Wednesday, April 19, 2023

Panic Attack

Salam penghujung puasa. 

Lama dah nak tulis pasal mende alah ni. 

Biasa tu dengar orang lain je.

Bila sendiri rasa dan sebenarnya baru perasan segala simptom yang sama... 

Now i know it.

Ada satu benda yang akan buat cepat kena mende ni. 

Famili. 

Mulalah aku berpeluh, nadi laju, jantung laju, darah sure meroket punya, tak boleh bertenang langsung. Tak lalu makan, kepala pun rasa khayal je. Rasa macam tak sihatlah. Buat apa pun tak kena. 

Nak tenang, memang kena ambil masa. Ada satu masa tu, sampai tak boleh tidur semalaman sebab otak dok berjalan je fikir yang bukan2. Sampai stress la. Padahal benda dok bayang tu tak jadi lagi pun. 😣 

Dah macam orang tak normal pun ada. 

Tapi dok tahan laa sensorang.

Nak cerita kat orang, takde sape. Pujuklah hati bagai tak mahu sendiri sampai tenang. Tapi the best way, memang doa banyak2. Dia je mampu tolong dan tunjukkan jalan yang terbaik. 

Alhamdulillah still boleh kawal buat masa ni. Tapi cara terbaik nak elak, memang elaklah dengar apa2 masalah yang tak sepatutnya aku tahu. 

Makin bertambah umur ni, kesihatan pun tak berapa baik. Tak boleh salah sikit, rasa tak terbayar dosa2 seumur hidup ni huu. 

Okla. Nak tido. Jap lagi sahur, memang jem la.