Tuesday, December 25, 2018

Terimalah terguran

Salam.

Kita ni... MANUSIA. Manakan ada yang sempurna.

Untuk aku dan manuskrip. Untuk pertama kalinya manuskrip yang aku usahakan selama 2 tahun, tak mendatangkan hasil dan cukup mengecewakan.

Bukan sahaja manuskrip yang mengecewakan, aku sendiri rasa kecewa gila-gila punya. Nasib baik aku tak gila. haha.

Teguran dari yang arif untuk pertama kali....

Sebenarnya aku susah nak terima. Sebabnya, dari awal lagi diingatkan penerbit lebih suka cerita yang biasa-biasa, bukan yang klise. Fine. Aku follow dah. Keluar dari kebiasaan dan yang pernah aku buat. Bila dah siap dan dihantar, lain yang aku dapat. Banyakkkkk yang nak kena ubah atas alasan yang tertentu. Aku susah nak terima walaupun pada awalnya aku dah serah seluruhnya pada ketentuan DIA.

Ternyata, memang bukan rezeki. Aku reda.

Dengan sokongkan seorang teman, "rombaklah sar. Aku tahu kau boleh buat. Take your time. Jangan tension2." Dia cakap macam tu...

Memang sakit telinga dengar. Sebab apa, sebab aku tak boleh terima dalam keadaan hati yang betul kecewa koo..

So, aku decide, aku stop dan aku ikut kepala batu aku yang aku takkan usik manuskrip tu sampailah aku terbukak hati. Dan ya... Terbukak hati untuk aku layangkan manuskrip tu pada yang seorang teman yang tak henti menyokong dari mula2 aku menulis.

Buat kali kedua... Ternyata, kekecewaan yang sama. Sekali lagi aku tak boleh nak terima. Malah lagi maha dasat dengan tanda2 merah yang ditinggalkannya. Terlalu banyakkk... Stress makcik tengok. Macam budak sekolah hantar karangan tapi banyak tanda pen merah. Sape yang tak stress. Sakit hati, sakit mata aku weh. Rasa dah tak nak menulis. Tengok tanda yang ada, macam budak yang baru belajar nak menulis.

Haihh...

Tapi untuk kali ni, bila aku sedia hantar manuskrip tu untuk disemak, means aku sedia terima apa pun komen.

Ya aku terima dengan pahit. Tak mudah untuk seorang aku yang tak terlalu mengharap di bibir namun di hati, hanya DIA yang tahu untuk aku boleh terus menarik nafas dengan tenang setiap kali buka mata untuk hari-hari baru yang mendatang.

Dan untuk kali ni, aku dengan lapang dada. Semenangnya aku kena terima teguran dan belajar hadam biarpun pahit benor demi yang terbaik.

Ya. Sar. kembalilah membaca. Kembalilah membaca untuk kembali mendapatkan rentak yang selama ni dah lama kena tinggal.

.................
Pesanan terakhir, BELAJARLAH TERIMA TEGURAN.

Tu jelah luahan kekecewaan yang ada.

Sekian. SAR.

Tuesday, December 18, 2018

Lawan arus

Salam.

Huwarghhhh...

Kalau ada sound effect, aku rasa dah sekuat-kuatnya bunyi aku jerit. 😅
Nasib baik tak boleh. eheh

Dunia penulisan lagi.

Makin lama aku rasa makin menyampah makin tak suka makin nak berhenti makin nak lupakan je terus!

Sebab apa? Sebab budaya membaca yang makin kronik.

Makin dikatakan karya sampah, makin belambak yang keluar pada taraf yang sama. Atas alasan, reader hari ni dah penat dengan tugasan harian di tempat kerja dan menjadikan bahan bacaan adalah hiburan. Tak nak baca yang memerlukan otak untuk berfikir dalam dan memeningkan. Dalam erti kata lain nak ringan belaka.

Definisi ringan dekat sini bukan bahan bacaan yang ringan. Ringan dia ke babak yang manusia sejagat suka. Yang happy2, yang sweet memento, etc. Tu dia ringan.

Kadang2 aku jadi tak faham dengan keinginan pembaca. Bila tulis yang ringan2 macam tu, dikatakan penulis tu terdesak, takde idea, takde realiti hidup macam duduk atas awan, sentiasa tenang ditiup angin,..bla bla bla...

Bila tulis yang ikut realiti pulak, ada yang kata serabut, pening, malas nak fikir, yada yada yada...

HELLLOOOO!

Nak apa sebenarnya sekarang ni? Tulis sendirilah.

Sesetengah writer, memang dah tak peduli halal haram. Tinggi ilmu agama pun, depa langgar je.

Untuk aku yang pernah buat silap sekali, berusaha nak buat yang terbaik supaya esok-esok aku mati, dosa aku takde berterusan subur kat dunia ni. Semua ni sebab apa, sebab duit. Bukan sebab niat nak berkarya yang mendatangkan manfaat kepada pembaca.

Cukuplah kena cop penulis sampah. Takkan nak terus jadi sampah. Sebab tu aku pilih untuk lawan arus. Yang spesis lawan arus ni pulak selalunya memang selalu terpinggir. Kena banned dengan reader yang lagi suka babak2 sweet momento ni.

Aku percaya Allah ada dengan orang2 yang benar. Dan aku dah pilih jalan aku. Tapi aku tak mampu nak tarik kawan2 yang lain. Depa tarik aku kembali ke jalan depa, ada la...

Aku cuma fikir, aku akan mati bila-bila masa aje. Kalau tiba-tiba mati masa tengah tulis benda2 yang tak berfaedah macam tu, agak-agak apa aku nak jawab kalau Allah tanya apa yang aku tulis tu?

Mungkin takkan ada lagi nama aku tercetak di atas kertas lepas ni.

Moga DIA perkenan apa yang aku cuba buat dan buat sekarang ni.

Thursday, December 13, 2018

Keluh rakyat Malaysia

Assalamualaikum.

May Allah bless you always. Ameen insyaAllah.

.........

Ini kali, nak cakap pasal suara rakyat. Akulah rakyat tu.

Naik penat hari-hari bukak fb or whatever, tak sudah-sudah dengan isu yang libatkan kerajaan baru hari ni. Aku tak minat politik dan tak pandai pun bab2 politik ni sebenarnya. Tapi bila baca komen nitizen akan sesuatu isu, memang haruuu...

Sebab apa? Sebab haruu dengan perubahan yang dibuat untuk pulihkan ekonomi negara. Katanyaaa laa... Tak tahu nak cakap macam mana, tapi mostly tak puas hati.

Dan aku sendiri kekadang pening dengan apa yang dah jadi sekarang ni. Rasa macam dah dekat sangat dengan kiamat. Aku ingat mati aje. Sebelum mati, aku harap boleh selesaikan semua hutang. Tu aje aku tahu.

Lepas satu kes, satu kes yang berbangkit. Nak marah pun tak guna sebab yang atas2 dan lagi bijak pandai tu takkan dengar pun suara rakyat marhaen macam aku ni.

Aku cuma doa, Allah masih sudi nak lindungi kita semua dari segala-galanya.

hm..

Saturday, December 1, 2018

Penat

Dah nak habis dah tahun 2018.

Apo azam tahun ni yang tak tercapai lagi?

Aku? Berlambakkkkk...

Tapi bukan nak cerita pasal azam. Semua orang ada azam ye dak?

Tapi tu la... As penulis takdak nama macam aku ni, aku cuba buat yang terbaik untuk karya. Almost 2 years aku nak siapkan satu karya memandangkan aku dah lama takdak buku. Sebab apa ambik masa dekat 2 tahun, sebab aku cuba buat kelainan. Lari dari kebiasaan atau dalam erti kata lain, KLISE. Sebab apa klise, dah BERLAMBAAAKKK yang klise. Tapi tu la... Bila tulis yang tak klise, jangan harap orang nak baca.

Sekarang ni pulak, musim cerita2 curang. Penat plus menyampah. Dari ke cerita melayu, sampai ke drama korea (sebab aku lagi banyak tengok cerita korea dari cerita melayu sekarang ni haha) banyak cerita pasal curang. Haihh...

Manuskrip yang cuba elak dari keKLISEan aku, tak lulus terbit. Penilai kata, orang tak nak baca cerita yang tarik tali ni. Nak fokuskan watak hero dan heroin aje.

Nak tahu tak, why aku buat cerita macam tu. Sebab fokus dia bukan untuk hubungan hero dan heroin semata-mata. Punyaaaalaahhh berlammbaakkk cerita dalam malaysia ni pasal hero heroin tak sudah-sudah. Aku tulis manuskrip tu untuk keluarga. Permasalahan sesebuah keluarga. Tu yang utamanya.

Tapi tu la... reader takkan baca dan takkan suka cerita-cerita macam tu berbanding cerita pasal orang bercinta lepas tu, kahwin. the end. Tu memang orang sukaaa sangat.

Bila dicadangkan untuk aku rombak semula cerita yang pernah aku rombak sebelum ni sampai makan masa dekat 2 tahun, tak mudah. Tak mudahhhh tahu tak! Dah la aku susah nak menulis sekarang.

Tapi tu la... Orang takkan faham. Cakap pun tak guna! Bak kata someone yang arif, bahan bacaan sampah! Cukup-cukuplah penulis mainstream macam aku ni dicop penulis karya sampah. Tapi bila reader sendiri suka baca bahan bacaan sampah, nak cakap apa lagi? Memang patutlah ekonomi pembukuan merudum teruk bebenor sekarang ni. Jangan terkejut kalau esok lusa, dah takde bahan bacaan yang berguna.

Untuk aku, aku sendiri dan penat. Rasa give up pun ada. Macam-macam masalah.

Tapi aku tetap dengan apa yang aku buat. Cukup-cukuplah hasil penulisan yang dah ada dan pernah aku buat, KLISE belaka sampai kena hentam bagai. Aku tahu karya aku bukan yang terbaik. Tapi sekurang-kurangnya tak di label sebagai klise.

Yang suka bebenor yang klise tu, ko tak penat ke?

Ok. Sekian bebelah rusuhan hati yang dah penat.