~maaf ler. tetiba tak habis2 nak cerita bab jom kawen! hee. last!
Selesainya sesebuah majlis memang ler best kan. Paling tak best bila Cik wiwi sengal2 badan apabila dia yang bekerja keras bagai takmau mengalahkan majlisnya pula. Kesian...
Adegan2 yang tidak diHingin sepanjang majlis membuatkan Cikwiwi berfikir panjang dan mungkin berjuta2 juta juta jutaaa kali untuk membuat majlis sepenat itu.
~ Majlis besar, bajet besar, PEMBAZIRAN PUN BESAR!
ku dengar omong2 orang jawa: katanya kalau rezeki majlis pertama itu sehingga berlebihan, maknanya majlis seterusnya juga dilihat sentiasa murahlah rezeki... ~alhamdulillah :)
yang tak berapa nak bestnya, apabila yang berlebihan itu telah menjadi satu pembaziran pula. Cikwiwi sudah pesan beberapa kali kudengar, namun tidak diendahkan memandangkan kedudukannya tidak begitu penting dalam majlis itu. Sekadar runner a.k.a usher sukarela.
Majlis dah pun tamat, tetamu/kaum kerabat habis pulang ke destinasi, namun.... nasi putih masih lagi berbaki dua periuk besar. Ditambah pula hampir setengah periuk gulai yang perlu disedekahkan kepada ayam di belakang rumah. ~alhamdulillah. kenyang ayam tu seminggu.
Tapi sesungguhnya aku sedih melihat makanan yang terbuang begitu sahaja kerana mereka2 yang melakukannya tidak mengambil peduli sebab bukan barang mereka. ish ish ish...
~pengantin berhari-hari ye... :P |
~ Majlis kali pertama, anak pertama, takda pengalaman, KURANG KAKITANGAN!
Disebabkan kali pertama melakukannya, mahu atau tidak, dan juga dalam keterpaksaan dan kerelaan yang maksima, Cik Wiwi harus melakukan kerja lebih daripada biasa. Haru tak haru juga kulihat.
;cikwiwi, mana kain lap meja...
;cikwiwi, cuba tengok lauk kat meja...
;cik wiwi, gudie bag dah habis...
;cik wiwi, pergi ambik bunga telur...
;cik wiwi, bungkus nasi...
;cik wiwi, macam mana makan adab2...
;cik wiwi, kamu je ler masakkan ayam golek tu...
;cik wiwi, mana pinggan...
;cik wiwi, cawan dah habis....
;cik wiwi, pergi sambut tetamu...
;cik wiwi, buat announcement panggil sume family, untuk sesi bergambar...
;cik wiwi, cik wiwi, cik wiwi, cik wiwi....
Itulah jadinya apabila ada pembantu2 yang diharapkan mula mencurikan tulang mereka. Dan akibatnya Cik wiwi pun naik darah sudaa... tone suara yang sewajarnya tinggi mujur tidak dapat ditinggikan gara2 Allah menarik keistimewaan itu sepanjang majlis berlangsung. Hilang suaranya,,.. Jerit macam mana pun la... takkan keluar. Dan akhirnya, apabila tiap kali orang bertanya, jawapan yang akan diberi telah menyebabkan orang yang bertanya kecewa dan mungkin juga give up. Jawapan terbaik adalah; TAK TAU! SAYA BUSY SEKARANG NI! ~ahah. kesian.,..
~ Majlis besar, maka keSEPAHannya pun BESAR!
Bab ni memang part paling tak disukai. Kena berkemas kesepahan yang berlaku. Banyak kot nak kena kemas. Stok periuk belanga, kawah besar yang digunakan dibiar kotor. Maknanya, tuan rumah juga yang kena bersihkan semuanya. Pada awalnya ingin memberi part sental/gosok periuk belanga/kawah buat pengantin tidak kesampaian, akhirnya bapa sipengantin pula terpaksa bekerja kuat melakukannya apabila pengantin kononnya ada sesi bergambar di luar. ~Cesss.... ketidakpatutan berlaku. Cik wiwi sekali lagi sudah habis bekalan sabar, terus mengcalling pengantin. Balik cepatt!!! ~ahaha. Kesian pengantin. :P
Bayangkan ler apabila pegawai2 yang biasanya duduk di kerusi sambil jemari di papan kekunci, dengan aircond lagi terpaksa bekerja keras gali lubang tanam sampah sarap, berkeja-kejaran membersihkan segala kekotoran. ~terima kasih kepada inche2 yang membantu mengembleng tenaga. Giliran kamu nanti, kupastikan si pengantin turun padang membantu kamu... :)
Akhirnya....
Ketika Cik wiwi sedang duduk bersendirian sambil memerhati segala barang2 yang telah siap dikemas dan dibersihkan, dia telah membuat keputusan. JIKA GILIRANNYA TIBA MASA AKAN DATANG, DIA TAK MAU MAJLIS SEBESAR ITU. KALAU BOLEH BIARLAH SERINGKAS MUNGKIN! TAK MAHU ADA SEBARANG PEMBAZIRAN YANG MELAMPAU BERLAKU. TAK MAU MENYUSAHKAN DAN MEMENATKAN MAK DENGAN ABAH. TAK MAU SEPERTI YANG SUDAH BERLAKU! inshaAllah dengan izinMu. :)
16 comments:
Assalammualaikum cikwiwi
stndard r tu... kita tuan umah... msti org akan tnyer kte... aku even dah dua kali kenduri pun aku naik angin..... last2 makcik2 aku diam je.. cumer maybe aku tak bpe penat ada adik2 n kak ipar yg bleh membantu... dan abg sulung aku sgt productif... almklumlah.. masa mjlis die kitorg tlg sakan..... sesi bergambar di luar tuk pengantin adalah salah satu cara mereka nak skip... tpi kita kena bijak gak..... tyme akak n abg aku.... aku buat selamba jer... tu periuk belnga mmg keje meraka.... jdi kena pastikanlah mereka buat... mana leh senang lenang kan.. sbb nnti tyme kita pun... kita buat je r.... btulkan.... hehehehhe
akak nak buat kenduri doa selamat je la...save bajet..makan2 dalam umah jerr..habis majlis, pinggan mangkuk, cawan gelas pun siap tunggang di keringkan..hihi
Hehe. Salam kak SARku~ ;)
Sama lah. Kenduri kakak yang lepas pun banyak membazir. Buah tangan ingatkan tak cukup, jadi bagi jimat2. Sekali belambak2 tak habis. Pengajarannya, jangan kedekut! Heheh.
Lepasni saya kawin pagi nikah, buat majlis kesyukuran je malam. Cukup tak? Tak payah berpelamin, bergambar meriah, bermekap tebal semua. ;)
Doakan lah.
sentuh lah bab pakaian sanding jugak..kewajaran fesyen dalam majlis persandingan..
Nanti bina masjid jangan lupa jemput ye. :)
salam.sape cik wiwi ni??huhu..sabarlahye..ko tahu,adek laki ak dah tunang..huhu..maybe akhir tahun ni kahwin.abang aku gak kot..hoho..kakaknye xtahulah bile..hahaha..-D
#ratukasih
waalaikumussalam. ~aku jawab pihak cikwiwi. ~ahah.
ahaha. bab2 skip tu yang aku tak berapa nak berkenan. cameraman siap kena dengan aku balik beb. sibuk sangat nak sesi bergambar satu family time orang tengah ramai tak hengat. kesian sungguh abang2 tu. ahaha.
bab2 periuk belanga tu yang tak berapa nak sedap dengar tu haa.. aku dah rasa2 kan... bila pk balik, takmolah wat gitu. kenduri apa yang patut je sudaa.. penat kot. belum lagi serabut gila yang lain.
#cikguma
erm.. kak, itulah juga sebenarnya azam saya. hee. mudahm cepat ringkas. bajet pun tak melebih2. sebab duit lagi banyak nak guna time yang dah lepas kawen kan. :D
#penchentaqu
waalaikumussalam :)
ahah. tu yang terbaik sebenarnya. supaya lebih berkat. kalau nak dengar kata2 orang, memanglah semuanya tak jadi kan. yang afdal, tu yang sebaiknya.
InshaAllah. kamu pun doakan akak juga, :)
#encik ghost
kewajaran berfesyen? hee. tak terfikirlah pulak.
kalau nak sentuh bab fesyen, termasuk semula bab aurat nampaknya. :)
#pencari Allah
dengan keizinanNya. :)
#nurul
waalaikumussalam. :) ~kembar aku daa.. :D
uit! dah tunang. mudanya weh. abang tu takpa lagi kot.
kalau kaw aku rasa kejap2 lagi la tu. bila dah kiri kanan jalan dulu, lama2 sampai la seru kaw pulak. eheh
haha..itu pasal dorang dah lame ade calonla..haha..adek ak 23..agk awlla..ak budget anak laki kahwin lambat sikit,utuk berbakti kepada orang tua dulu kan..hampeh..hehe
sampai sekarang saya rasa, untungnya kalau kawin masa belajar.. belanja tak banyak.. orang pun tak leh demand lebih2..
kadang2, kawan2 ni bukan nak datang sgt majlis.. cuma dimaklumkan je pun sudah cukup rasa gembira.. just bagitau, nak kawin tak lama lagi.. buat majlis ringkas je.. jemput kawan2 rapat dan yg dekat2 sudahlah kan..
p/s: bila jemputan ramai, perkara yg paling menakutkan ialah makanan tak cukup.. tu yg akhirnya jadi membazir tu.. kena doa byk2 untuk perkara ni..
kau dah tengok fesyen pakaian sanding ezlyn..?
#nurul
erm.. betul gak tu beb. selalunya anak lelaki cmtu la. ada jugak la sdara aku kwen umur muda. 23 camtu. mak dia siap tak bagi lagi. sebab awal sangat. tapi dia nak jugak. alhamdulillah sekarang. even dah kawen, dia tak lupa pada mak ayah dia.
tapi tu la kan. umur muda la kan.. :)
#encik fuad
tu la tu. kekadang, mulut orang lain yang lebihnya. terpaksa dengar cakap orang.
pasal kawan tu saya akui la jugak. sekadar bagitau je pun dah cukup hapy.
erm, tu la psalnya. salah bajet, membazir la jawabnya. kata orang biar lebih jangan terkurang. tapi kalau dah melebih sangat, dah tak bape nak baik dah jawabnya. ye tak. :)
#encik ghost
jangan kata baju dia, baju yang lain pun ada gak tengok. 'terlebih cantik' gamaknya ye. hee.
erm, macam best gak ni kan cerita pasal baju pengantin ye tak. terima kasih encik ghost sebab beri cadangan. apa2 yang agak2 tak kena, kamu boleh tegur2. :)
Post a Comment