Monday, January 17, 2011

Peristiwa Hari ini

Hmm. Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini aku pun pergilah macam biasa tempat yang dituju cume lambat daripada biasa gara2 menunggu Bro siap. Disebabkan kelewatan tersebut, dengan aku2 sekali terkandas and lastly tak belajar pun sebab ramai budak2 baru.

Dalam aku tunggu giliran, adalah sekumpulan budak2 baru ni. 4 Girl + 1 Guy. Kecoh la jugak tapi aku buat hal aku je. Disebabkan mereka ni terlalu dekatlah duduk di sebelah aku, maka segala butir bebelan mereka aku dengar. Berdosa pulak curi2 cerita orang ni. Hehe. Yela, ingin hati malas nak dengar sebab cerita budak remaja yang tengah hangat di pasaran kot. haha. Agaknya la. Lalala.

Dari bebel2 mereka ni, aku dapat tahu la yang mereka ni baru habis sekolah dan ada antaranya x-student sekolah lama aku. Kira macam junior aku la jugak ni. Yang aku tergelak sendiri bila mereka ni cerita pasal LELAKI a.k.a Guy! haha. Macam la takda topik lain. Kalau dah 'budak', 'budak' jugaklah. Haha. Bukan aku cakap besar, macam aku kata dalam post sebelum ni, budak@remaja sekarang segalanya advance la. Bukan aku tak pernah lalu zaman mereka ni. Malah dah rasa pun pahit manisnya. Mereka ni pulak kalau bercerita bukan reti nak control, yang mamat seorang terpacak kat situ jadi pendengar setia je. Aku tak tahulah dalam hati dia cakap ape.

Ada 4 orang girl ni (A,B,C,D). Kira lebih kurang macam ni la;

A: Eh, kaw nak tau tak, aritu aku jumpa si Z masa amali aritu. Dia tegur aku. Dulu dia rendah je kan. Sekarang dah tinggi, hensem giler b*&% dooww.
B: hah? yeke. yela. dulu dia rendah je la weh. hah mat, kaw jangan nak gelak2.
C: yeke.
D: oo. yang pakai speck aritu ke. haha. haah doww, comel giler nak m@&*#s sekarang. haha.
A: haah weh. rupenyekan, dia kawan dengan x-bf aku mse form 4 dulu. haha. giler ar. aku pun layan je la dia borak2 dengan aku. dah macam jejak kasih dah. haha. bla bla bla.. kaw B dengan sape sekarang?
B: hehe.
A: kaw camne pulak D? Kaw dulu dengan si X kan?
D: hehe. tu la. sekarang tak lagi. tapi kalau jumpa kan beb, mesti tegur aku dan cakap, "ha, tu la, dulu aku sayang kaw, tapi kaw yang curang sape suruh" gile b#$%h aku rase beb. Sengal je. menyampah aku.
C: ~senyum dan gelak je keje dia.

~mereka membebel seterusnya dan aku malas nak ambik port dah. pening aku dengar. tambahan pulak bahasa2 tambahan yang mereka masukkan.

Budak A ni, rasa maca familiar je aku tengok. Tapi tak tahulah siapa. Lantaklah tu. First impression aku tengok si A ni, quite sweet, putih, muka licin je, suara serak2 basah. Elok2 je aku puji budak ni dalam hati. Sekali dia borak dengan member2 dia ni, terus berkecai la pujian2ku tadi. Hampeh dan sayang! Muka cantik kot, tapi bila terkeluar pulak kata-kata yang kurang enak didengar dikhalayak, maak aii, tak guna jugaklah kot kalau muka cantik segala kan. Sayang giler aku kata dalam hati. Mana2 guy pun aku rase, kalau nampak dia boleh cepat suka kot sebab muka dia sweet je. Tapi setakat tu yang aku boleh describe dia, dari segi percakapan. Fiil lain, wallahuaalam. Tak berani pulak nak kate lebih. Berdosa di situ. Hehe. Aku yang dengar ni pun dah rasa tempias dosa. MasyaAllah.

Apa2 pun, aku faham mereka ni. Masih di alam awang-awangan kan. Segalanya manis belaka. Segalanya ingin dicuba. Tak kira la betul ke salah ke dosa ke pahala ke. Janji boleh buat. Risau jugaklah aku tengok mereka ni sebenarnya. Borak2 macam orang dah sedia sangat kot nak masuk alam dewasa tapi tak tahu mana yang betul mana yang salah. Up to them la kan. Takkan la aku pulak yang sibuk2 nak masuk campur kan. Mak Ayah mereka ada.

Aku pn dulu, pernah jugak rasa apa yang mereka ni rasa. Jiwa berkobar memang lain macam lah. Hehe. Hati tu ada sahaja yang cuba nak dilawan. Dengan erti kata lain, ada sahaja yang cuba di argue. Hehe. Tapi tu dulu. Sekarang tak lagi. More to Muhasabah diri. Hehe. Alhamdulillah. Adanya Dia membantu untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.

No comments: