Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts

Sunday, December 14, 2025

Siapa pergi dulu

Salam.

Lama sungguh tak menulis dek tuntutan urusan doniaa 

Hari ni, ada jiran yang kembali ke negeri Abadi. 

 Never expect. 

 Tak pernah pun terbayang dia akan pergi dulu. 

 Aku ingat lagi, dia datang ziarah abah masa abah kena stroke. Abah aku yang banyak sakit macam2 dan mungkin takde harapan pulih pun. 

 Dia pulak sihat2 je masa tu. 

 Tapi sebulan yang lepas, dia jatuh motor depan rumah je. Ada luka. Tapi tak baik. 

 Kesihatan dia mula merosot. Tak makan, tak minum. Perut sakit. Pergi hospital, macam-macam penyakit tiba-tiba. 

Kesian dia. 

 Masuk hospital 3 4 hari, dia keluar. Then masuk hospital lebih besar dengan harapan dapat rawatan yang lebih baik. 

 End up, sebulan dia duduk hospital. 

 Sakitnya melarat. Kuman mula menyerang. Dia susah nak bernafas. Dia tak boleh bangun. 

 Kesian sangat kat dia... 

 Rabu lepas dia balik rumah. Terlantar. Oksigen on. Tiub susu pun on sebab dia dah tak boleh makan. I don't know why. Sebab yang aku tahu, orang yang kena stroke je kena pakai tiub makanan tu. 

 Kesian sangat dia. 

Tiub oksigen, tiub makanan. 

 Abah aku pergi tengok dia pagi khamis. Dia boleh juga nak bercakap. Cuma abah kata, dah tak jelas sangat dah. Dia terbaring je. 

 Semalam, mak aku pergi tengok lagi dengan abah. Dia dah tak bercakap dah. Baring je. Mata tertutup. Tapi mulut, macam tarik nafas. 

 Dari semalam, tak putus saudara mara datang bacakan yassin untuk dia. 

 Tapi sebelum azan tadi, dia pergi mengadap Ilahi. 

 Terlepas dah urusan dia kat dunia ni. Terlepas dah dari sakit yang dia tanggung dalam sebulan ni. 

 Moga Allah merahmati dia, ampunkan segala dosa-dosanya, letakkan dia bersama orang-orang beriman... 

******

Sebenarnya, semalam aku ada mimpi dia pergi mengadap Ilahi. Mimpi yang tak best sampai satu hari semalam mood aku tak betul. Ada je yang tak kena. 

Tapi sebab cuma mimpi, mainan syaitan semata2. Aku ignore je. Sebab pernah juga mimpi sebelum ni. Pakcik aku. Tapi, alhamdulillah dia sihat2 je. 

Tapi yang semalam, aku tak rapat pun dengan jiran tu. Tapi selalu nampak. Selalu lalu depan rumah. Selalu pergi beli kuih nasi lemak wife dia..

Bila mimpi macam tu, aku rasa takde apa2. Aku harap dia mungkin makin sihat. Cuma tak sangka dia pergi jugak hari ni 🥺

 ******* 

 Bila hidup ni di luar jangkaan kita... 

 Siapa sangka, orang yang sihat2 ni boleh pergi dulu dari kita yang ada sakit kronik ni huarghhh 😭😭😭

 Ajal kita, takde siapa pun tahu. Macam mana pengakhiran kita pun, kita tak tahu... 

 Banyak sangat dosa ni... Banyak sangat... huwaa 😭😭😭

Friday, March 11, 2022

Serba tak kena

 Salam.


Tak tahulah apa yang tak kena. 

Sepanjang minggu ni, segala-galanya tak kena. 

Tak tahu kenapa. 😔

Mula dari nebes tunggu result darah lagi. 

Boleh lagi ketawa. Boleh lagi bergurau. 

Tapi dalam kepala, Allah je yang tahu. 

Jari berdarah kena gunting pun tak sedar. Acano tu? 

Teringin makan macam-macam. 

Pergi masuk supermarket cari makanan si Milo semalam. Round tempat biskut, coklat, roti dsb. 

Huwargh! Rasa nak jerit itu jam jugak. 

Biasa tu, datang nak beli lain. Tapi sampai kaunter lain yang dibeli. Haha.

Tapi tu la. Nikmat dah banyak Dia bagi tapi tak reti bersyukur. 😔

Dia dah tarik, ko jadi apa? Lost!

Hari ni dah Jumaat. 

Mestilah yang baik-baik je kan?

Insya-Allah. 

..............

Lagi jem bila rasa nak menangis, tapi tak boleh. 

😭



Monday, October 12, 2020

Bahagianya lain

 Salam. 

Bahagianya lain bila menulis kat sini. 

Bahagianya lain...

Bahagianya lain kalau nak dibandingkan dengan media sosial lain yang dah jadi barah takde ubat untuk mereka2 yang ada masalah mental. Cyber troopers. 

Lupa agaknya apa yang ditulis pun kena soal kat SANA nanti. Yelah. Betullah tu manusia memang mudah lupa. 

Hamba Allah pernah pesan dulu, media sosial ni banyak yang buruk dari yang baiknya. 

Tapi tu la, spesis ni spesis boleh tahan degil. 

Cuma satu aje aku buat sampai hari ni. Sedaya upaya tak melihatkan diri. Maklumlah serba kurang. Yang lainnya cuma kerana 'menulis' tu pun dah suam2 kuku dah. Aku buat hal sendiri. Tak campur urusan orang lain. ~ahah

Macam kata sepupu aku, "eloklah tak kurus. Dah kurus, nak kena cari baju sempit pulak." ~hoho

Eh, macam takde kena mengena pulak. ~hee



Bahagianya lain. 

May Allah bless 😉



Tuesday, July 23, 2019

DIA ada

Salam.

Macam selalu, bila LOST.

Bila hati dipukul tsunami. Kacau bilau, hancur lebur.

Tak terluah, tak terkata. Libang-libu hati. DIA juga yang ada.

Kuat. Kena kuat sebab DIA ada.

Tabahlah lagi wahai hati.



Monday, June 10, 2019

List Name

Salam.

List Name dalam doa.

Pernah ada list name dalam setiap doa?

Aku paling takut bila list name yang ada kian bertambah saban hari.

Selalu terlintas, bila tiba masanya nanti, ada ke nama aku dalam doa orang lain macam mana aku selalu buat. :')

Bukan harapkan balasan.

Cuma biasanya, bila dah takde kita baru nak kenang. Bila depan mata, sikit pun orang tak pandang.

Kan?

Ke... Aku yang salah?

May Allah bless us. Ameen insya-Allah.


Thursday, December 13, 2018

Keluh rakyat Malaysia

Assalamualaikum.

May Allah bless you always. Ameen insyaAllah.

.........

Ini kali, nak cakap pasal suara rakyat. Akulah rakyat tu.

Naik penat hari-hari bukak fb or whatever, tak sudah-sudah dengan isu yang libatkan kerajaan baru hari ni. Aku tak minat politik dan tak pandai pun bab2 politik ni sebenarnya. Tapi bila baca komen nitizen akan sesuatu isu, memang haruuu...

Sebab apa? Sebab haruu dengan perubahan yang dibuat untuk pulihkan ekonomi negara. Katanyaaa laa... Tak tahu nak cakap macam mana, tapi mostly tak puas hati.

Dan aku sendiri kekadang pening dengan apa yang dah jadi sekarang ni. Rasa macam dah dekat sangat dengan kiamat. Aku ingat mati aje. Sebelum mati, aku harap boleh selesaikan semua hutang. Tu aje aku tahu.

Lepas satu kes, satu kes yang berbangkit. Nak marah pun tak guna sebab yang atas2 dan lagi bijak pandai tu takkan dengar pun suara rakyat marhaen macam aku ni.

Aku cuma doa, Allah masih sudi nak lindungi kita semua dari segala-galanya.

hm..

Saturday, December 1, 2018

Penat

Dah nak habis dah tahun 2018.

Apo azam tahun ni yang tak tercapai lagi?

Aku? Berlambakkkkk...

Tapi bukan nak cerita pasal azam. Semua orang ada azam ye dak?

Tapi tu la... As penulis takdak nama macam aku ni, aku cuba buat yang terbaik untuk karya. Almost 2 years aku nak siapkan satu karya memandangkan aku dah lama takdak buku. Sebab apa ambik masa dekat 2 tahun, sebab aku cuba buat kelainan. Lari dari kebiasaan atau dalam erti kata lain, KLISE. Sebab apa klise, dah BERLAMBAAAKKK yang klise. Tapi tu la... Bila tulis yang tak klise, jangan harap orang nak baca.

Sekarang ni pulak, musim cerita2 curang. Penat plus menyampah. Dari ke cerita melayu, sampai ke drama korea (sebab aku lagi banyak tengok cerita korea dari cerita melayu sekarang ni haha) banyak cerita pasal curang. Haihh...

Manuskrip yang cuba elak dari keKLISEan aku, tak lulus terbit. Penilai kata, orang tak nak baca cerita yang tarik tali ni. Nak fokuskan watak hero dan heroin aje.

Nak tahu tak, why aku buat cerita macam tu. Sebab fokus dia bukan untuk hubungan hero dan heroin semata-mata. Punyaaaalaahhh berlammbaakkk cerita dalam malaysia ni pasal hero heroin tak sudah-sudah. Aku tulis manuskrip tu untuk keluarga. Permasalahan sesebuah keluarga. Tu yang utamanya.

Tapi tu la... reader takkan baca dan takkan suka cerita-cerita macam tu berbanding cerita pasal orang bercinta lepas tu, kahwin. the end. Tu memang orang sukaaa sangat.

Bila dicadangkan untuk aku rombak semula cerita yang pernah aku rombak sebelum ni sampai makan masa dekat 2 tahun, tak mudah. Tak mudahhhh tahu tak! Dah la aku susah nak menulis sekarang.

Tapi tu la... Orang takkan faham. Cakap pun tak guna! Bak kata someone yang arif, bahan bacaan sampah! Cukup-cukuplah penulis mainstream macam aku ni dicop penulis karya sampah. Tapi bila reader sendiri suka baca bahan bacaan sampah, nak cakap apa lagi? Memang patutlah ekonomi pembukuan merudum teruk bebenor sekarang ni. Jangan terkejut kalau esok lusa, dah takde bahan bacaan yang berguna.

Untuk aku, aku sendiri dan penat. Rasa give up pun ada. Macam-macam masalah.

Tapi aku tetap dengan apa yang aku buat. Cukup-cukuplah hasil penulisan yang dah ada dan pernah aku buat, KLISE belaka sampai kena hentam bagai. Aku tahu karya aku bukan yang terbaik. Tapi sekurang-kurangnya tak di label sebagai klise.

Yang suka bebenor yang klise tu, ko tak penat ke?

Ok. Sekian bebelah rusuhan hati yang dah penat.

Friday, August 22, 2014

Pulang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Sekali lagi Jumaat aku ke sini di kala hati entah apa-apa. Tak tahu kenapa, ada kematian aje aku ke sini. Dan hari ni, seluruh negara disentuh sebak dengan kepulangan jenazah nahas MH17. ~sah aku cengeng! isk isk..

Kalau boleh aku tak nak pun tengok gambar-gambar segala jenis majlis pengkebumian dan sebagainya sebab sumpah! confirm air mata tak boleh control. Lagi-lagi tengok anak sekecil 9 bulan yang tak mengerti apa-apa. hm.. :(

Moga Allah cucuri semua roh yang jenazah yang beragama Islam diletakkan di sisi orang yang beriman. Allah.. :(

Pulang..

Tiada kata kelu bahasa
hening rasa mengusik jiwa
esak sendu terluah hiba
kebah rindu menggunung di dada

tabahlah wahai hati
tabahlah lagi jiwa
pujuklah hati
belailah jiwa

Dia Pencipta
Mereka pinjaman
Dia Pemilik
Tiba mereka dipulangkan

Pulang mereka
pulang 'ke sana'
Pulang ke sini
pulang tanda ingatan bersama.

~sar 22.08.14
....
cukup. Semoga Allah cucuri roh ke atas mereka.
~can't help it.. :'(



Saturday, August 9, 2014

Kereta mayat!

Assalamualaikum.

Hm. Lama tak ke mari. Dan macam biasa, ada yang tak kena, barulah aku nak ke mari. Adehh.. -__-"

Dan kali ini..


~gambar hiasan.

Kenal?

Semua akan merasa naik benda ni. Cumanya, kalau macam aku, kalau Allah izin nafas ku berakhir di rumah, tak perlulah benda ni. Insya-Allah, terpaksa aku susahkan orang lain angkat aku ke rumah kedua tu kelak dengan jalan kaki. Dan kalau berakhirnya nafasku di hospital, memang tak ada pilihan. Benda ni jugaklah perantaraannya kelak. Allahu..

Moral of the story peristiwa hari ni.

1 - Jangan ingkar cakap suami bagi isteri. Akan bergema kata-kata ini hingga ke akhir hayat. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian memang tak guna; ~ingatan untuk diri sendiri kelak! ~_~"

         "Jangan pergi mana-mana. Tunggu sampai aku mati, lepas tu, kau nak pergi mana, kau pergilah!"

2 - Ikhlaskan diri jaga mak ayah yang sakit. TERUTAMANYA SI MENANTU PEREMPUAN! darjat mak ayah suami lebih tinggi berbanding mak ayah sendiri! ~ingatan untuk diri sendiri kelak! ~_~"

3 - Ingat! Ko ingat, ko dah kerja besar, gaji besar, duit berkepuk, ko boleh beli kasih sayang mak ayah ko! Ko ingat kad kredit gold platinum tu boleh jadi ganti diri ko! huh! ~ Allahu.. Duit bukan segala2nya kawan2. huwaa.. :'( ~Tak guna ada anak ramai, belajar bertingkek, keje besar, gaji besar, tapi mak ayah sengsara. isk isk ~ Mak, abah, syukur anakmu diberi kesederhanaan dalam segala-galanya. Allahu.. :'(

4 - Jangan bertuhankan DUIT! Sebab DUIT, mak ayah ko dendam, adik-beradik ko buang! Bila dah tak ada, air mata tak boleh nak jual oii. ~isk isk! Tampar pipi sendiri. Seorang sahabat said, "sedarlah sar, duit yang kita ada ni, bukan milik kita. Allah pinjamkan aje. Semua miliknya." ~ok! :'(

5 - Belajar hormat jenazah! Lagi2 mak ayah ko! Lepas sampai, tengok jenazah 2 3 minit, lepas tu, ko hidupkan rokok! ~sorry to say! Aku tak suka panorama tu walaupun ko bukan adik-beradik aku! Apatah lagi adik-beradik! Rokok dah keluar fatwa haram oii! Ko ingat, dengan merokok, mak ayah ko boleh hidup balik? what the... hmmph! 

Ok. banyak lagi aku nak bebel. Tapi, tetiba mood potong bila teringat. haih.. astaghfirullahalaazim..

..............
090814
Innalillahiwainnailahirhojiuun..
moga pakcik tenang setenangnya di sana..
:'(

Friday, May 31, 2013

Senang tu susah!

Assalamualaikum.. :)

Hari ni hari Jumaat. Sepatutnya happylah hari Jumaat kepada mereka yang bekerja sebab esok boleh cuti.
Aku? Happy jugak sebab Dia bagi bernafas lagi hari ni.

Terus kepada topiklah.

Hm.. Kenapa senang tu susah?

Senang tu susah sebab bila dah rasa senang, susah  nak tunaikan apa yang dituntut di saat kita susah. Apa yang dituntut? AMALAN.

Bila susah, bukan main khusyuk lagi buat AMALAN. Sanggup tu bangun malam, berpuasa, doa panjang2 lepas solat, sanggup berjam-jam depan Quran.

Bila senang? Lupa dah tu semua. Duduk atas tikar sejadah pun kalau boleh nak cepat lipat sejadah tu balik. Doa panjang? Terus langsung takda doa dah. Lepas bagi salam terus bingkas. Bangun malam? Tak terbangun dah.. Puasa? Esok-esoklah puasa pun boleh..

SEBAB APA NI JADI?

Sebab dah sibuk dengan kesenangan tu haa.. Masa pun jadi takda. Tak cukuplah senang cerita walaupun Dia dah bagi 24 jam. Kalau boleh nak 100 jam dalam sehari. Itu pun entah cukup entah tidak. Setiap saat yang belalu, dah tak fikir apa dah.. Sibuk aje fikir masa tu duit sokmo.

SEKARANG APA NAK JADI?

Senang ke hati bila dah terasa hidup tu senang tapi dengan selama derrkk je tinggalkan AMALAN tu semua? Senang ke hati? Sumpah tak senang! Aku sendiri rasa macam dalam 24jam tu tak cukup. Gila! Menyesal tak sudah kut.. Hati tak tenteram langsung! Semangat pun takda! ~S a r, muhasabah diri bebanyak...

MAKANYA..

Kembalilah kita semula rasa susah itu lebih baik dalam kesenangan. Kesenangan yang bersyukur amatlah diharapkan. Tapi kalau kesenangan yang lupa diri, macam mana tu? Jawablah kaw nanti..

Betullah orang kata kesenangan tu satu ujian.. Ujian amat hebat bila kita langsung tidak bersyukur dengan kesenangan yang ada... ~s a r. Ingat! jalan di hadapan, pilihan di tanganmu..




Monday, May 20, 2013

Kebahagiaan milik dia.. InshaAllah.

Assalamualaikum..

Touching tak habis bila aku teringat kisah lalu..
Dan semalam.. Touching tu bertambah-tambah apabila melihat anak kecil yang dulunya kurang bernasib baik.. Kini.. Allah maha Besar..

Sejak bayi...

Dia dilahirkan bukan kehendak mak ayah dia..
Disembunyikan dari pengetahuan umum sewaktu nyawanya baru ditiupkan..
Allah maha besar.. Kemuculannya mengejutkan semua orang..
Comel, cantik, cukup sifat... 
Semua inginkannya..
Namun, ayahnya entah di mana..
Statusnya... Hanya Allah sahaja yang tahu..
Bukan kehendaknya dia jadi macam tu..
Selepas seminggu dilahirkan, ayahnya muncul untuk memikul tanggungjawab itu.
Selesai segala urusan, dia dibawa oleh  mak ayahnya berpindah ke tempat baru..
Malang tidak berbau bukan..
Seminggu kedua-dua ibu bapanya bekerja di satu tempat baru, di suatu hari, mereka terlibat dalam kemalangan. 
Ayahnya tidak menanggung sebarang kecederaan..
Sebaliknya, ibunya pula kritikal.
1 per 4 Tempurung kepala terpaksa dibuang, kaki dan tangannya lumpuh. Fikirannya tidak lagi normal..
Lebih seminggu tidak sedarkan diri, ayahnya pula terus pergi meninggalkan mereka tanpa sebarang pesan..
Kejamnya.. Dia yang masih tak tahu apa-apa..
Pulang ke kampung, segala tanggungjawab dipikul oleh si ibu tua.
Dia membesar dalam kesusahan, kesulitan, cemuhan.. hanya kerana kesalahan ibunya dahulu..
Kesian..
Di saat ibu saudara dan nenda tersayang pergi meninggalkannya, sekali lagi hidupnya berubah di kala umur hampir 10 tahun.. Masih terlalu muda dan mentah untuk mengerti semuanya..
Ibu saudara angkat menggalas tanggungjawab membesarkannya. Ibunya yang hilang upaya dibawa sama..

Dan semalam.. Dalam majlis perkahwinan salah seorang ahli keluarga terdekat, secara tidak sengaja dia menyapa..

Allahuakbar Allahuakbar... Sentap hati saat mata bertemu..


Sungguh... Jauh tersasar apa yang pernah dibayangkan.. Allahuakbar!

Semoga jadi anak yang solehah.. Namamu Hidayah, semoga hidayahNya sentiasa kekal milikmu.. Aminn.. InshaAllah..

Friday, November 30, 2012

Ada apa dengan hati



Assalamualaikum..

Bagaimanakah rasa hati andai anak itu dikatakan sebagai beban kepada keluarga, menyusahkan keluarga atas apa yang berlaku, menambah kesusahan hati keluarga dan tidak mendatangkan kebaikan kepada keluarga.

~oh my..

Teringat petikan seorang ustaz dalam bukunya


"Leteran itu sebenarnya sayang, sikap dingin itu sebenarnya sayang, melebihkan orang lain itu hakikatnya sayang, marah dan rotan itu juga sebenarnya sayang.. Aduh luar biasa sekali bentuk kasih sayang ibubapa seperti ini. Hingga akhirnya mungkin si anak akan berkata LEBIH BAIK MEREKA TIDAK MENYAYANGIKU, JIKA KASIH SAYANG MEREKA SEMUANYA MENAMBAH SAKIT DAN DERITA! Mungkin kita memang bertindak begitu kerana menyayangi anak-anak. Namun cubalah sekali-sekala menyayangi mereka dengan cara yang langsung terus dilihat sebagai kasih sayang. Berikan telinga kepada si anak untuk mendengar keluhan mereka."

*kredit to Murabbi Cinta

.............

Kadang-kadang anak-anak tidak diberi hak untuk bersuara. Kadang-kadang juga peluang yang sudah diberi, tidak mampu digunapakai oleh segelintirnya yang memiliki. Entah mana silapnya...

Sesekali kita mungkin mengharapkan keajaiban berlaku..? Atau sebenarnya sudah terasa jemu dengan apa yang ada?

bersyukurlah hendaknya kita semua...

Thursday, June 21, 2012

Malu kerana berubah?

Assalamualaikum...

Erm, bukan berubah dari miliki N3310 kepada Samsung Galaxy SIII. Saya ingin berkata tentang perubahan ke arah kebaikan. ~macam artis2 kita sekarang yang dah banyak pakai tudung tu. Lebih kurang macam tu la. ~walaupun saya takdala sebagus mana pun. Banyak lagi lubang2 yang perlu ditampal.

Saya sekadar menjawab pertanyaan seseorang mengenai "Melegakan hati yang malu ke pangkal jalan." Saya nak mintak maaf kepada yang bertanya sekiranya entry agak lama diperam dan soalan kamu lambat ku jawab. Saya jawab ikut kemampuan dan sekadar pendapat saya sahaja. Mungkin juga tidak cukup lengkap. ~jika ada salah, harap maaf. :')

********

Seseorang dari zaman 'JAHILiah' berubah ke zaman yang lebih 'bertamadun' (beragama, berakhlak) sesungguhnya akan mengalami satu perubahan yang amat ketara dari segi kehidupannya. Ada yang menyatakan ibarat dilahirkan semula. Maknanya, di tinggalkan semua segala keburukan yang dilakukan dahulu dan berubah menjadi yang lebih baik serta melakukan kebaikan. Ingin ditegaskan di sini, setiap orang yang berubah (lebih baik) mempunyai pengalaman, situasi, keadaan yang berbeza seperti yang dikehendaki olehNya.

Tidak dinafikan perasaan malu biasanya yang mula-mula wujud di dalam hati apabila kita ingin berubah jadi lebih baik. Pada pendapat saya, sebenarnya bukan malu kepada yang Satu, tetapi lebih kepada keadaan sekeliling (manusia di persekitaran). Sewajarnya kita perlu malu kepada Dia berbanding orang sekeliling. Dia yang menilai baik buruk kita. Tidak perlu wujud perasaan malu untuk berubah jika sebenarnya perubahan yang dilakukan hanya ingin mendapatkan keberkatan dan keredhaan dariNya. Bukan orang sekeliling tu yang tentukan keberkatan dan keredhaan hidup kita. Sewajarnya kita lebih malu jika melakukan kesalahan dan dosa berbanding malu untuk mendekatkan diri kepadaNya. (wah..aku bercakap mengalahkan bagus sangat. :p).

NIAT. Kena tanamkan, tetapkan niat, tetapkan hati dan tekad untuk berubah rasanya yang paling penting dalam melakukan perubahan. Adanya tekad dalam hati, perasaan malu (sesama manusia) dapat dibuang. Kita kena tahu apa sebab utama kita berubah. Dan sudah tentulah kepada mereka yang ingin berubah, akan berubah hanya kerana Allah. Bukan sebab girlfriend/boyfriend! Bila break, dah berubah jadi lain pulak.. 

Bak kata seorang sahabat;

"Hati kita dari sejak lahir kenal ayat2 Allah iaitu Al-Quran. Sebab tu la, ada sesetangah orang, bila baca al-Quran atau dengan orang baca, hati terus rasa sayu, dan rasa nak menangis. Yang sebenarnya, hati kita sayu sebab HATI kita faham dengan ayat2 Allah. Kita aja yang tak faham sebab tak belajar bahasa arab!"

RASULULLAH IKUTAN TERBAIK. Mencontohi akhlak Rasulullah saw merupakan panduan terbaik dalam melakukan perubahan diri. Allah menjadikan baginda sebagai khalifah di muka bumi ini. Begitu juga dengan sekalian umatnya yang mana mengikut segala tuntutan agama dari segi akhlak, ibadah, aqidah dan syariatNya.

JAUHI. Langkah pertama yang dirasakan boleh digunapakai untuk mengelakkan perasaan ni, jauhkan diri dari mereka2 yang kerjanya nak mengkondem dan tak memberi kebaikan pada diri pun. Bukan untuk memutuskan hubungan silaturrahim itu, tapi sekadar menjauhi dan tidak bergaul dengan mereka2 untuk mengelak kita terjebak kembali. Hati manusia yang ingin berubah, akan sering mendapat gangguan syaitan yang agar kita kembali melakukan dosa dan keburukan. Itu yang boleh menyebabkan seseorang itu berbolak balik hatinya. Pengaruh persekitaran juga sebenarnya memainkan peranan penting. Kerana persekitaran jugalah seseorang itu boleh berubah dari baik ke kurang baik.

TEMAN BARU. Pilihan di tangan kita kan? Kita berhak memilih jika benar-benar inginkannya. Pilihlah sahabat dan teman yang boleh sama2 membawa kebaikan kepada diri kita. Perasaan malu tidak akan wujud apa yang kita lakukan seiring dengan apa yang turut diaorang buat. Jangan malu untuk bersahabat dengan mereka2 yang lebih baik dari kita. Sebab mereka2 (lebih baik) tidak akan meninggalkan orang ingin berkawan (mahu berubah) dengan mereka. Malah, mereka dengan senang hati akan menarik kita dan pimpin tangan kita sama untuk melakukan kebaikan. Percayalah sahabat...

Kata orang MALU BIARLAH BERTEMPAT. Kalau malu melakukan kebaikan, maknanya TAK MALU MELAKUKAN KEBURUKAN? oh... jauhilah statement SEWEL tu... 

Selain itu, dekatkanlah diri dengan Allah. Jangan Malu memohon dan merapatkan diri kepadaNya sebagaimana Dia menerima diri kita seadaNya. Sesungguhnya DIA maha mengetahui segala yang tersembunyi. Termasuklah apa yang tersirat di hati kita. :')

***********



Saya nak kongsi sikit ilmu.

"Suburkan Iman secara berterusa supaya ia tidak Tercabut!" (Amaludin, 2009) ~saya sangat suka ayat ni.

Bayangkan iman yang senipis kulit bawang jika terus dibiar dan terbiar? Alamatlah boleh terus hilang. Bila dah hilang, gelaplah hati. Penting untuk kita tahu bahawa iman itu, selain boleh berkurangan ia juga boleh malayang dan tercabut keluar kerana melakukan dosa2. CTH: Saya teringat sorang lecture pernah cakap.

"orang minum arak ni, ibarat 'membersihkan' tubuh, dapat lesen baru!"

dan yang sebenarnya; sabda Rasulullah saw bermaksud;

"Barangsiapa yang bezina, atau meminum arak, maka Allah akan mencabut iman daripada hatinya, sebagai mana orang melepaskan (mencabut) pakaian melalui kepalanya." riwayat al-Hakim.

"Adalah satu malapetaka yang amat besar andai Allah swt mencabut iman dari hati manusia. Bayangkan seseorang yang direnggut nyawa saat imannya tercabut." (amaludin, 2009) ~nauzubillah.

.............

"Jangan biarkan dosa menguasai hingga hilang Malu!" (Amaludin, 2009)

Seperti di atas tadi. MALU BIARLAH BERTEMPAT!

Seperti pelopor utamanya iblis laknatullah yang begitu sombong dan bongkaknya kepada Allah kerana ia dijadikan daripada api manakala nabi Adam dijadikan daripada tanah.

Maka, jika ada mereka2 yang cukup berbangga melakukan kejahatan, keburukan dan dosa, tidak jauh bezalah dengan golongan pelopor di atas.

Golongan manusia yang berbangga dengan dosa-dosa yang dilakukan (kemaksiatan dsb.) tidak akan tergerak hatinya untuk melakukan taubat malah tidak terampun dosanya seperti mana yang dijelaskan oleh Rasulullah saw;

"Setiap umatku akan mendapat keampunan melainkan mereka yang (sifatnya) terang-terangan. Antara (contoh) terang-terangan itu ialah: seseorang lelaki yang melakukan maksiat pada malam hari. Kemudian dia 'berpagi' dalam keadaan perbuatan (dosanya itu) ditutup oleh Allah. Kemudian dia berkata; "Semalam aku melakukan sekian, sekian.." Dia bermalam dalam keadaan ditutup (Allah) kejahatannya tapi dia berpagi dalam keadaan (dia) membuka tutupan Allah (ke atas dirinya)." 
~riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abi Hurairah).

*************

Sekadar perkongsian dan peringatan kepada diri ini. Jom sama2 audit diri! :')
maaf atas sebarang kesilapan yang berlaku. :')
mungkin ada yang tidak lengkap, maaf!

Saturday, May 26, 2012

Sindir tersindir

Assalamualaikum :)

Erm.. disebabkan otak kian kurang rajin bekerja keras, makanya ingin ku kongsikan petikan ayat yang kurasakan agak sinikal dan boleh 'makan dalam' pada yang membaca. Aku hanya mampu tersenyum jugaklah bila membacanya.

"Jangan kamu menghampiri zina." (Al-isra' 17:32)

Mencegah lebih baik mengubat. Allah mencegah manusia bukan sahaja daripada zina, malah menghampirinya pun jangan!

Perkara2 yang termasuk dalam istilah 'menghampiri zina' termasuklah melihat, mendengar, bergaul dan terlibat secara langsung atau tidak dengan perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, menonton cerita atau filem yang bertentangan dengan akhlak islam, lagu dan naynyian cinta yang asyik dan melalaikan, membaca atau menatapa buku, majalah atau media Internet yang mengandungi unsur-unsur lucah dan sebagainya.

Malangnya perkara-perkara itulah yang sedang subur dalam masyarakat kita. Perkara2 menghampiri zina itulah yang dianggap moden, maju dan trend terkini. Ironinya, kita yang memekik, bertempik dan gelisah kerana AIDS.

Berbagai langkah telah diambil oleh kita untuk mengatasi masalah AIDS. Galakan menggunakan kondom dengan membelakangkan perintah Allah supaya tidak bergaul bebas samalah seperti menggalakkan zina tetapi mesti "SELAMAT" daripada AIDS! Apakah yang sedang kita tanam dalam fikiran dan jiwa umat islam, takut akan Allah ataupun AIDS??

Kita sepatutnya insaf, penzina2 boleh bebas daripada AIDS (kerana diajar cara2 mencegahnya) tapi mereka tetap tidak dapat melarikan diri daripada seksa Allah di nearaka kelak. Seksa AIDS brakhir dengan kematian, tetapi seksa neraka kekal abadi. Mana lebih pedih?

~ bukan aksi sumbang :D

Itu antara petikan ayat yang menarik dari artikel yang ditulis. Sama-samalah kita fikir ya. :)

Sekian. 

*credit to: "AIDS di Akhirat Lebih Dasyat."
~solusi 41



Friday, February 17, 2012

Banyak alasan!



Assalamualaikum :')








Astaghfirullahal'azim.... s a r...



Friday, February 10, 2012

Sekuntum awan ke daun keranda

Assalamualaikum ~_~"

Sekuntum awan ke daun keranda

Sekuntum awan
Kembang di langit putih
Derai makrifat
Setitik dan setitik
Menebus gersang kalbu

Sayap rembulan
Menyentuh rama-rama
Langit ke ranting
Berkilau kebesaran
Semadi di jasmani

Pepohon lontar
Berkembang daun takrif
Hiasan akal
Merimbun dalam diri
Menjilid kebenaran

Daun keranda
Mendengar bisik bumi
Segumpal pesan
Hidup semai ibadat
Barzakh menuai Rahmat

~By Darma Mohamad,
Dewan Masyarakat 2011.




Sungguh aku gagal menafsir apa yang cuba disampaikan. Tapi aku suka setiap bait yang ditulis. :)




Tumblr_lolh5bgqn21qglbpxo1_500_large


~_~"

Monday, January 9, 2012

Macam mana rasa...

Assalamualaikum :')

...bila kita tahu ada orang benci kita?

...bila kita tahu orang yang benci kita?

...bila orang yang benci kita tahu yang kita dah tahu dia benci kita? ~dia buat tak tahu mungkin...


~grrrr.... tak sangka ada juga yang tak suka. Almaklumlah... Kita bukannya dapat puaskan semua hati orang yang sememangnya tak pernah puas...

Orang kata, yang dekat ni selalu dibenci macam sebusuk bau bunga tahi ayam, yang jauh tu pula yang disayang macam secantik dan sewangi roses (walaupun aku lagi suka bau kemboja). Tapi, sebenarnya yang dekat, yang dibenci itulah sebenarnya lebih bermakna daripada yang disayang dan diharapkan. Akhirnya, yang busuk itu jugalah... sebab yang si wangi tak tahan lama.

Maka pada si penerima keadaan... apa nak buat????


~sabar ajalah.... Dia lebih suka orang bersabar. Bak kata Laksamana Sunan, adalah lebih baik kejahatan itu dibalas dengan kebaikan dan kebencian itu dibalas dengan kasih sayang. :)

Kepada yang membenci... Semoga diperlembut hati, dibukakan pintu hati,... kata orang, jangan benci2 selalu sebab lelama boleh tersayang pulak... Bila dah sayang... siapa pulak susah... hati jugak... :D

Saturday, October 8, 2011

Pujian adalah umpan

Assalamualaikum :)

pujian itu enak didengari, mengembangkan hati, mengukir indah senyum di bibir...

'eh, cantiknya blog kaw...'
'eh, cantiknya kaw...'
'terbaiklah entry kaw beb...'
'nice entry...
'weh, pandainya kaw bermadah helah...
'sar, pandainya kaw buat ayat... 

~CONTOH mydear :D

~mashaAllah... jangan disebut oi! dah macam masuk bakul, golek2 sendiri ni. ~ astaghfirullahal'azim... geleng kepala berkali-kali

~takda kene mengenan langsung. :D
haish! dengki bebenor oren ni!
Astaghfirullahal'azim...

Aku tak tuju pada orang lain, tapi diri ini sendiri merasai keindahan pujian. Astaghfirullah... ~hentikanlah s a r! Enak yang dirasai, tak enak di sisiNya s a r. 

Hakikat yang manusia ini sukakan pujian tapi sebenarnya dengan pujian ia akan membunuh hati manusia itu sendiri tanpa kita sedari. Again! Encik Syai buat parti liar, bergelak ketawa, berdansa sakan bila manusia terpedaya dengan pujian.

Ada yang menyatakan pujian itu wajar diberi untuk tujuan tertentu. Contoh anak2 kecil. Sebagai ibubapa kita digalakkan memberi pujian sebagai pemangkin pada anak kecil agar dia tidak berjauh hati dalam apa yang dilakukan. Dalam erti kata lain, memberi semangat. Pujian ni sebagai peneguhan. Begitu juga dengan guru2 di sekolah yang memberi pujian kepada anak muridnya agar lebih bersemangat dalam belajar. Demi kebaikan, amat digalakkan. :) ~based on teori pelaziman operan :) 

Tetapi tidak pula yang berlaku pada dasarnya. Pujian merupakan racun kerosakan hati. Dengan rasa bangga yang dimiliki membuatkan seseorang itu lupa, alpa dan leka. Lambungan pujian menggunungkan rasa riak, takbur, ujub dan seadik-beradik dengannya. Hakikat sebenar melumpuhkan hati. Astaghfirullah...

Dia benci manusia yang cuba membangga diri. Tidak ingat pada yang hakiki. Anugerah yang diberi bukan untuk dibanggai, jauh sekali untuk diperagung. Tapi itulah yang banyak berlaku kini. Sebenarnya tanpa sedar ujub di hati bertandang tanpa sedar. Sekecil-kecil pujian, malah sepatah perkataan pujian boleh buat kita berubah hati. Hati lain macam aja dah rasa. Astghfirullah.... Jauhi, jauhi, jauhi...

Penyakit hati ni dah boleh jadi one of silent killer. OOA. Semoga kita dijauhi dari golongan ini. Astaghfirullah... Kita manusia, memang dilahirkan lupa. Jika tidak, kita tak sedar diri pada Maha Pencipta. Entry ni sekadar peringatan pada diri aku sendiri. Kalau dah syok sangat, tak jadi apa pun kan. Lagi Dia sisihkan ada. Astaghfirullah... jauh..jauh..jauh... berlipat kali ganda kita kena mengejarnya semula. ~boleh semput oi! :D

*peringatan pada diri sendiri :)

Saturday, October 1, 2011

Ujian adalah peluang

Assalamualaikum :)

"Setiap Ujian adalah peluang" 

Sungguh bermakna kata-kata ni dan pastinya mesti ada yang pernah dengar ayat ini dituturkan. Kata orang hidup ni satu perjudian. 'Life is gamble'. Tu orang katalah. Eh, lupa pulak, Life is an open secret kan. :D. Diakui segala perjalanan dan ketentuan hidup kita sudah tertulis. Hanya kita yang tidak tahu ke mana arah yang sebenar dan tidak dapat hendak meramal atau mengagak apa sebenarnya yang berlaku pada masa hadapan. Tu yang orang cakap macam tu kot. Di sinilah pentingnya panduan dan petunjuk dariNya kan.

Makanya, dalam penentuan hala tuju hidup, selain milikNya mutlak, kitalah sebagai pelakon yang membuat keputusan untuk menyelesaikan segala pertimbangan. Semua atas diri kita. Nak baik, maka berbuat baiklah. Begitulah sebaliknya. Hmm..

About test. Siapa kita untuk mempersoal ujian yang diberi. Persoalan KENAPA atau WHY memang takda jawapan. Kerana ia milikNya. Apa yang dimaksudkan oleh "setiap ujian adalah peluang" di sini adalah peluang atau kesempatan kita merapatkan diri denganNya apabila tiap kali dihujani ujian dan dugaan. Tapi, harus diingatlah. Bukan time susah aja baru nak cari Dia. ~ni dah salah ni. susah senang kerana Dia kan. :)

Ujian yang Dia turunkan kepada kita merupakan peluang terbesar untuk kita merapatkan diri denganNya. Pernah kan dengar orang kata 'alaa... dah terkena baru nak ingat Allah'? Manusia tak lari dari melakukan kesilapankan. Syukur Alhamdulillah diberi lagi peringatan agar kita kembali kepadaNya. Cuba bayangkan pula kepada mereka2 yang langsung tidak mensedarkan dirinya terhadap ujian yang diberi. Still buat tak tahu aja, malah ada pulak yang sesuka-suki memarahi dan semakin hilang percaya pada Dia pula. Gila ke apa. Kaw nak kena panah petir ke oi! Jangan sesekali dibuat ok. Yakin!

Contoh macam kita nak berjaya. Banyaklah juga ujian dan halangan yang kita lalui kan. Kalau kita tak lalui, manakan kita nak dapat peluang untuk berjaya kan. :) ~eh macam tak kena pulak contoh ni ha... maaf

~ni memang ambik PELUANG untuk TIDO! :p
Diakui. Bukan setiap manusia sama kuat sama tabah menghadapi setiap ujian dariNya. Sungguh! Aku sendiri rapuh. Namun, dalam kelemahan hati, kesakitan jiwa, kesesakan nafas, sedaya upaya juga yakin dan redha dengan ketentuanNya. InsyaAllah. Hanya dia Maha Mengetahui dan Menentukan apa yang terbaik bagi diri kita kan. Dia cukup faham juga apa yang kita rasa sungguhpun muka tu konon2 tabah.

Oleh yang demikian. Janganlah lepaskan peluang yang ada. Mungkin ianya peluang yang terakhir, atau juga peluang yang mempunyai seribu hikmah yang tersembunyi dan kita sendiri tak dapat nak pastikan. Allah tak pernah janjikan keburukan kepada manusia yang sentiasa beringat kepadaNya. InsyaAllah. Beruntunglah dan bersyukurlah s a r dengan apa yang diberi dan diperingatkan kepadamu selama ni. SubhanaAllah. Alhamdulillah. InshaAllah.

#~one of the dialogues in Nur Kasih the movie. :D

Friday, September 30, 2011

Soalan mudah, Jawapan?

Assalamualaikum... :D ~bahagia jumaat hari ni.


~takda kene mengena :D


Apa perasaan kamu apabila kamu mengingati seseorang yang tak sepatutnya kamu ingati?


..........







Apa perasaan kamu apabila kamu membayangkan seseorang yang tak sewajarnya kamu bayangkan?


...........


















~rasa bersalah!


i don't know what you feel, but He knows everything... :)