Monday, April 29, 2013

Relax dear.. Jangan emo emo..

Assalamualaikum :)

~dalam perjalanan pulang dari PBAKL. Kiri kanan jalan dihiasi panorama bendera warna biru dan hijau. Nasib tak ambik gambar sebab my dear sorang ni tengah emo. eheh. (Semalam balik tak sesat ok! Tak salah lagi naik tren :P)

............

Dear: Kita bengang betul dengan my brother in-law tu. Suka hati dia aje suruh kita khianat2. Macam tu ke orang islam? 

S a r: Relax dear. Janganlah emo emo macam ni. Biarlah dia nak cakap apa pun. Awak relax je la..~

Dear: Kita tak bolehlah. Siapa suruh dia cakap macam tu. Suka hati kitalah nak undi siapa pun! ~Dengan nada bengang walaupun fokus dengan pemanduannya.

S a r: Awak tau kan mulut dia memang macam tu. Kalau awak lawan, lagilah macam2 dia cakap. Ni mesti kes sebab awak baca buku yang kita tunjuk tadi kan? Tu yang emo sampai macam ni.

Dear: Yela. Entah macam manalah buku macam tu boleh lepas penerbitan. Kutuk2 orang suka hati. Memang  saja nak bagi orang islam bergaduh ke? Hish! Geram betul kita!

S a r: Er.. ~senyum kelat dah. Tahu tadi tak tunjuk buku berbaur perkauman tu. Aku suruh tengok cover je. dia pergi baca siapa suruh. haish!

.............

Moralnya...

Undikan rahsia. :D

...........


Nur Hasya Alya. Be good girl okay? Semoga jadi anak yang solehah. Menyenangkan hati ummi and babah kamu yang selalu konon2 busy tu. :D ~and dont kunyah2 that kepala kuda again!

Monday, April 22, 2013

Dan apabila..

.....laman terlebih sosial menjadi medium perang!

ASsalamualaikum :)

........

Jangan nak suka suki kutuk keburukan orang lain kerana Dia memang jadikan seseorang itu serba kekurangan dan banyak kelemahan.

Jangan rasa diri cukup bagus hanya kerana kalian lebih arif dalam bidang anda hingga memandang rendah pada orang yang sudah tentu tidak faham akan kerja anda.

Bak kata seseorang hamba Allah. Kebaikanmu hendaklah disorok sebagaimana kamu menyorokkan keburukn kamu. Aib kita Dia jaga elok, takkan pula kita sibuk nak buka aib orang lain...

--------
~banyakkan muhasabah sar... ~__~™