Saturday, May 20, 2023

Oh Abah_1

Salam. 

Bermulalah edisi #ohabah. 

Hari ni, abah aku buat benda yang dah memenatkan diri dia sendiri. 

Me as her daughter yang duduk depan mata dia, tak bising banyak. 

"Pergilah buat bah..." Said me as usual. 

Dah dia terbaring je dari tengah hari tadi. 

Aku ni jenis tak suka nak bebel banyak2 kali benda yang sama. Abah aku dah tua. Aku sendiri menyampah orang lain bebel benda yang sama berulang-ulang rasa macam nak tampo je. 

Begitulah rasanya kalau orang lain membebel kat ko. 

Makanya, aku pilih tak banyak cakap. Bila adik-beradik lain dapat tahu, dorang akan membebel sama. Aku pun tak suka dengar. Apatah lagi abah. Memang aku diamkan je selagi keadaan dia okey dan tak memudaratkan. 

Aku kesiankan abah. Kesian dia bila ada yang terus nak bebel2. Kiranya macam ko dah la sakit, tambah orang membebel, tak ke bertambah sakit? Gitula...

Hati orang tua ni, walau dia garang sekalipun, kecik je hati dia. Boleh jadi kecik hati dia nanti. 

Dari dulu, kita orang adik-beradik memang tak rapat mana pun dengan abah. Apa-apa pun, semua mak. Sebab dia dulu selang sehari takde kat rumah. Bila dah pencen ni, baru ada. Sebab tu bab nak berbual gelak2 mesra tu, memang takkan ada la... Nak bercakap pun benda penting je. 

Bila jadi gini, orang bebel2 kat dia, dia diam je. Tapi aku tau dia sedih la. Sedangkan sebelum ni dia boleh menjawab. Semenjak sakit ni, orang tegur, dia banyak diam. 

Sebab tu aku tak suka bising2. Takde apa nak cakap, aku pun diam. Lagi2 dalam keadaan dia sekarang ni. Selagi apa yang disuruh tu penting, ikut je la. Takyah banyak bunyik. Lagi banyak bunyik, buat dia kecik hati je buat apa kan? 

Ok dah. Aku pulak jadi tak boleh tido tak memasal. Haihh.. 

*ni pokok lada benggala yang aku tanam. Dah innalillah dah puasa lepas 😆

Tuesday, May 16, 2023

Hari tua esok

Salam 

Esok hari tua yang ke... 🫣

InsyaAllah...

Untuk tahun ni dan sama je dengan yang sudah2... 

Cuma kali ni, awal dah dapat hadiah. 

Hari ni teman abah pegi check up. Awal2 lepas discaj awal tahun hari tu, doc dah inform jantung dia ada problem. Sejauh mana tu je yang tak tahu. 

Hari ni, result tak syok dengar bila doc explain. Injap jantung dia problem tahap kritikel. Memang akan cepat penat bila buat kerja berat. 

Doc bagi 2 pilihan. Dan ofkos la dia suggest buat operation untuk long term. Kalau tak buat pun boleh. Cuma ada risiko sebab dia ada diabetic bagai. Lagi satu umur. Tapi aktiviti berat memang tak boleh buat dah la. 

Benda ni, doc bagi masa fikir. Dalam 2 bulan ni. Next appointment dia nak result. 

Yang jadi masalah, abah sendiri la. Kalau boleh dia tak nak belah2 ni. Umur pun dah tua. Anak2 pun tak boleh paksa. 

Sekarang ni, aku folo je mana yang terbaik. Selebihnya aku serah pada Dia. Kalau inilah takdirnya untuk famili aku, aku sedia reda. Dia sebaik2 perancang kan? 

Moga yang baik2 je untuk abah 🥹

Sunday, May 7, 2023

Jangan susahkan

Salam raya ke 16

Kisahnya birthday nak dekat dah. 

Makanya, satu benda je aku wajib buat tiap tahun. 

Cek lesen walaupun tak bawak kereta. 

Aku lama dah tak renew sebab masa pkp lepas, renew lama terus. 

Ini tahun renew baru. Kalau dulu guna myeeg je orang tu hantar sampai depan pintu rumah. 

Laa ni, dengan bijak dan harapan yang sama, akan dapat lesen depan pintu rumah. Tapi malangnya...

SILA AMBIL LESEN ANDA DI KAUNTER JPJ. 

Cisss...

Niatnya bayar online tak nak susahkan siapa2 pergi renew lesen sebab aku susah nak keluar sendiri. Jauh pulak. 

Sudahnya, dah nak kena susahkan orang. Tapi aku pilih lain kali je la ambik. Tak drive pun buat masa ni. 

Cukup2lah susahkan orang lain untuk urusan sendiri biarpun kecik. Dah-dah la tu... 🥹

Kalau tetibe pulis cek kaa apa kaa.. cek je la apps. 

Okbai. Murung jap. 

*Okla. Last night, first time join meeting merisik. Ofkos la bukan aku yang kena risik. Jauhhh lagi orang nak merisik 🤭

Wednesday, April 19, 2023

Panic Attack

Salam penghujung puasa. 

Lama dah nak tulis pasal mende alah ni. 

Biasa tu dengar orang lain je.

Bila sendiri rasa dan sebenarnya baru perasan segala simptom yang sama... 

Now i know it.

Ada satu benda yang akan buat cepat kena mende ni. 

Famili. 

Mulalah aku berpeluh, nadi laju, jantung laju, darah sure meroket punya, tak boleh bertenang langsung. Tak lalu makan, kepala pun rasa khayal je. Rasa macam tak sihatlah. Buat apa pun tak kena. 

Nak tenang, memang kena ambil masa. Ada satu masa tu, sampai tak boleh tidur semalaman sebab otak dok berjalan je fikir yang bukan2. Sampai stress la. Padahal benda dok bayang tu tak jadi lagi pun. 😣 

Dah macam orang tak normal pun ada. 

Tapi dok tahan laa sensorang.

Nak cerita kat orang, takde sape. Pujuklah hati bagai tak mahu sendiri sampai tenang. Tapi the best way, memang doa banyak2. Dia je mampu tolong dan tunjukkan jalan yang terbaik. 

Alhamdulillah still boleh kawal buat masa ni. Tapi cara terbaik nak elak, memang elaklah dengar apa2 masalah yang tak sepatutnya aku tahu. 

Makin bertambah umur ni, kesihatan pun tak berapa baik. Tak boleh salah sikit, rasa tak terbayar dosa2 seumur hidup ni huu. 

Okla. Nak tido. Jap lagi sahur, memang jem la. 



Tuesday, March 21, 2023

Moga Mokde sihat kembali ❤️

Salam. 

Laa ni terus tak boleh tidoq lepas balik dari rumah depan. Rumah mokde. 

Lepas dapat call dari cucu dia yang tak sekolah seminggu ni sebab nak pindah sekolah baru, baru nak katup mata mak aku sergah suruh teman dia pegi depan. 

Halahhh aku cakap. Kenapa mokde?

Hati tak sedap. 

Sampai rumah dia, macam panaaa tak sedar. Tapi buka mata. Tepuk2 tak nyahut. 

Sebab aku pernah hadap orang nazak, orang pitam sebab hipo, orang kena stroke, so macam2 dalam kepala aku. 

Lekas2 mintak cucu dia carikan mendealah test gula tu haa. Sebab tahu mokde ada diabetes. Kaki pulak luka tak baik2 lepas pijak paku. Dia pantang segala makan senab takut luka tak baik2. 

Boleh imagine tak, ko langsung tak ambik gula. Tapi ko makan ubat? Tak ke menjunam ko punya gula. 

Dah check. 1.6. Nahhh.. Sahlah dia hipo. 

Call ambulance. 

Si ambulance pulak lambat sampai. Anak lelaki dia pun sampai. 

Mak aku, Maklang mokteh semua try sudukan air gula. Tapi rasa macam dok kat tekak je. Gelegak je dalam tekak dia. 

Ah, seriau sungguh dengar. 

Sampai je si MA, on air gula. 10min macam baru dia sedar. Dia pandang muka semua orang. Tanya kenapa dia? Dia kat mana?

Legaaa. Alhamdulillah. 

Yang anak dia? 

Hurm.. nak cerita pun sakit hati. Pandai-pandailah handle mak ko. 

🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍

Moga kita semua jadi anak yang BERHATI PERUT dengan mak ayah selagi ada nyawa. Hilang, takde ganti woi. 🥺

Moga mokde kembali sihat.
We're here for you mokde. 😔

🕌🕌🕌🕌🕌

Salam Ramadan! 


Tuesday, February 14, 2023

Lekas sihat

Salam 

Dekat seminggu dah.

Bukan covid. 

Demam kali ni lagi teruk dari kena covid dulu.

Hampir satu famili demam, selsema, batuk. 

Cukup pakej. 

Jem.

Macam-macam pil aku telan setiap hari. 

Naik takde rasa dah tekak. 

Sian anak2 buah yang tak sekolah berhari2 dah. 

Harap semua sihat2 kembali. 

Aminn

InsyaAllah. 

Thursday, January 12, 2023

Jangan jemu

Salam. 

Salam tahun baru juga. 

Catatan pengakhiran yang sangatlah mencabar.

31 Dis 2022, abah minor stroke. 

Malam sebelum tu, ingat kebas tangan biasa2 je. Paginya sebelah kaki pun dah ikut sama, memang takde lain dah. 

Warded 3 hari 3 malam. 

On tube. Tapi abah boleh minum biasa. Tak tahulah sebab prosedur atau pebende aku tak tau. Yang aku tau sebab nak elak tercekik atau tersedak makanan yang boleh sebab masuk kat paru2. Tu je. 

On ubat cair darah. On susu je untuk 2 minggu ni sampaikan dia dah takde tenaga. Esok baru boleh buka tube. Tu pun harap sangat dia ok. 

Tapi gula pulak tinggi kemain. 

Tak taulaaaa cemana esok. 

Harap sangat baik2 je. 🥹

Aku harap juga aku takkan jemu menjaga memandangkan aku je yang tinggal pun.