Wednesday, December 1, 2021

First check-up

Salam

Untuk pertama kalinya selepas kali terakhir buat full check-up lebih 10 tahun sudah...

Hari ni, pertama kalinya serah diri lepas sangkut saringan kat CAC dua minggu sudah. 

Reda. He is the best Planner. 

Nama pun first time, pulse tak payah cakaplah laju giler sampai doc suruh buat ECG. 

Ahh sudahh.. Lagi la bagai nak gila jantung tu. Syukur jantung ok doc kata. Tapi awatla pulse kemain laju.

"You takut pergi klinik eh?" Doc tanya. 

"First time doc."

Ok la. 2 bulan lagi dia habaq kita ambik darah la.

Oklaa doc. Ok je. Redoo dah. 

Maka 2 bulan lagilah kita tengok apa cerita darah pula. 

Moga baik2 je 😊

Thursday, November 18, 2021

Benda boleh buat

Salam. 

Day 12. 

Hari ni aku buat lapik untuk laptop. Kekonon nak semangat menulis semula sebab aku dah order second keyboard. haha

Dah add to cart dah asalnya lapik yang guna palet ni dalam harga rm20 je. Tapi tu la, nak jimat punya pasal kan? Buatlah sendiri dengan ilmu tukang masa sekolah dedulu huu.. Jadilah. Kayu palet yang memang dah abah aku sesiap ketamkan. Tinggal potong dengan pakukan je. Senangg..

Bila fikir balik, semua benda sebenarnya aku boleh buat sendiri. Cuma rezeki kerja dengan orang je tak berapa nak ada. Bukan takde peluang. Tapi aku fikir faktor-faktor lain je. 

Bab tukang ni, first time la buat benda macam gini. Kalau takat nak paku kat dinding sangkut langsir ka, rak ke.. tu dah biasa. 

Suruh adik buatkan, dia kata dia malas. Nah.. buat sendiri. Haha puas hati. Haraplah mood nak menulis sampai balik lepas lebih sebulan mood takde.

Ada satu lagi benda yang aku nak buat tapi sebenarnya aku boleh buat. Tapi sengaja aku elak buat. Drive. haha. Lesen bertahun. Bawak keretanya tak. 

Tekad dah lepas ni semua nak buat sendiri. Tak payah nak harapkan orang dah. Kadang2 kita tak tahu orang ni ikhlas ke tak nak tolong kita kan? So, benda boleh usaha sendiri, kita usaha. 

Syukur sangatlah Allah bagi peluang lagi sihat tubuh badan untuk urus diri sendiri dan tak susahkan orang lain.

Okla. Tu je. 

Doakan aku kuat semangat teruskan hidup heee



Wednesday, November 17, 2021

Day 11

Salam. 

Alhamdulillah. 

Dah balik rumah, dah potong gelang, tapi dah kena on ubat 😣 innalillah..

Tapi takpela. Asalkan aku sihat, boleh settlekan urusan doniaa yang tertangguh. Syukur dah...

Cousin yang sepatutnya potong gelqng sabtu lepas, kena extend lagi sampai 17. Sepatutnya hari ni. Tapi tadi dia sangkut lagi sampai 22hb. 

Tadi pulak dapat tahu ada lagi cousin yang positif. Kesian sangat kat dia. Sikit lagi dia nak kena hantar ke maeps sebab hampir semua simptom dia ada. Harapnya dia baik2 je 😔

Dengan apa yang jadi ni, banyak hikmah yang Allah nak tunjuk. 

Siapa yang ikhlas membantu, siapa yang kesal menolong, siapa yang betul2 ada masa susah masa senang. Allah tunjuk semua. 

Alhamdulillah. 

Banyak budi yang tak mampu dibayar. Hanya Allah yang mampu balas semuanya. 

Lagi satu, lain orang lain kesannya, lain simptomnya.

Sana sini orang cakap makanlah vit c untuk imunisasi.

Sorry. Aku dari dulu pun bukan kaki supliment. Takde vit yang aku amalkan.
 
Tapi sepanjang kuarantin, pil selsema, panadol dan ubat batuk yang jadi santapan setiap hari, Beserta kapsul habbatusauda. Tu je la. Vitamin yang belambak tu, memang takdela nak telan. 

Alhamdulillah Allah bagi izin lagi sihat. 

Moralnya, janganlah dengar nasihat perubatan dari mereka yang tak bertauliah selain yang tak pernah rasa covid. 10 hari kuarantin, berani ke kau nak telan vit ABCD yang kandungannya sampai 1000mg setiap kapsul. Aku minum sekali je, rasa memang sedap. Tapi badan yang menolak. 

Makanya, hati2lah terima nasihat orang. 

Jagalah diri masing2 jangan selfish. Tolong prihatin dengan orang terdekat yang kena covid. Bukannya pulaukan. Ada faham? 

Sekian. 

Friday, November 12, 2021

Day 6 _covidjourney

Salam.

Alhamdulillah. Masih diberi kesihatan yang baik.

Hari mula2 je demam, batuk, selsema, susah nak tido.

Alhamdulillah. Berkat doa, semua dipermudahkan. 

Cuma tula. Kahak kemain jahat susah nak keluar sampai suara pun tukar. Tapi takpela. Asal tak batuk sampai tak boleh tido. 

Rezeki Allah bagi kena covid. Jadi tahu semua benda. Kenal perangai orang sekeliling. Mana kawan mana lawan. Semua tu rezeki. 

Cuma bersisa juga rasa kecewa yang jadi asbab. 

Tapi takpelah. Semua pun dah ketentuan. Masa dapat tahu aku positif, aku dah ready. Sikit pun aku tak sedih. 

Yela. Masa mula2 dapat tahu mak dengan adik positif, penat aku nangis. Selang 3 hari, abah dengan adik ipar aku pulak. Nangis lagi. 

Time buat rtk aku positif, alhamdulillah tenang. Yang jadi tak tenang, darah aku la. Haha. Doc suruh on ubat bp dahhh. Tu aku sedih. Tapi aku reda jugak. Sebab dah setahun lebih. Doc suruh aku control makan. 

Tapi sebab jenis memang angan2 mat jenin. Dua minggu control. Lebih tu aku bedal je walaupun sebenarnya aku bukan jenis makan banyak. Tapi mungkin sebab aku jenis masak nak sedappp je. Haha. 17hb potong gelang, lepas tu aku dah nak kena refer ke klinik. Okla. Reda lagi 😊

Siapa yang baca, doakan kesejahteraan family saya. Moga diberi kesempatan lagi untuk melunaskan urusan2 yang belum selesai kat muka bumi ni. 

Terima kasih 😊

*next time aku share rawatan yang mampu aku buat sepanjang kuarantin kat ruma. InsyaAllah. 😊


Sunday, November 7, 2021

Tewas

Salam.

Hari ke-5

Hari ni tewas.

Lepas subuh buat test saliva tu, negative. Abah dengan adik ipar positif. 

Pakat buat rtk pulak. Aku yang negative sangkut positif dengan anak buah umur 6thn. 

Dahla positive, kena on ubat darah tinggi dah. Tak sedor ada darah tinggi. Sadiss.. Alhamdulillah tak kena transfer ke maeps. Tidak, tambah naik la darah.

Redo. Tu je mampu. Tapi aku risau abah. Ni dia sakit-sakit badan macam demam. Dari malam tadi dah kita orang ada simptom. Tapi buat keputusan nak tidur lena malam tadi. Huu

Redo je keputusan hari ni. Alhamdulillah.

Mak ok kat maeps tu. Terima kasih buat yg sudi tengok2kan. Alhamdulillah. Rezeki. 

Makanya, bermulalah episod kami. 7-16 nov. 

😊
~Lengan sado 😅

Thursday, November 4, 2021

Positif - Day 1

Salam. 

Positif - Day 1 

Kuarantin la kan?

Tunggu keputusan dari CAC. 

Tunggu tindakan yang sepatutnya.

😞

......

Banyaknya dosa 😔


Wednesday, November 3, 2021

Positif

Salam 

Kalau sebelum ni dengar orang lain kena, ini kali... 

Dua family aku positif. 😭

Punca?

Adik aku la. Tak tau mana dapat. Dia start batuk semalam. Hari ni buat test sebab tak sedap hati. 

Sudahnya positif. Allahu... Tak tau nak rasa apa. Jem. 😭



Thursday, October 28, 2021

Seekor tebuan

Salam.

Haa. Seekor tebuan. 

Tak taulah apa masalah dia. Semalam petang, aku tak masuk bilik. Last keluar bilik lepas pukul 3 lebih. 

Tapi pagi ni, aku buat operasi tukar cadar plus basuh segala kain yang ada sekaligus kemas rak yang ada, aku jumpa sarang tanah tepi tingkap. 

Tak sempat fikir panjang, laju je tangan aku pecahkan tanah yang sebesar ibu jari tu. Tapi tak lama lepas tu, naahh.. Sekor tebuan besaq maii terbang2 slow masuk. 

Dia tercari-cari sarang yang aku pecahkan tu. Punyalah lama sampai ganggu aku yang tak habis mengemas. Patutnya, dah tak jumpa tu, blaa je la kan? Dia dok terbang2 lagi. 

Aku standby dah batang penyapu. Niat dalam hati nak tepuk je dia kasi k.O. Tapi hati aku cakap, karang geng dia maii ramai2 macam mana pulak? 😆 

Aku pun okla. Tak jadi. Sebab separuh hati lagi kata, dia pun makhluk tuhan. Kalau takdirkan ko kena sengat dengan dia nanti and ko terus k.O macam mana pulak? Sampai situ aku fikir bila mengenangkan ada lagi urusan2 yang aku tak selesaikan kat muka bumi ni. 😔

Okla. Aku tunggu sampai dia cari puaskan hati dia. Tapi pulak, dia macam cari port lain. Ahh ni sudaa lebeh. Aku sergah sekali, dia macam terkejut lepas tu terus terbang keluar. Merajuk ler tu kena sergah. Terus dia tak maii dah 😆😆😆

Tu je la kisah pasal seekor tebuan. 

~ 251021

Thursday, October 7, 2021

Syukurlah

Salam. 

Syukurlah... Ya bersyukurlah walaupun sekecil2 zarah. 

Nak cerita perihal pergi interview hari ni. Bukan pasal apa yang ditanya. ~hatni walaupun aku rasa macam tak lepas je. Haha

Nak cerita pasal kelancaran urusan.

Ya. Allah mudahkan segala urusan hari ni walaupun time interview tu Allah je yang tahu. 

Dari awal bertolak dari rumah ke putrajaya ofkos lebih sejam. Interview pukul 8pagi. 

Aku bajet keluar 6.15 macam tu. Last2 aku keluar 6.20.

Jalan jem pulek. Tapi lancar. Banyak kereta. Tapi still berjalan. Mudah je perjalanan sampailah tempat nak cari parking. 

Dah tu pulak masa pendaftaran pun takde masalah. Laju je proses. Sampailah masuk interview orang pertama. 

Habis interview aku nak turun ke parking, ah sudah. Aku dah salah. Keluar dr pintu yg sepatutnya cuma untuk kakitangan, tetiba ada akak yang baru nak masuk keje, dia bukakan pintu. Kalau tak alamat menapak jauhh ke tempat parking bangunan sebelah. Takpun aku nangis sensorang sebab dah terkunci kat parking yang sememangnya takde laluan akses untuk pelawat. Haha

Syukur. Allah hantar orang yang tepat. 

Tu la je nak cerita. 2 3 hari ni sungguh2 doa mintak Allah lancarkan semua urusan hari ni memandangkan bertahun2 takde urusan rasmi macam ni. 

Alhamdulillah.

Cuma tu je la. Aku serah semuanya pada Dia. Reda dah apa pun keputusan. Macamlah tak biasa fail haha.

Okla. Tu je. 

Ingat je. Walaupun tak dapat apa yg kita harap tu, sekurang2nya Allah dah lancarkan semua urusan. Syukur dah. 😊






Tuesday, September 7, 2021

Waktu dulu

 Salam. 

~Ok. Aku pening sebenarnya. ~almaklumlah umur dah banyak. tah apa sakit ada pun tak tahu huu

Waktu yang lalu. 

Orang selalu tanya, kalau waktu boleh diundur, waktu apa yang kau nak ulang semula?

Jawapan aku, "aku tak nak ulang mana-mana waktu pun." 

Tak semua yang berlaku dalam hidup seseorang tu manis belaka. 

Selain, apa yang dah berlalu tu semuanya KEKESALAN. 

Ya. Aku percaya ramai yang menyesal dengan waktu yang dah berlalu. Dalam erti kata lain, dah membazir waktu yang terlampau banyak. Mana tak kesal? 

Am I right?

Malam ni, ada seorang hamba Allah ni mengingatkan aku pada 'makanan hati'. 😢

Rasanya dah terlampau lama takde orang ingatkan aku pasal tu. Terlampau lama. 

Bila teringat balik, aku jadi sedih. Sangat2 sedih. 

Sebab tu, aku pilih untuk tak nak imbas mana-mana bahagian yang dah jadi lipatan sejarah. Biarlah dia tersimpan diam2 untuk aku sendiri. 

Biarlah orang sana-sini cerita masa kecik, masa sekolah, masa kat u bla bla bla. 

Aku pilih 'buat-buat' tak ingat. Tapi tu la. Dalam tak nak ingat, benda tu la yang macam menari-nari dalam kepala kau. 

Macam malam ni. 

Oklabai. 




Thursday, August 26, 2021

PdPR

Salam.

Ya. Tajuk kali ni pdpr walaupun takde anak.

Baru 2 hari full jaga anak buah pdpr. Umur 6 tahun.

Tapi tu la, aku yang sedih. Dia tak tahu baca walaupun kenal huruf. 

Time pdpr pulak, cikgu yang mengajar expect budak2 pandai semua benda. 

Lagi tak faham kenapa ada jenis cikgu tak tekankan membaca. Hal2 tak penting sibuk nak tekankan. Halahhh

Tu belum jenis mak ayah yang kat rumah pun jenis buat derkkk je. Aku yang takde anak pulak yang naik gila. 

Ada sekolah lain, elok aje aku tengok pdpr belajar membaca, kenal huruf segala. Yang 5 tahun lagi pandai dari 6 tahun. 

Update kelas, satu hal. Esok nak kelas, awal2 la inform. Ini tak. Pukul 2 pagi inform. Sadis tak sadis untuk anak2 yang dah lama tak sekolah ni. 😪

Tapi tu la. Takkan sudu lebih dari kuah. Aku tolong mana yang mampu sebab aku sedih dan kesian sangat2 je. 😔😔😔

Murung aku sekejap. 

Okla. Bai. 

*gambar kredit to google.

Terlajak Subuh

Salam. 

Ya. Hari ni terlajak subuh. 

Terlajak subuh gara-gara mimpi yang bukan-bukan. 

Rasanya belum pernah lagi mimpi dengan ramai orang yang dah lama aku tak jumpa plus orang yang dah takde. 

Kembali ke dunia kampus. Dan hampir semua kawan-kawan kampus termasuklah kawan sekolah dulu pun ada. Kena datang satu kelas Dr Azni. Entah sapa Dr. Azni ni. Masa belajar dulu tak pernah pun ada lecturer nama Dr. Azni. 

Klimaks dia bila semua nak masuk kelas Dr tu. Tapi aku dengan beberapa orang lagi tak sempat masuk bila pintu dah tutup. So, tunggu kat luar pintu sebab ada next session class. 

Masalahnya, suasana blok bangunan kelas tu cukup scary. Ada anjing ganas nak mampoih tunggu kat situ. Lepas tu, mulalah kawan-kawan aku yang dah terlepas masuk jerit-jerit. Aku dengan sorang kawan lama aku (dia dah arwah dua tahun lepas sebab kanser) duduk sebelah, mintak aku bacakan ayat kursi. 

Tapi time tu la aku terjaga. Dengan tangan kaki sejuk. Jantung takyah ceritalah. 

Belum pernah lagi mimpi teruk macam tu. Dengan orang yang dah takde, dengan semua kawan2 yang memang dah bertahun2 tak jumpa 😣

Aku doa semuanya dalam keadaan baik2 je. Terutamanya yang dah pergi dulu kembali pada Pencipta. 

Mimpi memang mainan syaitan kan? Didatangkan dalam mimpi semua yang buruk2 dan menakutkan yang tambah lagi melalaikan dan menyesatkan kita. Nauzubillah..

Moga Allah lindungi kita semua. Sentiasa. Aminn insyaAllah. 

Thursday, July 1, 2021

PKPD 3 Julai

Salam PKPD lusa 😄

PKPD 

Duduklah rumah dendiam.

Sian adik aku nak nikah. Tak tahulah apa nak jadi. 

Moga baik-baik je semua.

Dan...

Tak nak suwebb.. 😭

Monday, June 28, 2021

Kahwin

Salam.

Ni bukan kisah kahwin aku. 

Bukan aku.

Tapi salah satu adik aku. Haha

Next week dia nak nikah dah. Yang sepatutnya 20hb hari tu. Kena tunda dek pkp ni. Tarikh 8 julai dipilih. 

Jais punya syarat, cuma 3 orang saja yang akan hadir di pejabat. Pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali.

Kesian adik aku. Lagi kesian kalau dia ke rawang nunn sorang-sorang sebab tak boleh rentas daerah punya pasal. 

Nak tunda lagi, nanti katanya borang dah tak valid. Maka nikahlah mereka. 

Moga baik2 saja hendaknya. 

Tu je la. 

Friday, June 18, 2021

Milo cakau

Salam. 

Sebenar buka sekali kena cakau kucing. Banyak kali dah. 

Tapi si gila milo aku cakau semalam takdela sakit mana. 

Tapi hari ni, nak pijak kaki pun sakit. Kalau basah lagilah. Denyut kemain. Sejengkal dia punya calar oi. 

Macam duri tajam, terbenam kat kulit ko, lepas tu ko tarikkkk duri tu sampai garis panjang sejengkal. 😖

Tunggulah. Aku ketip kuku dia esok. Baru dia tau tak boleh cakau. 

Need someone to talk

Salam.

Hurm. 

Teringat adik yang didiagnos bipolar. 

She need someone to talk. 

Aku tak boleh tolong selain jadi pendengar.

Sekarang dia ok dah. (insyaAllah)

Dan sebenarnya we need someone to talk walaupun kita dah serah semuaNya pada dia. 

Tapi apakan daya. Manusia kan? Emosi lebih. Still need someone to talk even dia tak boleh tolong pun. 

Cukuplah mana yang ada pendengar. 

Almost 8 tahun aku hilang pendengar ~ kot

Kawan aku pernah cakap, "forever alone la ko"

Hahah 😅

Sebenarnya bukan takde. 

Tapi sebab hidup ni pilihan, aku pilih 'hilang pendengar'. Haha

Pahit. Telan. Jalan Terus. 

Apa jadi masa akan datang, nanti-nantilah fikir bila dah jadi. Haha

Aku doa je mampu. Sebab doalah aku bernafas lagi. 

Alhamdulillah 😊


Saturday, May 29, 2021

PKP total lockdown

Salam
 
Memula sekali takziah buat semua sebab kerajaan umum pkp secara total pula kali ni. 

Takziah juga buat seluruh ahli keluarga acik inah. Moga acik inah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Tenang di negeri abadi. Ameen insyaAllah. 

Makanya, duduklah rumah dendiam. 
Jangan degil jangan selfish macam doktor kat spital tu takde keje lain nak layang ko sorang kalau sakit. 

Aku percaya, acik inah yang sedia sakit dah tak mampu bertahan bila operation yang sepatutnya berlangsung kena postpone je.Kesian dia duduk hospital takde teman. Hujung nyawa pun, sorang 😢. Lagi pulak kes covid mencanak, wad penuh, icu penuh. Family tak boleh tunggu. Sampaikan ada kes pesakit normal terpaksa tunggu ventilator sebab pesakit covid. 

Okla. Mood pun kelaut dalam. 

Salam. Take care. Stay home. Stay safe. Stay healthy. Duduk rumah. 



Sunday, May 23, 2021

Tak terlambat Syawal

Salam. 

Salam aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.

Belum terlewat raya kan 😁

Tapi tu la. Tak raya pun tahun ni. Sama je macam tahun lepas. Tapi sebelum-sebelum ni pun aku pun takde raya mana. Bak kata my lil bro, "ko takde kawan ke?" 😆 -taaguna punya adik 😑 macam baru setahun dia tengok aku tak beraya ke mana 😑

Banyak hikmah tak raya lagi tahun ni sebab si covid tu. 

Dah nak dekat tarikh adik aku nak nikah. Aku pernah doa supaya majlis boleh postpone sebab tak pasti lagi keadaan walaupun kerajaan time tu dah longgarkan SOP dan rakyat pun berjimba sakan. Sekali sebab pru kat sinun, kes naik balik and aku pun naik risau. Dan tak sangka makin teruk sampai hari ni. 

Ni cerita negara sendiri je. Tak termasuk cerita negara lain. 

Hari ni dah pkp 3.0. Tapi sop tang tu jugaklah untuk rakyat marhaen macam aku. Apa pun keputusan yang dibuat, marhaen yang haruu..

Yang paling kesian juga kat pekerja kesihatan. Kerja bagai nak mati dalam 2 tahun ni. Moga Allah je mampu balas jasa kalian. Dan harap dikurniakan lagi kekuatan. 

Bak kata seorang doktor, "ANDA DILARANG SAKIT BUAT MASA INI. ICU PENUH." Sampai macam tu sekali. 

Makanya, jagalah diri memasing. 😔

Okla. Tu je. Bai. Take good care. Stay safe stay healthy. 😘

~entah bilalah mata ni nak tidur 😓

Friday, April 23, 2021

Ramadan tiba

Salam ramadan.

Day 11

Melihat akan kes covid yang mencanak tetiba dalam seminggu ni, dah nampak hala tuju raya ni ke mana. 

Sebenarnya, for me raya biasa2 je macam tahun2 sudah. Tak fikir pun nak balik raya mana, beli baju raya anak bagai. Takde takde takde. 

Tahun ni, lain sikit je. Sebab lepas raya nanti patutnya ada majlis besar dalam family. Tapi tu la, aku pernah doa harap majlis ditangguhkan sebab covid ni. 

Tapi entahlah. Bukan majlis aku kan.. So, malas nak fikirlah jugak 😅. Ada ke tak, aku OK je macam selalu. InsyaAllah. 

Okla. Tu je bebel. 
Salam. 


Monday, January 4, 2021

#miloisthegelapcat

Salam. 

Selamat tahun baru. 

Masuk bulan ni, dah 10 bulan aku bela budak milo ni. Masa mula-mula, nampak jinak. Tapi sebab dari rumah lama dia, dia outdoor cat dan dia ni tak suka kena pegang atau peluk bagai...  Tiba kat rumah aku, dia jadi indoor. Bila siang in cage. 

Dia punya perangai buat aku give up nak bela sebab dia ni tak semena-mena boleh kokak orang. 

Pernah sekali saja lepaskan kat luar, tak memasal dia masuk kebun sawit apak aku nun masuk ke kewasan rumah jiran. Stokin putih habis tukar jadi hitam. Baru je nak basuh kaki dia, aku kena kokak dulu. Haihh

Tu belum kes dia jadi samseng kat rumah jiran sebelah. Kucing jiran aku pulak yang kena kokak. 😪

Dia punya scary si milo ni, macam kena rasuk. Dia punya gesel kat orang, lepas tu tetiba muka dia berubah. Time tu, ready la dia nak kokak tak memasal.

Demi menghilangkan perangai kokak dia tu, adik aku hantar sunat. Ngamuk dia dalam klinik aku jugak yang kena tangkap. 

Sekarang, dia okeyla jugak walaupun kekadang, dia tangkap2 kaki orang. Tapi tak macam sebelum ni. Cuma perangai jeling rumah sebelah je tak hilang. 😆 pantang keluar cage, laju dia melangkah. 

Ok. Tu je nak cerita makhluk hitam putih yang jadik family baru aku masa pkp hari tu. 😉 We call him Milo@Yo 😛