Pendosa...
Diri mungkin pendosa
Diri mungkin sentiasa pendosa
Diri mungkin tidak jauh dari pendosa
Mungkin juga jadi pendosa
Tutur bicara terlajak kata
Musnah kata hancur bicara
Mungkin kecewa siapa pendengarnya
Malang pula pada pendosa
Pendosa...
Luluh hati kalahnya jiwa
Gagalnya hati kecewanya jiwa
Api terbakar marak membakar
Marak membara gagal dikawal
Merah menyala hangus terbakar
Pendosa...
Kau gagal lagi
Sentiasakah kau mahu gagal?
Adakah gagal yang kau mahukan?
Pendosa...
Bangun berdiri walau gigilnya kaki
Gapai dinginnya air menyirami hati
Sejuk meresapi terus ke tangkai hati
Binalah hati, kukuhkan hati
Cekallah hati, tabahlah lagi hati
jagalah hati...
~by s a r
~mujur bukan orang yang dikongkangnya :D |
12 comments:
ASSALAMUALAIKUM WBT...
Diriku juga ialah seorang pendosa...
Setiap detik kerap kali melakukan dosa...Turut gagal untuk mengelak melakukan dosa...
Semoga diri mendapat keampunan daripada ALLAH..insya-ALLAH...Amin...^_^
kullu insan la yakhlu 'an al-khta' wa nisyaan - setiap insan tidak sunyi dari dosa dan alpa...
salam maulidurrasul s a r =)
salam maulidurrasul kembali :)
Alhamdulillah. Kesedaran menjauhi setapak jauh menjadi "pendosa".
pergh...dalam maksud setiap ayat yang ditulis. respect. +1
Aku pendosa kerana bicaraku...
Aku pendosa kerana langkah tubuhku...
Aku pendosa kerana hatiku...
^_^
kesian kucing tu, makan piano, ko tak bagi makan ke sar :P
p/s: baca email ko, aku nak gi tulis ni..hehe~
Salam SAR...
Sebagai hamba-Nya yang tidak sempurna, memang kita sentiasa melakukan dosa, sama ada dengan-Nya, mahupun sesama species kita.
Takut juga kalau-kalau tak sempat hendak meminta maaf atau bertaubat, jadi setiap kesempatan yang ada, basahkahlah lidah dengan kalimah 'استغفر الله' atau jadikan zikir 'Astaghfirullah hal'azim al lazi la ila ha illa huwalhaiyul qayyum wa atu-bu ilaih' sentiasa dalam hati...
Mudah-mudahan Allah Taala mengampunkan dosa kita semua, amin.
Salam Maulidur Rasul..
ingatkan karangan sasterawan negara mana lah tadi.. rupanya karangan dari sar SARsterawan negara.. (",)
seakan2 pendosa itu adalah jawatan kosong yg sering dipenuhi oleh manusia..
kita semua adalah pendosa..
# hansuke>
tak sempat bagi makan la. aku bagi la dia makan piano dulu. kene tunggu aku sihat, baru boleh bagi makan ;P
p/s- bukan main bahagia sungguh la kaw eh. hee. i'm happy for you beb. tahniah. tunggu ada feel la aku balas email kaw eh. nak kena ada mood sihat jiwa raga nak menulis. :P
hmm...pendosa..
Post a Comment