Selamat tahun baru 😆 ~ dah terlambat 🤪
Ringkasnya, takde mood menulis. 😆
Padahal macam2 jadi masa penutup 2021.
Antaranya... Banjir.
Rumah tak masuk air. Tapi aku terkandas kat Shah Alam lepas balik dari majlis kahwin adik aku.
Dari Selayang, banyak jalan dah tutup sebab air dah naik. Satu jalan je bukak masa tu yang ke Shah Alam. Sudahnya Shah Alam paling dasyat banjir. Sehari semalam tidur dalam kereta.
Reda je masa tu. Tenang. Sekali Allah uji kena COVID. Bila kena tidur dalam kereta, dengan catu makan dan minum dek tak kuasa nak berjalan dalam 1km untuk ke toilet kedai yang ada. Ujian tu lagi kecik berbanding kena COVID hari tu. Bersyukur sangat2 dah.
Makan minum ada. Alhamdulillah. Allah bagi terkandas dekat dengan deretan kedai. Lagi Dia hantar akak catering yang sama2 terkandas kat situ. Dia bagi semua makanan yang dia ada kat semua yang sama2 bermalam. Tak risau langsung. Takde apa nak dikeluhkan. Cumanya aku mengeluh nak balik juga sebab dah naik tengari esoknya, tapi air lambat betul surut. 😅
Aku tinggal kucing kat rumah dengan lupa isi makanan dia sebab ingat pergi sekejap je. Sudahnya memang harung je air paras lutut lagi dengan kereta kecik adik masa tu. Dalam hati takyah cakap laa.. dubdabdubdab. Enjin dah nak mati daa.. Alhamdulillah Allah izin lagi sampai rumah masa tu.
No comments:
Post a Comment