Saturday, May 20, 2023

Oh Abah_1

Salam. 

Bermulalah edisi #ohabah. 

Hari ni, abah aku buat benda yang dah memenatkan diri dia sendiri. 

Me as her daughter yang duduk depan mata dia, tak bising banyak. 

"Pergilah buat bah..." Said me as usual. 

Dah dia terbaring je dari tengah hari tadi. 

Aku ni jenis tak suka nak bebel banyak2 kali benda yang sama. Abah aku dah tua. Aku sendiri menyampah orang lain bebel benda yang sama berulang-ulang rasa macam nak tampo je. 

Begitulah rasanya kalau orang lain membebel kat ko. 

Makanya, aku pilih tak banyak cakap. Bila adik-beradik lain dapat tahu, dorang akan membebel sama. Aku pun tak suka dengar. Apatah lagi abah. Memang aku diamkan je selagi keadaan dia okey dan tak memudaratkan. 

Aku kesiankan abah. Kesian dia bila ada yang terus nak bebel2. Kiranya macam ko dah la sakit, tambah orang membebel, tak ke bertambah sakit? Gitula...

Hati orang tua ni, walau dia garang sekalipun, kecik je hati dia. Boleh jadi kecik hati dia nanti. 

Dari dulu, kita orang adik-beradik memang tak rapat mana pun dengan abah. Apa-apa pun, semua mak. Sebab dia dulu selang sehari takde kat rumah. Bila dah pencen ni, baru ada. Sebab tu bab nak berbual gelak2 mesra tu, memang takkan ada la... Nak bercakap pun benda penting je. 

Bila jadi gini, orang bebel2 kat dia, dia diam je. Tapi aku tau dia sedih la. Sedangkan sebelum ni dia boleh menjawab. Semenjak sakit ni, orang tegur, dia banyak diam. 

Sebab tu aku tak suka bising2. Takde apa nak cakap, aku pun diam. Lagi2 dalam keadaan dia sekarang ni. Selagi apa yang disuruh tu penting, ikut je la. Takyah banyak bunyik. Lagi banyak bunyik, buat dia kecik hati je buat apa kan? 

Ok dah. Aku pulak jadi tak boleh tido tak memasal. Haihh.. 

*ni pokok lada benggala yang aku tanam. Dah innalillah dah puasa lepas 😆

Tuesday, May 16, 2023

Hari tua esok

Salam 

Esok hari tua yang ke... 🫣

InsyaAllah...

Untuk tahun ni dan sama je dengan yang sudah2... 

Cuma kali ni, awal dah dapat hadiah. 

Hari ni teman abah pegi check up. Awal2 lepas discaj awal tahun hari tu, doc dah inform jantung dia ada problem. Sejauh mana tu je yang tak tahu. 

Hari ni, result tak syok dengar bila doc explain. Injap jantung dia problem tahap kritikel. Memang akan cepat penat bila buat kerja berat. 

Doc bagi 2 pilihan. Dan ofkos la dia suggest buat operation untuk long term. Kalau tak buat pun boleh. Cuma ada risiko sebab dia ada diabetic bagai. Lagi satu umur. Tapi aktiviti berat memang tak boleh buat dah la. 

Benda ni, doc bagi masa fikir. Dalam 2 bulan ni. Next appointment dia nak result. 

Yang jadi masalah, abah sendiri la. Kalau boleh dia tak nak belah2 ni. Umur pun dah tua. Anak2 pun tak boleh paksa. 

Sekarang ni, aku folo je mana yang terbaik. Selebihnya aku serah pada Dia. Kalau inilah takdirnya untuk famili aku, aku sedia reda. Dia sebaik2 perancang kan? 

Moga yang baik2 je untuk abah 🥹

Sunday, May 7, 2023

Jangan susahkan

Salam raya ke 16

Kisahnya birthday nak dekat dah. 

Makanya, satu benda je aku wajib buat tiap tahun. 

Cek lesen walaupun tak bawak kereta. 

Aku lama dah tak renew sebab masa pkp lepas, renew lama terus. 

Ini tahun renew baru. Kalau dulu guna myeeg je orang tu hantar sampai depan pintu rumah. 

Laa ni, dengan bijak dan harapan yang sama, akan dapat lesen depan pintu rumah. Tapi malangnya...

SILA AMBIL LESEN ANDA DI KAUNTER JPJ. 

Cisss...

Niatnya bayar online tak nak susahkan siapa2 pergi renew lesen sebab aku susah nak keluar sendiri. Jauh pulak. 

Sudahnya, dah nak kena susahkan orang. Tapi aku pilih lain kali je la ambik. Tak drive pun buat masa ni. 

Cukup2lah susahkan orang lain untuk urusan sendiri biarpun kecik. Dah-dah la tu... 🥹

Kalau tetibe pulis cek kaa apa kaa.. cek je la apps. 

Okbai. Murung jap. 

*Okla. Last night, first time join meeting merisik. Ofkos la bukan aku yang kena risik. Jauhhh lagi orang nak merisik 🤭