Friday, February 10, 2012

Sekuntum awan ke daun keranda

Assalamualaikum ~_~"

Sekuntum awan ke daun keranda

Sekuntum awan
Kembang di langit putih
Derai makrifat
Setitik dan setitik
Menebus gersang kalbu

Sayap rembulan
Menyentuh rama-rama
Langit ke ranting
Berkilau kebesaran
Semadi di jasmani

Pepohon lontar
Berkembang daun takrif
Hiasan akal
Merimbun dalam diri
Menjilid kebenaran

Daun keranda
Mendengar bisik bumi
Segumpal pesan
Hidup semai ibadat
Barzakh menuai Rahmat

~By Darma Mohamad,
Dewan Masyarakat 2011.




Sungguh aku gagal menafsir apa yang cuba disampaikan. Tapi aku suka setiap bait yang ditulis. :)




Tumblr_lolh5bgqn21qglbpxo1_500_large


~_~"

13 comments:

Noorieda said...

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Bait2 kata yang menarik..tapi saya pun tak faham apa yang cuba disampaikan...(",)

Kakzakie Purvit said...

Meniti titian
rapuh di jalanan
khabar mengerikan
jalinan kehidupan
rintihan tak kedengaran

Mencanai iman
mencari wadah
mawaddah wa rohmah..

ewanthology said...

sukar untuk saya menyukai perkara yang saya tidak paham.

Cikgu Ma said...

tapi rasa macam tajuk tak kena dengan isi ja..hehe...suka suki je kan komen sajak org...

Wan said...

Salam hi cik Sar :)

dalam maksud sajak ni kan..

tapi daun keranda tu mmg bole buat ubat..buah dia kalu dah masak kekuningan..mmg bole mkn..

Skang ni kalu nak jumpe pun mcm susah je..tapi kedai sengsei mmg ada.. :)

ghost said...

puisi-puisi Darma sememangnya terisi dengan mesej ketuhanan.

Mutiara Bernilai said...

ya, berpesan2..

bahawa hidup ini harus kita tanam sebanyak2nya ibadat, kelak di masyar kita beroleh rahmat dan syurga..

sy suka darma!

s a r said...

#noorieda>

waalaikumussalam wbt. hee. saya pun. aci sedap baca je. tinggi benor bahasanya. :)

#kakzakie>

terbaiklah kakzakie :)

#encik delarocha

begitulah selalunya :)

s a r said...

#encik wan

waalaikumussalam. hi encik!

daun keranda tu pokok ke encik wan? ahah. sumpah tak tau. :D

#encik ghost

kamu mesti selalu baca penulisan dia ya encik ghost?

#miss pearl

miss pearl pun tau penulis ni? saya baru terbaca penulisan dia ni. :)

Yusuf said...

sy pun tak fhm apa yg cuba disampaikan oleh Darma Mohamad... hehe

Mindaberbisa said...

1-Hujan yang turun walaupun renyai-renyai memberi lebih dari seribu rahmat kepada penduduk bumi. Menyejukkan tubuh dan mewujudkan kesejukkan kesyukuran dalam hati.

2- Cahaya bulan memberi penunjuk jalan di malam hari. Tanpa bulan, tiada dapat melihat kebesaran ilahi. Memberi kesyukuran kepada yang memikirkan.

3-Ilmu yang dicari berterusan dan disampaikan memberi pengekalan dan pemahaman yang lebih dalam diri. Ditambah dengan pertambahan ilmu atas perbincangan. Akhirnya, mendukung kebenaran yang sebenar tanpa di bawa kesesatan.

4-Orang yang telah menjadi arwah tahu apa yang terjaadi kepada kaum keluarganya sepergiannya dan berpesan-pesan kepada yang masih hidup agar hidup jangan disia-siakan sebagai persiapan kehidupan di alam barzakh seperti mana diterangkan oleh beberapa ulamak.

Addien said...

bait-baitnya sedikit sebanyak menyelit unsur tasawuf dalam hidup, wallahua'lam..
salam ziarah julung kali dan salam ukhuwwah, jemput ke laman WADi untuk menimba, mengambil dan menyebarkan ilmu, insyaAllah

Tauhid Menurut Imam Syafie dan Ulama' Syafieyyah

s a r said...

#yusuf

hee. penggunaan bahasanya biasa. tapi, makna yang dibawa mungkin berbeze kepada yang membaca kan :)

#pencari Allah.

terima kasih :) ~much love.

#ad-dien

terima kasih kerana sudi berkunjung. terima kasih juga sebab sudi jadi follower :)