungguhnya akan mengalami satu perubahan yang amat ketara dari segi kehidupannya. Ada yang menyatakan ibarat dilahirkan semula. Maknanya, di tinggalkan semua segala keburukan yang dilakukan dahulu dan berubah menjadi yang lebih baik serta melakukan kebaikan. Ingin ditegaskan di sini, setiap orang yang berubah (lebih baik) mempunyai pengalaman, situasi, keadaan yang berbeza seperti yang dikehendaki olehNya.

Tidak dinafikan perasaan malu biasanya yang mula-mula wujud di dalam hati apabila kita ingin berubah jadi lebih baik. Pada pendapat saya, sebenarnya bukan malu kepada yang Satu, tetapi lebih kepada keadaan sekeliling (manusia di persekitaran). Sewajarnya kita perlu malu kepada Dia berbanding orang sekeliling. Dia yang menilai baik buruk kita. Tidak perlu wujud perasaan malu untuk berubah jika sebenarnya perubahan yang dilakukan hanya ingin mendapatkan keberkatan dan keredhaan dariNya. Bukan orang sekeliling tu yang tentukan keberkatan dan keredhaan hidup kita. Sewajarnya kita lebih malu jika melakukan kesalahan dan dosa berbanding malu untuk mendekatkan diri kepadaNya. (wah..aku bercakap mengalahkan bagus sangat. :p).

NIAT. Kena tanamkan, tetapkan niat, tetapkan hati dan tekad untuk berubah rasanya yang paling penting dalam melakukan perubahan. Adanya tekad dalam hati, perasaan malu (sesama manusia) dapat dibuang. Kita kena tahu apa sebab utama kita berubah. Dan sudah tentulah kepada mereka yang ingin berubah, akan berubah hanya kerana Allah. Bukan sebab girlfriend/boyfriend! Bila break, dah berubah jadi lain pulak.. 

Bak kata seorang sahabat;

"Hati kita dari sejak lahir kenal ayat2 Allah iaitu Al-Quran. Sebab tu la, ada sesetangah orang, bila baca al-Quran atau dengan orang baca, hati terus rasa sayu, dan rasa nak menangis. Yang sebenarnya, hati kita sayu sebab HATI kita faham dengan ayat2 Allah. Kita aja yang tak faham sebab tak belajar bahasa arab!"

RASULULLAH IKUTAN TERBAIK. Mencontohi akhlak Rasulullah saw merupakan panduan terbaik dalam melakukan perubahan diri. Allah menjadikan baginda sebagai khalifah di muka bumi ini. Begitu juga dengan sekalian umatnya yang mana mengikut segala tuntutan agama dari segi akhlak, ibadah, aqidah dan syariatNya.

JAUHI. Langkah pertama yang dirasakan boleh digunapakai untuk mengelakkan perasaan ni, jauhkan diri dari mereka2 yang kerjanya nak mengkondem dan tak memberi kebaikan pada diri pun. Bukan untuk memutuskan hubungan silaturrahim itu, tapi sekadar menjauhi dan tidak bergaul dengan mereka2 untuk mengelak kita terjebak kembali. Hati manusia yang ingin berubah, akan sering mendapat gangguan syaitan yang agar kita kembali melakukan dosa dan keburukan. Itu yang boleh menyebabkan seseorang itu berbolak balik hatinya. Pengaruh persekitaran juga sebenarnya memainkan peranan penting. Kerana persekitaran jugalah seseorang itu boleh berubah dari baik ke kurang baik.

TEMAN BARU. Pilihan di tangan kita kan? Kita berhak memilih jika benar-benar inginkannya. Pilihlah sahabat dan teman yang boleh sama2 membawa kebaikan kepada diri kita. Perasaan malu tidak akan wujud apa yang kita lakukan seiring dengan apa yang turut diaorang buat. Jangan malu untuk bersahabat dengan mereka2 yang lebih baik dari kita. Sebab mereka2 (lebih baik) tidak akan meninggalkan orang ingin berkawan (mahu berubah) dengan mereka. Malah, mereka dengan senang hati akan menarik kita dan pimpin tangan kita sama untuk melakukan kebaikan. Percayalah sahabat...

Kata orang MALU BIARLAH BERTEMPAT. Kalau malu melakukan kebaikan, maknanya TAK MALU MELAKUKAN KEBURUKAN? oh... jauhilah statement SEWEL tu... 

Selain itu, dekatkanlah diri dengan Allah. Jangan Malu memohon dan merapatkan diri kepadaNya sebagaimana Dia menerima diri kita seadaNya. Sesungguhnya DIA maha mengetahui segala yang tersembunyi. Termasuklah apa yang tersirat di hati kita. :')

***********



Saya nak kongsi sikit ilmu.

"Suburkan Iman secara berterusa supaya ia tidak Tercabut!" (Amaludin, 2009) ~saya sangat suka ayat ni.

Bayangkan iman yang senipis kulit bawang jika terus dibiar dan terbiar? Alamatlah boleh terus hilang. Bila dah hilang, gelaplah hati. Penting untuk kita tahu bahawa iman itu, selain boleh berkurangan ia juga boleh malayang dan tercabut keluar kerana melakukan dosa2. CTH: Saya teringat sorang lecture pernah cakap.

"orang minum arak ni, ibarat 'membersihkan' tubuh, dapat lesen baru!"

dan yang sebenarnya; sabda Rasulullah saw bermaksud;

"Barangsiapa yang bezina, atau meminum arak, maka Allah akan mencabut iman daripada hatinya, sebagai mana orang melepaskan (mencabut) pakaian melalui kepalanya." riwayat al-Hakim.

"Adalah satu malapetaka yang amat besar andai Allah swt mencabut iman dari hati manusia. Bayangkan seseorang yang direnggut nyawa saat imannya tercabut." (amaludin, 2009) ~nauzubillah.

.............

"Jangan biarkan dosa menguasai hingga hilang Malu!" (Amaludin, 2009)

Seperti di atas tadi. MALU BIARLAH BERTEMPAT!

Seperti pelopor utamanya iblis laknatullah yang begitu sombong dan bongkaknya kepada Allah kerana ia dijadikan daripada api manakala nabi Adam dijadikan daripada tanah.

Maka, jika ada mereka2 yang cukup berbangga melakukan kejahatan, keburukan dan dosa, tidak jauh bezalah dengan golongan pelopor di atas.

Golongan manusia yang berbangga dengan dosa-dosa yang dilakukan (kemaksiatan dsb.) tidak akan tergerak hatinya untuk melakukan taubat malah tidak terampun dosanya seperti mana yang dijelaskan oleh Rasulullah saw;

"Setiap umatku akan mendapat keampunan melainkan mereka yang (sifatnya) terang-terangan. Antara (contoh) terang-terangan itu ialah: seseorang lelaki yang melakukan maksiat pada malam hari. Kemudian dia 'berpagi' dalam keadaan perbuatan (dosanya itu) ditutup oleh Allah. Kemudian dia berkata; "Semalam aku melakukan sekian, sekian.." Dia bermalam dalam keadaan ditutup (Allah) kejahatannya tapi dia berpagi dalam keadaan (dia) membuka tutupan Allah (ke atas dirinya)." 
~riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abi Hurairah).

*************

Sekadar perkongsian dan peringatan kepada diri ini. Jom sama2 audit diri! :')
maaf atas sebarang kesilapan yang berlaku. :')
mungkin ada yang tidak lengkap, maaf!

Wednesday, June 13, 2012

Damba Syafaat!

Assalamualaikum :')

~amaluddin (2009)


Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh kebaikan seumpamanya. Tidak aku katakan 'Alif Lam Min' itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf san Min satu huruf." (Riwayat at-Tarmizi)

Sabda Nabi SAW: "Bacalah olehmu akan al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembacanya." (Riwayat Muslim)

Sabda Nabi SAW: "Sebaik-baik ibadat umatku adalah membaca al-Quran." 
(Riwayat at-Tarmizi)