Wednesday, December 29, 2010

Kalau dan Kenapa

Hmm. Kenapa ye orang selalu mempersoalkan sesuatu yang dah terjadi dengan perkataan 'KENAPA'? Lepas tu, mesti diikuti pulak dengan perkataan 'KALAU'. Macam yang aku tengah tulis sekarang ni. Hmm. Aku rasa, kalau dah jawab soalan 'KENAPA' dan 'KALAU' tu, bukannya suatu hal tu boleh diputar semula. Tak ada guna pun. Dah lepas jawab persoalan tu, then, mesti sama2 senyap. Alahai. Buang masa je la tanye kan.

Contohnya macam satu situasi ni. Seorang tu gagal menduduki peperiksaan atas sebab tertinggal ic. Maka, nak dijadikan cerita, tidak layaklah dia dan terus keluar dewan peperiksaan. Bila dia call abang dia untuk jemput dia semula, soalan pertama yang kedengaran adalah:

"kaw kenapa ni?"
"laa.. kenapa kaw boleh tak bawak ic"
"kaw letak mana"

Dan tuan punya diri pun, hanya mampu dengar dan menjawab sekadar yang boleh sebab jiwa tengah kacaw plus sedih yang teramat. Bila sampai pula ke rumah, soalan yang sama juga diterima:

"kaw macam mane boleh tak bawak"
"nape kaw tak cek dlu sebelum pegi"
"kaw letak kat mane ic tu"
"KALAU kaw cek betul2 tak jadi macam tu"
"KALAU kaw pegi yang lagi satu ntah macam mana pulak"

Lihat, seperti yang kukatakan tadi, lepas KENAPA, mesti KALAU. Hmm. KALAUlah kita tahu apa yang akan jadi seterusnya, mestilah ini semua tak jadi kan. Mestilah semua akan jadi baik kan. KALAU KALAU KALAU. Tak sah la KALAU tak ada perkataan KALAU. hehe.

Sudah tentulah Allah menjadikan setiap kejadian bersebab dan ada hikmahnya. Ni kalau semua nak berkalau, tak perlu rasanya perkara yang tidak diingini berlaku. Dah tentulah segala urusan dipermudahkan. Tak perlulah lagi akan ada rasa menyesalh dan sedih kan. Just think positive dalam apa jua perkara yang telah berlaku. Terima seadanya dengan hati terbuka dan redha kerana apa yang berlaku adalah atas kehendakNya. Bukan kita yang meminta-minta satu hal diluar jangkaan itu berlaku melainkan kita yang menginginkannya.

Ni tak, kalau ada saja perkara tak baik atau buruk berlaku atas diri, mulalah nak tunding jari pada orang lain. Salahkan orang lain. Letakkan semua beban atas bahu orang lain. Diri sendiri punya kesalahan taknak pulak fikir. Anggap diri sendiri je yang betul. Tak elok la macam tu kan. Tapi, yer la. As human, memang tak lari dari rasa macam ni kan.

Hmm. Ape yang aku rasa, yang pernah rasa, semuanya orang lain peernah rasa jugakkan. Terpulang pada diri sendiri la macam mana nak kawal dan bawak diri. Kalau dibawa ke positif, maka positiflah iya. Kalau dibawa ke negatif, maka begitu jugalah yang berlaku. Cuma, aku pun cuba jadi yang lebih baik dari sebelumnya. Belajar dari segalah kesilapan yang lalu. Ambil semua tu jadi pengajaran dan panduan untuk masa hadapan. InsyaAllah, dengan izinNya, semua akan jadi lebih baik dan lancar. InsyaAllah.

No comments: