Assalamualaikum :)
Erm.. disebabkan otak kian kurang rajin bekerja keras, makanya ingin ku kongsikan petikan ayat yang kurasakan agak sinikal dan boleh 'makan dalam' pada yang membaca. Aku hanya mampu tersenyum jugaklah bila membacanya.
"Jangan kamu menghampiri zina." (Al-isra' 17:32)
Mencegah lebih baik mengubat. Allah mencegah manusia bukan sahaja daripada zina, malah menghampirinya pun jangan!
Perkara2 yang termasuk dalam istilah 'menghampiri zina' termasuklah melihat, mendengar, bergaul dan terlibat secara langsung atau tidak dengan perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, menonton cerita atau filem yang bertentangan dengan akhlak islam, lagu dan naynyian cinta yang asyik dan melalaikan, membaca atau menatapa buku, majalah atau media Internet yang mengandungi unsur-unsur lucah dan sebagainya.
Malangnya perkara-perkara itulah yang sedang subur dalam masyarakat kita. Perkara2 menghampiri zina itulah yang dianggap moden, maju dan trend terkini. Ironinya, kita yang memekik, bertempik dan gelisah kerana AIDS.
Berbagai langkah telah diambil oleh kita untuk mengatasi masalah AIDS. Galakan menggunakan kondom dengan membelakangkan perintah Allah supaya tidak bergaul bebas samalah seperti menggalakkan zina tetapi mesti "SELAMAT" daripada AIDS! Apakah yang sedang kita tanam dalam fikiran dan jiwa umat islam, takut akan Allah ataupun AIDS??
Kita sepatutnya insaf, penzina2 boleh bebas daripada AIDS (kerana diajar cara2 mencegahnya) tapi mereka tetap tidak dapat melarikan diri daripada seksa Allah di nearaka kelak. Seksa AIDS brakhir dengan kematian, tetapi seksa neraka kekal abadi. Mana lebih pedih?
~ bukan aksi sumbang :D |
Itu antara petikan ayat yang menarik dari artikel yang ditulis. Sama-samalah kita fikir ya. :)
Sekian.
*credit to: "AIDS di Akhirat Lebih Dasyat."
~solusi 41