Wednesday, February 13, 2019

Penakut

Penakut.

Salam.

Semenjak ketiadaan nenda tersayang, aku jadi seorang yang penakut.

Sebabnya, kalau semua ahli keluarga keluar, akulah peneman yang ada. Walaupun kadang-kadang, aku dekat rumah atas, nenek dekat bilik bawah, aku tahu dia ada.

Tapi semenjak dia takde, aku jadi penakut. Penakut yang tak pernah-pernah aku rasa sebelum ni. Tak tahu apa yang aku takutkan.

Kalau sebelum ni, pukul 2 atau 3 pagi mata aku masih cerah lagi. Tapi bukan sekarang. Aku jadi penakut. Pukul 11 malam aku mula resah nak tidur sampaikan semua kerja aku akan bertangguh.

Genap dua minggu nenek tinggalkan kami, aku terus jadi penakut. Setiap hari, setiap kali hari mula menginjak malam, aku resah sendiri. Aku jadi takut dengan malam. Tak tahu apa yang aku takutkan. Macam-macam aku buat untuk larikan perasaan tu. Tapi entahlah. Makin aku buat tak tahu, makin kuat rasa tu.

Hmm...

Kadang-kadang aku rasa, mungkin ni la rasa yang aku kena tanggung atas dosa yang ada. :'(


Monday, February 4, 2019

Sakaratulmautt

Salam.

hmm...

Esok genap seminggu pemergian nenek aku pergi tinggalkan aku sekeluarga.

10.45 pagi 30hb Januari 2019 Rabu

Sempena ulangtahun kelahiran anak buah tinting.

Orang sekeliling cuma tahu yang aku memang membesar serumah dengan nenek sebelah ayah dari kecik lagi.

Gelak tawa, tangis, gaduh memang sekeluarga aku dengan nenek. Pergi mana-mana pun angkut jugak dia walaupun dia tak larat.

Dan aku, walaupun bukanlah cucuk terbaik dan juga bukan cucu kesayangan, sakit pening nenek, tetap depan mata aku.

Ya. Walaupun serumah, aku memang tak rapat sangat dengan nenek. Jarang bercakap. Aku bercakap bila perlu. Terutamanya semenjak nenek aku dah mula diserang sakit pelupa. Sebabnya aku tak nak tambah dosa yang sedia ada bila bercakap dengan orang tua yang dah tentu kita tahu dia dah macam tu.

Orang sekeliling mungkin tak tahu aku macam tu dengan nenek.

Tapi, aku betul-betul tak sangka dia akan hembuskan nafas yang terakhir depan mata aku. Masa aku sorang ditemani dua ketul yang berumur 3 tahun dan 2 tahun.

Aku yang takde pengalaman berhadapan dengan hamba-Nya yang bertemu dengan sakaratulmautt, memang menakutkan.

Hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa masa tu. 3 anaknya langsung tiada di sisi. Yang ada cuma aku dengan mak aku as menantu yang masa tu ada dekat luar rumah. Sedihnya masa tu, Dia yang tahu.

Cumanya, aku yang terpilih saat nafasnya ditarik sakaratulmautt. Sampai ke saat ini, aku terbayang-bayang.

Aku fikir satu aje, kalau dalam keadaan nenek aku duduk tenang di kerusi favoritenya Izrail boleh jemput nyawanya, macam mana pula kalau dalam keadaan kita sedang berbuat dosa? Nauzubillah...

Mati takkan terlewat atau tercepat sesaat. Semuanya tepat tanpa kita tahu.

..........
Aku doa, kita semua tidak mati dalam keaiban. Ameen Insya-Allah.
Moga yang baik-baik aje untuk semua.

.........
Aku lega sangat pemergian nenek aku, Dia permudahkan seluruhnya. Alhamdulillah.