Thursday, December 23, 2010

Hitam atau Putih dan Kematian

waaa.. black and white is my favourite colour tu. Hehe. Hmm. But, about kematian. Adalah pasti! Di mana asal kita, di situ jua kita akan kembali.

Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun. Allahuma jurnii fii musiibatii wakhluflii khairan minha..

Artinya : “Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan benar-benar kepada-Nya kami akan kembali. Ya, ALLAH berilah aku balasan (pahala) di dalam musibahku dan berilah aku ganti yang lebih baik dari musibah tersebut. ”


Aku dah banyak kali fikir dan rasanya dah ada beberapa petikan aku baca pasal hukum memakai pakaian hitam dan putih sewaktu majlis pengkebumian. Dan, jawapannya tetap sama. Tetapi masih ada juga yang amalkannya. Macam baru-baru ni semasa nendaku pergi mengadap Illahi, ada tetamu yang datang menziarahi memakai pakaian hitam (aku tak tau la sama ada sengaja atau tidak atau orang tu memang dah takda baju warna lain. hehe).

Tapi, kalau aku datang menziarahi jenazah pun, aku lihat ada antara ahli keluarga simati memakai pakaian hitam dan ada juga putih. Kat sini aku nak share daripada artikel yang aku dah baca pasal hukum memakai baju hitam dan putih.

Imam Suyuthi didalam kitabnya “al Awa’il” menyebutkan bahwa yang pertama dipakai oleh orang-orang Abbasiyah adalah warna hitam ketika Ibrahim al ‘Umawi membunuh Ibrahim seorang imam yang mengaku khalifah sehingga warna hitam menjadi syiar bagi mereka. Ada juga yang mengatakan bahwa orang-orang Mesir memilih pakaian berwarna hitam untuk menunjukkan kesedihan saat berkabung terhadap orang-orang Koptik yang mati pada masa “Diokletianus” dimana sebanyak 180.000 orang-orang Kristen disembelih dalam satu hari kemudian kaum wanita mereka mengenakan pakaian yang berwarna hitam.

Ini bermakna, tidak terdapat nash-nash di dalam Al Qur’an dan Sunnah yang menunjukkan penggunaan pakaian yang berwarna hitam saat berkabung terhadap seorang yang meninggal. Yang ada hanyalah larangan mengenakan pakaian yang bertentangan dengan perasaan kesedihan dan membiarkan pembatasan itu kepada adat kebiasaan. (Fatawa al Azhar juz X hal 17)

Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salaf. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini.

Ini menunjukkan ia tidak syar'ie. Dan lebih dibimbangi amalan umpama ini ditiru daripada adat masyarakat bukan Islam. Sedangkan kita dilarang meniru adat mereka.

Contoh artikel lain:

Menurut ijma‘ para ulama, berkabung adalah wajib bagi wanita yang kematian suami. Di samping itu mereka berbeza pendapat tentang hukum ihdad bagi sesetengah perempuan yang bukan kematian suami, seperti kerana sebab ditalak.

Bagi perempuan yang beriddah kerana kematian suami, yang iddahnya ialah selama empat bulan sepuluh hari (kecuali bagi perempuan yang hamil, tempoh bagi iddah mereka ialah sehingga melahirkan) maka jumhur ulama telah bersepakat bahawa hukum ihdad atau berkabung di dalam tempoh iddah bagi wanita ini adalah wajib. Ini bersandarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. seperti berikut: Maksudnya: “Tidak halal (haram) bagi wanita yang beriman dengan Allah s.w.t. dan rasulNya untuk berkabung ke atas jenazah selama lebih dari tiga hari kecuali bagi suaminya”. (Hadis riwayat Muslim)

Manakala perempuan yang beriddah kerana talak, para ulama’ sepakat bahawa perempuan ini tidak diwajibkan ke atasnya berkabung, kerana dia masih boleh dirujuk oleh suami. Malah ada ulama yang mengatakan adalah lebih utama baginya berhias-hias untuk menarik perhatian bekas suaminya supaya merujuknya kembali. Tetapi Abu Thaur pula meriwayatkan daripada salah satu pendapat Imam As-Syafi‘ie Rahimahullah bahawa sunat (mustahab) ke atasnya berkabung.

Perempuan yang di dalam tempoh iddah talak yang tidak boleh dirujuk oleh bekas suaminya kecuali dengan nikah dan mahar yang baru atau yang di dalam iddah talak yang tidak boleh dirujuk kecuali setelah bekas isterinya dinikahi dan diceraikan oleh suaminya yang baru dengan syarat-syarat yang tertentu juga dengan nikah dan mahar yang baru, maka bagi perempuan ini menurut Imam As Syafi‘ie dalam Qaul Jadid adalah tidak wajib ke atasnya berkabung kerana ianya beriddah kerana talak, sedangkan berkabung yang wajib itu ialah kerana kematian suami. Walau bagaimanapun adalah sunat hukumnya jika mereka berkabung.

Begitu juga bagi perempuan adalah harus bagi mereka berkabung jika sekiranya terjadi kematian di antara kaum keluarganya seperti ayah atau abang dalam tempoh yang telah diharuskan oleh syarak iaitu selama tiga hari atau kurang dan tidak boleh bahkan haram hukumnya jika melebihi tiga hari berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. riwayat Muslim di atas.

Walau bagaimanapun suami berhak melarang si isteri yang ingin berkabung kerana kematian salah seorang dari kaum keluarga si isteri, kerana berhias itu adalah hak suami yang mesti ditunaikan, oleh yang demikian si isteri hendaklah terlebih dahulu meminta izin kepada suami sebelum melakukannya.


Maknanya di sini, berkabung dibolehkan tetapi haruslah mengikut landasan seperti yang telah disyariatkan. Juga bukan dengan mengikut adat-adat orang bukan Islam.

No comments: