Tuesday, December 25, 2018

Terimalah terguran

Salam.

Kita ni... MANUSIA. Manakan ada yang sempurna.

Untuk aku dan manuskrip. Untuk pertama kalinya manuskrip yang aku usahakan selama 2 tahun, tak mendatangkan hasil dan cukup mengecewakan.

Bukan sahaja manuskrip yang mengecewakan, aku sendiri rasa kecewa gila-gila punya. Nasib baik aku tak gila. haha.

Teguran dari yang arif untuk pertama kali....

Sebenarnya aku susah nak terima. Sebabnya, dari awal lagi diingatkan penerbit lebih suka cerita yang biasa-biasa, bukan yang klise. Fine. Aku follow dah. Keluar dari kebiasaan dan yang pernah aku buat. Bila dah siap dan dihantar, lain yang aku dapat. Banyakkkkk yang nak kena ubah atas alasan yang tertentu. Aku susah nak terima walaupun pada awalnya aku dah serah seluruhnya pada ketentuan DIA.

Ternyata, memang bukan rezeki. Aku reda.

Dengan sokongkan seorang teman, "rombaklah sar. Aku tahu kau boleh buat. Take your time. Jangan tension2." Dia cakap macam tu...

Memang sakit telinga dengar. Sebab apa, sebab aku tak boleh terima dalam keadaan hati yang betul kecewa koo..

So, aku decide, aku stop dan aku ikut kepala batu aku yang aku takkan usik manuskrip tu sampailah aku terbukak hati. Dan ya... Terbukak hati untuk aku layangkan manuskrip tu pada yang seorang teman yang tak henti menyokong dari mula2 aku menulis.

Buat kali kedua... Ternyata, kekecewaan yang sama. Sekali lagi aku tak boleh nak terima. Malah lagi maha dasat dengan tanda2 merah yang ditinggalkannya. Terlalu banyakkk... Stress makcik tengok. Macam budak sekolah hantar karangan tapi banyak tanda pen merah. Sape yang tak stress. Sakit hati, sakit mata aku weh. Rasa dah tak nak menulis. Tengok tanda yang ada, macam budak yang baru belajar nak menulis.

Haihh...

Tapi untuk kali ni, bila aku sedia hantar manuskrip tu untuk disemak, means aku sedia terima apa pun komen.

Ya aku terima dengan pahit. Tak mudah untuk seorang aku yang tak terlalu mengharap di bibir namun di hati, hanya DIA yang tahu untuk aku boleh terus menarik nafas dengan tenang setiap kali buka mata untuk hari-hari baru yang mendatang.

Dan untuk kali ni, aku dengan lapang dada. Semenangnya aku kena terima teguran dan belajar hadam biarpun pahit benor demi yang terbaik.

Ya. Sar. kembalilah membaca. Kembalilah membaca untuk kembali mendapatkan rentak yang selama ni dah lama kena tinggal.

.................
Pesanan terakhir, BELAJARLAH TERIMA TEGURAN.

Tu jelah luahan kekecewaan yang ada.

Sekian. SAR.

No comments: