Wednesday, March 21, 2012

Lelaki tak hilang?

Assalamualaikum :D ~pupukan semangat tak berapa nak ado! :P

Erm, kalau tengok paper kosmo hari ni, helaian terakhir penuh dengan wajah2 si gadis yang hilang. Tak kiralah diculik ke...sengaja diculikkan diri sendiri ke...dsb.

Sayang seribu kali sayang. Agak sedikit kecewa apabila ianya melibatkan KAUM HAWA jugak... Last2 nanti kes tutup sebab, 'mangsa melarikan diri mengikut kekasih'. MashaAllah. takut seh... macam2 hal. Kesian pada mak ayah yang berendam air mata yang dok bilang hari2 takut anaknya menerima nasib trend jenayah paling glemer sekarang, BUNUH, BAKAR!. Bak kata kumpulan shiro, orang gila aja yang buat kerja gila macam tu. Tak ke gila namanya.. ~hee :D

Dalam pada aku jeling2 nama2 dan wajah yang terpampang, ~takut ada yang kenal pula. Aku baru perasan semuanya kaum hawa dalam kes2 anak hilang ni. MashaAllah.

~macam biasa. Gambar memang takda kene mengena :D

Erm... Aku terfikir, anak remaja lelaki tak pernah hilang ke eh? Agak2 ada tak yang lari ikut kekasih? Ke...sebab keluarga halang percintaan lepas tu sanggup lari dari rumah? Ada ke? Atau kes2 tersebut tidak dilaporkan?? Hmm... Bunyi macam kelakar ni. Tapi, tulah persoalan yang berlegar kini...

14 comments:

~PENCHENTA~ said...

Agaknya ni satu usaha untuk menampung kekurangan bilangan lelaki zaman ini kut kak. Yelah, memandangkan lelaki tak hilang, dan wanita kena buang, last2 cukuplah kut untuk lelaki tidak berpoligami. >.< Haha. Teori pe kejadah ni. Haha

s a r said...

ahaha. kamu sangat kelucuan sih! eheh. kekadang terfikir gak la teori kamu kan. hee. ada jugak betulnya. 0.01 percent gamaknya. ahah.

erm, tak taulah penchentaqu. akak rasa ada kes2 macam tu. sebab skrg ni libatkan girl kan. salah sikit orang nampak.

ghost said...

nih bukan sebab apa, dowang bukannya hilang yang sebenarnya. ada di antaranya yang diculik alien. hanya alien jer buat keje culik menculik orang utk buat eksperimen. takkan nak culik lelaki, lelaki bukannya ada sistem peranakan pun. rugi jer culik lelaki.

s a r said...

ahaha. agak2 alien tu mendarat dekat mana eh? hurm... tengah fikir jugak ni.

eh, semata2 untuk sistem peranakan? erm... tak sangka alien pun ada hati nak kahwin kacuk dengan manusia kan.

hansuke said...

sebab budak laki ramai duk umah sewa dan bukan duduk bersama ibu bapa. takkan ada pulak isu lari rumah nak kawin. logik kot sar..haha~

macam aku. duduk umah sewa sejak tahun 2006. aku nak gi sabah ke, nak gi indon ke, aku nye pasal, takdanya mak aku nak halang, kalu pakai duit mak ayah lain la citer. :P

bab, budak pompuan hilang ni sebab ada banyak perkara. meh aku senaraikan.

1. lari ngn bf sebab parents tak setuju, atau pon kawin lari kat thailand sebab parents tak setuju.

2. budak pompuan kecil kena culik:
i) sama ada, kena hantar pergi cina, bela sampai matang skit dijadikan pelacur atau
ii) diambil organnya.
iii) dirogol, dan dibakar untuk hilangkan bukti.

3. pompuan dewasa kena culik:
i) dirogol, ditanam, dibakar untuk hilangkan bukti
ii) hantar ke pusat pelacuran, ditahan, dikurung, n tak boleh lari, sebab tu susah nak dikesan oleh polis.
iii) kena bunuh mcm kes dato ape entah name dia, yg kes india yg bunuh tu.

moral of story.
malaysia dah makin bahaya dah sekarang. business perdangan orang pompuan berluasa. anak2 kecik kena rogol, kena bunuh. mcam2 lagi la yg dah berlaku. kena beware of our children. tapi yg berlaku zaman sekarang, ibu main facebook, anak yg disuruhnya pergi ke kedai beli barang dapur.

orang sakit jiwa pulak semakin ramai. mungkin sebab video lucah senang didapati kat internet. bertambah la aktiviti social ni bila berukband dah semakin laju. kena lagi ada Unifi, pakai Torrent, segala mak nenek boleh di download.

orang yang lemah iman, sebab selalu tgk video lucah, tertarik pada perempuan, sangap lebih. aksi dalam video nak mintak kat isteri segan, anak kecil jadi mangsa sebab mereka tak mampu melawan, orang2 giler macam ni janji "dapat", tak kisah muda atau tua.

quran pon ada sebut, "orang2 yg berpenyakit hati". itu la dia.

susah2.

sekian :)

s a r said...

ahahahahaaha. ~eh, terlebih gelak pulak. astaghfirullahal'azim. penyakit hati sungguh aku ni. :P

ermm betul gak la. almaklumlah aku ni kan duduk rumah mak abah aku kan. makan pakai ditaja kan. makanya kalau aku lari rumah, masuklah paper kan. hee. :P

encik terima kasih atas penyenaraian sebab musabab tu.

erm, memang dasat lagi hebatlah kan sekarang ni. brukband aku jugak yg makin slow. ahah. so, download mndowload memang diharamkan sama sekali.

tu dato susilawati la oi. heee

u know what. aku takutlah jugak beb pasal pndidikan anak2 sekarang. mak ayah kekadang punyalah bagus kan. bab anak2 ni yang,.. serius amatlah bimbangkan.

apapun thanks beb. :)

Bawang Goreng said...

Yang nampak JELEK - PEREMPUAN 15 tahun. Dalam egrup, rata-rata mengutuk budak perempuan tu. Tapi yang lelaki bersubahat melarikan itu pula tidak kena kutuk.

Pada hal yang JELAS buruk perangai, si lelaki itu juga. Sebaiknya dia menasihati budak mentah 15 tahun tu...

BIOL punya lelaki!

Kalau BG mak budak perempuan tu, BG tangkap lelaki tu dan sunat lagi sekali!

NB: Sorry SAR, emo sangat-sangat nih!

s a r said...

BG>

hee. takpa BG. kita perempuan kan. sikit banyak kena jugak tempias. walaupun bukan kita, kita tak tahu pada anak2 kita msa depan kan. semuanya makin diluar kawalan.

siapa2 pun yang baca berita ni dekat paper pasti mulut kutuk2 budak2 perempuan yang terlibat ni. pada yang boleh fikir mana baik mana buruk, memanglah benda tu nampak macam something yang tak guna. pada mereka yang lalu benda tu memang tak pk panjang. bak kata orang, ikut kata hati mati. ikut kata hati dan perasaanlah yang boleh jadi macam tu. takut la juga benda ni kan BG.

saya sekarang kalau baca paper, kalau nampak je tajuk yang repek2 macam kes2 tu, memang tak baca dah. sanggup lagi baca bahagian sukan. huu

Mindaberbisa said...

Pada pandangan saya lah kan kak, laki ni 9 akal, jadi spesis ni fikir panjang nak buat 1 benda. Perempuan ni lebih kepada emosi. Bertindak tak fikir panjang. Akhirnya menyusahkan semua orang.

s a r said...

erm, itu antara nya jugak la. tu jugak antaranya lelaki ni lagi layak dijadikan sebagai pemimpin dari perempuan ye tak. thanks pencari Allah sudi ke mari. :)

Mindaberbisa said...

Sama-sama. Mencari ilmu dan pengalaman di sini :)

dwatyKNY said...

betul juga... asyik pompuan jer...

mak saya setiap kali call... selalu ingatkan supaya jaga diri... maklum jauh... pompuan plak tu... sekrg macam2 kes...

fuad ansari said...

mungkin mereka lupa, bunuh dan bakar tak berapa nak gila...

dah kena bunuh tak terasa dah panasnya api..

dalam neraka, hidup2 kena bakar tapi tak jugak mati2..

ini macam, lebih gila kot.. (",)

sekadar peringatan utk diri sendiri juga... (",)

s a r said...

dwaty> erm, mak abah saya pun.. takda mak ayah yang tak risaukan anak2 kan. :)

encik fuad>

memang sangat gila tu. tapi manusia kita ni kan anggap benda tu lama lagi. tu yang buat derk je apa pun nak buat.