Monday, October 3, 2016

Sindrom kelip mata



Assalamualaikum

salam maal hijrah 1438 :)

Muga diberi kerahmatan lagi untuk tahun yang baru ni. Ameen Insya-Allah.

......
Sindrom kelip mata.

Yang sebenarnya mata kiri aku yang asyik tak berhenti nak berkelip. Tu yang aku panggil sindrom kelip mata. eheh.

Bukan sehari bukan dua hari. Dah dua minggu!

DIA kata, husnuzon. Bersangka baik. Tapi aku manusia biasa. Banyak dosa malah lagi kurang ilmunya.

Zaman sekarang pakcik gugel kan gelemer. eheh. Makanya, pakcik gugel kata, banyak sebab. Tapi aku nak fakta!

Antaranya STRESS! Yes. Seteress aku terima disebabkan masalah dalaman yang sebenarnya aku tak pernah mintak apatah lagi bayang. Demi DIA aku terima.

Lain sebab yang tak fakta, kata orang dulu2, akan sedih dengar berita buruk DSB. pergh! Ikut hati yang tak berapa nak tenteram ni, mudah je nak percaya. Semuanya sebab2 kebetulan yang dah selalu sangat. Memang akan ada berita tak berapa nak baik aku akan dengar. hmm..

Tapi entahlah. Nak diikutkan sepanjang sindrom ni, memang banyak berita agak kurang baik aku terima. Tapi aku percaya semua tu memang kebetulan. Kebetulan! DIA tau the best! Dan aku aje yang perasann terlebih.

Ok dah. Tu aje nak cerita. Sebab tengah taip ni, mata takde rasa nak kelip.

Bad news? Yep. :'(

Alhamdulillah. DIA masih bagi peluang untuk bernafas.


Image result for husnuzon tumblr


Tuesday, September 13, 2016

Hanya kerana engkau SAHABAT!



Assalamualaikum.

Fuhh! Berdebu ko! Lama bebenor tak ke sini. ahah

Salam aidil adha!

Hmm..

Begini kisah yang tak terluah di bibir dan hanya mampu diluahkan ke sini dan yang Khalik. Dan aku harap si dia tak jumpalah post ni hahaha

Dia si sahabat yang aku kenal dari zaman sama-sama berhingus lagi. Satu-satunya sahabat yang lain dari yang lain tapi ada ikatan yang tak tergambar antara aku dengan dia.

Tadika-sekolah rendah-sekolah menengah--- dan sampailah sekarang!

Pergi sekolah sama-sama, kayuh basikal pagi petang pegi balik sekolah sama-sama walaupun lain geng bila sampai sekolah. Aku dengan haluan, aku dia dengan haluan dia. But still in the same class!

22 Ogos 2016

Dengan takde sebarang tanda, dan khabar, dia tiba-tiba bagi tahu nak bertunang pada 11 sept 2016 (skelmarin) (dan aku dengan selamba tak datang. Atas alasan apa? Aku takde hati walaupun takde kene mengena. hahah)

Aku? Speechless! Because of what?

Entahlah... Apa yang pasti, aku langsung tak happy pun. Tak tahu kenapa. Bila dia tunjuk gambar bakal tunang, lagilahhhh...

Demi Allah aku sedih sendiri.

Sebabnya....

Lepas ni aku dah hilang dia dah...

Takde lagi teman berhuhu, berhahaa, berjimba ke sini sana. Hilang!

Tadi, bila aku ternampak posting gambar tunang dia, first impression yang aku tak boleh tolak is... "Awak, please fikir balik keputusan nak kahwin ni!!!" Tapi dalam hati je la...

I know her very well! She deserve to get someone better. Entahlah!

Aku sedih tengok gambar bertunang dia. Harapnya naluri aku salah dengan apa yang aku nampak. Aku harappppp sangaaatttt aku salah. DIA lebih tahu mana sesuai untuk si sahabat dan mungkin sememangnya aku salah!

Bulan Feb2017 nanti insyaAllah dia nikah.

Ada masa lagi.

Aku harap itulah pilihan dia yang betul.

...............
Aku

Doa aje yang mampu untuk dia dan diri sendiri supaya lagi kuat untuk berpijak pada diri sendiri lepas ni.

No teman anymore!

huuu

Bak kata mak aku,

"yang dah ada 'jalan' biarlah dia 'jalan' dulu. Masa dia dah sampai..."

baiklah... Aku je tak nampak jalan gamaknya. hahah

takpelah mak, anak mu ini masih mahu setia di sisimu. Sampai bila, biarlah sampai hujung nyawa.

ok. sadis naww bunyi. heee
Image result for friendship tumblr