Assalamualaikum.
Keluh panjang aku tiap kali bukak mana2 medium sosial media.
Pening!
Boleh gila!
Sebab apa?
Banyak kes menakutkan. Tambah lagi dengan pemerintahan kerajaan baru hari ni.
Semalam, baru semalam aku terbaca artikel yang kerajaan mansuhkan hukuman mati untuk 33 kesalaman di bawah 8 akta termasuklah seksyen 302. Semua orang tahu Seksyen 302 kanun keseksaan boleh bawa hukuman mati!
Dan aku tak sabar, nak tahu senarai kesalahan yang dikatakan tu.
Dengan banyaknya kes buang tabiat rakyat malaysia hari ni makin menakutkan, aku tak tahulah pendekatan yang kerajaan ambil tu betul ke tak memandangkan banyak kes2 yang tersalah hukum.
Contoh kes dera baby sampai mati tu, tak ke ko rasa macam nak balas benda yang sama pada yang buat tu?
Faham... Jangan ambik alih kerja tuhan. Semua manusia berhak hidup dalam dunia ni. Tapi sebab sejenis perosak macam tu la ramai yang nak ambil alih kerja tuhan.
"Biar tersalah ampun, jangan tersalah hukum."
Benda ni boleh elak andai ada ketelusan. Tu je.
Tapi tu la, setakat mulut rakyat marhean yang takdak nilai, sapo la yang nak dengar.
Okey dah la. Bebel panjang pun tak guna.