Saturday, March 28, 2026

Hutang Budi

Salam. 

Huh! 

Bulan 3 dah. 

Bulan raya. 

Bulan yang seterusnya bakal dihadapi dengan pelbagai krisis yang kita sendiri takkan mampu jangka. 

Harap yang baik2 je laa.. 

Tapi dalam apa juga kesulitan, bila ada yang menghulurkan tangan, bukan mudah untuk tangan yang menerima. 

Susah. 

Untuk aku, budi orang bawak sampai ke mati. Sebab tu, kalau boleh elak, aku nak elak. 

Biar takde, asalkan jangan berhutang. Tu konsepnya. 

Bukan sombong, tapi budi orang ni, macam2 boleh jadi. Boleh jadi benda ungkit2 di masa akan datang pun boleh. 

Haihh... 

Harap dijauhkanlahh.. 

Terima kasih buat yang prihatin walaupun sebenarnya ada yang lebih dari memerlukan. 

Bukan berlagak, bukan sombong. 

Untuk zaman2 perang sekarang ni, cukuplah asalkan cukup. Tak perlu yang tak perlu. 

Hutang budi ni sampai ke liang lahad. Allah je mampu balas. 

Untuk aku je, kalau boleh elak, aku elak. Jangan kesiankan pada orang yang salah. 
Tuje. 

Selamat hari raya 2026.