Monday, February 28, 2011

Adik-adikku

Assalamualaikum

M: kaw tengok cerita apa?
ak: adik-adikku.
M: hmm? ~angkat kening
ak: haah. makin best kita rasa dari yang tahun lepas punya.
M: ooo..~terus tinggalkan.

Mungkin sesetengah orang tak perasan program kanak-kanak sekarang ni kerana terlalu banyak. Lebih-lebih lagi, kumpulan sasaran adalah golongan kanak-kanak sahaja. Contohnya, ada program-program yang hanya berkisar kepada hiburan semata tetapi masih mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Tidak aku katakan yang program sebegitu tidak baik. Pasaran penyiaran sekarang lebih kepada program-program yang berbentuk hiburan. Ianya sekadar pendapat aku. Tetapi tidak pula bagi program Adik-adikku yang masih di dalam platform hiburan tetapi lebih kepada ilmu-ilmu agama atau dengan erti kata lainnya menerapkan unsur-unsur keagamaaan dalam diri kanak-kanak tersebut. Satu pendekatan yang baik dalam memupuk generasi yang berguna pada masa hadapan. InsyaAllah.

Jika dilihat, adik-adik yang menyertai program ini juga terdiri daripada mereka yang berlatar belakangkan pegangan agama yang baik yang mana ahli keluarga sendiri yang memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai program sebegini. Selain dapat mencungkil bakat anak-anak ini, mereka juga diberi tunjuk ajar dalam segala hal tetapi masih di dalam landasan yang sama iaitu lebih kepada keagamaan. Program ini memperlihatkan keberanian adik-adik dalam berkomunikasi dengan lantang di hadapan orang ramai sekaligus menunjukkan kebolehan dalam menyampaikan suatu info yang sangat berguna kepada kita. Ini kerana secara tidak langsung, adik-adik ini sebenarnya sebagai penyampai dakwah cilik kepada penonton-penonton berdasarkan hujah-hujah yang disampaikan.

Tidak salah andai kita yang sudah berumur ni ~sudah berumur mungkin :p~ menonton program kanak-kanak seperti ini kan. Yela, mungkin bagi diri ini yang masih kurang ilmu agama teramatlah sesuai kerana dalam setiap hujah yang disampaikan tidak kiralah sama ada kisah-kisah nabi topiknya. Tetapi, contoh-contoh akhlak nabi, hadith-hadith Rasulullah, hadith-hadith Allah yang begitu menarik perhatian selain contoh-contoh daripada kehidupan harian kita menjadi isi-isi penting dan boleh dijadikan ikhtibar.

Bukan semua orang berani bercakap dengan lantang di hadapan orang ramai bukan? Aku sendiri belum tentu boleh buat sebaik anak-anak ni. Alhamdulillah, setiap penyampaian anak-anak ni mendapat pimpinan daripada Murabbi-murabbi pengalaman yang dilantik. Sangat bertuah anak-anak ini. Dari kecil lagi telah diasuh dengan didikan yang cukup baik daripada keluarga dan berpeluang pula menyertai program seperti ini. InsyaAllah anak-anak ini nanti menjadi orang yang berguna pada masa hadapan. InsyaAllah. Seperti pesanan Imam Al-Ghazali:

"Jika kamu mahu melihat nasib masa depan bangsa, masyarakat, dan agama pada masa akan datang, lihatlah keadaan remaja kamu pada hari ini. Jika mereka baik dan hebat, maka keadaan yang sama akan berlaku pada masa hadapan dan begitulah sebaliknya"

Dari sudut positif dengan melihat daripada program ini, InsyaAllah, lahirnya anak bangsa yang berguna pada masa hadapan. Jika kita lihat dari sudut negatif dan berdasarkan pemerhatian kita terhadap isu-isu sosial yang berlaku kini, ianya agak membimbangkan apabila adanya kes-kes salahlaku jenayah dan masalah sosial melibatkan golongan remaja. SubhanaAllah. Tidak tahu apa yang perlu aku katakan kerana ianya berada pada tahap yang membimbangkan. Sebagai contoh kes pembuangan bayi yang tidak pernah surut. Itu belum lagi menyentuh masalah sosial lain pula. hmm.

Seperti hadith Rasulullah saw yang menyebut:

"Umat Islam diakhir zaman yang ramai tetapi sekadar buih-buih di lautan" 

Yang bermaksud, tiadanya kekuatan seperti buih-buih tersebut yang terlalu rapuh dan akan hilang sekelip mata andai di pukul ombak. Begitulah juga manusia, andai hilangnya pegangan dalam hati, tidak mustahil kita juga menjadi buih-buih tersebut yang terlalu rapuh dan akhirnya hilang tanpa arah dalam dunia mereka sendiri. Astaghfirullah.. Andai ianya terjadi, di manakah kedudukan kita di sisiNya nanti? Wallahua'alam. Hanya Dia yang mampu menilai.



~Dr. S! cayalah doc! Lama sudaa tak nampak! thanks doc! :)

Sunday, February 27, 2011

Failure

Assalamualaikum

Failure in life is one of the weakness of heart. Perhaps difficult to resist the feeling that because they are always in our thoughts at once to give effect to our hearts. Sick! What we need to do is pleased with all of His provisions. Including me, I was so weak when confronted with this matter. External looks strong, but internal, who knows? hmm. Only Him.

....but perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not...(Al-baqarah:216)

"Did We not expand for you, [Muhammad], your breast?  And We removed from you your burden. Which had weighed upon your back. And raised high for you your repute. For indeed, with hardship [will be] ease. Indeed, with hardship [will be] ease. So when you have finished [your duties], then stand up [for worship]. And to your Lord direct [your] longing." (Al-insyirah: 1-8)

Learn to accept qada' and qadar Allah. Everything that happened was the reasons and is only because of Him. 

"Ya Allah, make me pleased to receive all of your decision so I understand that all (favors or misfortune) will set you had on me, definitely not missed me, and all (favors or misfortune) that will definitely set you missed me, certainly not would be me. "



~don't be sad sar! it was just a little. you can try again! failure is an experience!
jeongsin! ~_~

Thursday, February 24, 2011

hmm - haah - yer la

Assalamualaikum

~semangat semangat sar! baru tadi kata ada semangat tiba-tiba.. :p
~ni antara favorite words... everyday ok! :p

 ~gambar hiasan semata. ahaks! :p

Antara perkataan yang selalu aku gunakan masa chat, sms, mahupun perbualan. Makanya, ada yang sampai tersentap kerana aku terlalu kerap menggunakan perkataan tersebut. ~hehe. maaf teman-teman, :p. Setiap orang mesti mempunyai pendapat masing-masing dalam menterjemah suatu perkataan. Persepsi sendiri dan tiada siapa yang boleh bantahkan. Tapi apakan daya, tu yang kadang-kadang sampai ada yang tersalah faham atau tersalah anggap dengan apa yang cuba disampaikan. Maka, jangan tanya kenapa andai "perbincangan keras" berlaku selepas itu. huu.

1.  Hmmm a.k.a Ermmm

Perkataan ni memang terlalu kerap aku guna. :p. Antara sebab aku balas dengan menggunakan perkataan ini adalah sama ada aku tengah fikir ayat yang seterusnya atau pun memang yang sebenarnya takda ayat nak balas atau juga pada hari tersebut memang langsung takda mood nak berbicara. :p. Tu sebab aku sendiri. Tapi ada pula sahabatku menegur kerana aku terlalu kerap menggunakan perkataan ini dan beranggapan aku selalu mengeluh dan sekaligus aku menerima advice free dari dia atas alasan perbuatan mengeluh seakan-akan tidak bersyukur dan redha dengan apa yang telah berlaku. ~huu, thanks sebab ingatkan.

2.  Haah

Perkataan ni pulak aku guna bila orang yang bertanya tu dah bagi jawapan sendiri. ~tak payah susah aku jawab panjang lebar. hee. Tapi ada pula yang berpendapat, kalau dah banyak kali jawab haah je, beranggapan yang kita ni sombong dan sengaja tidak mahu melayan cakap dengan orang tersebut. Tengok! Orang dah salah faham pula. Ni contoh perbualan aku dan sahabat pada satu pagi yang sunyi:

Ss: Assalamualaikum beb!
Ak: Waalaikumussalam beb!
Ss: Kaw kat mana ni beb?
Ak: kat jalan dah.
Ss: oo dah keluar ni eh?
Ak: haah
Ss: dari subuh ke beb?
Ak: haah
Ss: dah dalam kereta la ni?
Ak: haah
Ss: kaw dengan ayah kaw la tu eh?

akhirnya...

Ak & Ss: haah ~serentak aku jawab. haha
Ak: haah laa...
Ss: oii.. kaw ni asek haah, haah, haah je. takda perkataan lain ke oi.. haha

haha. Tengok! mana taknya aku jawab haah. Sapa suruh sendiri bagi soalan tapi sendiri jawab. Lain kali pastikan jangan bagi soalan kalau dalam persoalan tu dah ada jawapan.Sendiri tanya sendiri jawab. hehe.

3.  yer la

Ni lagi satu perkataan yang banyak orang boleh salah faham. Aku guna atas sebab masa aku jawab kepada orang yang tengah membebel (advice :p), kepada orang yang cuba menegakkan benang yang basah even dia tahu yang sebenarnya dia dah buat salah, maka aku malas nak layan, itulah jawapan yang paling sesuai. Dan lagi satu bila aku suka-suka kasi perkataan tu dengan tiada maksud apa-apa tapi aku tukar jadi "yorr la kaww". Loghat mana ntah. Sampai sahabatku bilang dah jadi macam trademark aku dah. :p. Tapi itu pendapat aku. Ada seorang sahabatku pula menegur apabila aku menjawab dengan perkataan yer la atas sebab aku malas dengan bebel dia. hehe.

Katanya:

"Seseorang itu apabila kene bebel (advice), dia senyap tanpa sebarang tindak balas, dalam hati mesti kata yer la.. sebab malas nak dengar bebel itu, tak suka yang dia kene bebel ataupun juga sebenarnya menyampah dengan orang yang membebel tu! Maka dengan senang hati mengiyakan apa yang dibebelkan dan ambil jalan mudah dengan menyatakan yer la dan tidak mahu perbincangan jadi panjang menjela." (h,2011)


~haha. betul betul betul. Memang ada betulnya jugak sebab aku sendiri pernah buat kalau aku marah dengan orang. huu. 

hmm.~ hmm lagi aku. huu. Tapi tu la kan. Setiap orang ada pendapat masing-masing akan maksud setiap perkataan yang dituturkan. Ada yang kalau sedang berkata dengan muka tidak bersalah, mengeluarkan ayat-ayat atau perkataan yang nait sebenarnya nak menyindir dengan erti kata lain sinis je bunyinya. Tu belum orang yang tanpa niat menuturkan sesuatu tetapi disalah anggap pula oleh si pendengar. Uish. Complicated sungguh la. huu. Terlalu sukar nak puaskan hati semua pihak bukan? Sabar je la. Tapi sebenarnya, kalau betul dengan cara komunikasinya, segala misunderstanding dapat dielakkan. Sekian. :)

***semangat sedikit punah gara-gara salah klik. cess. sabar je la. salah sendiri! :p
kena ada semangat untuk menaip di blog kan? cuba kalau takda semangat, malas pun datang walaupun banyak idea nak tulis kan. Maka, blog pun lama ditinggalkan sunyi tanpa update. hee. Lainlah bagi yang sememangnya busy dengan kerja ataupun pc rosak ke, kene curi ke kan. hee. Bagi yang takda semangat, i think u need some booster to get your writing momentum at the higher level. :p. chaiyo! thanks a lot to pemberi semangat! :)

Tuesday, February 22, 2011

Kurang mudah

Assalamualaikum

~back to myself. i'm still myself! :)

Kan hadis ada menyebut "permudahkanlah urusan orang lain, nescaya malaikat akan permudahkan urusan kita". Bukan merungut bukan bengang. Tapi sedikit kecewa apabila yang dicari tidak dijumpai. Setelah membaca arahan yang diberi, tetapi hasilnya agak mengecewakan.

Sebagai contoh: seperti dikhabarkan oleh seorang sahabatku agar aku mengisi suatu borang. Pada mula asalnya memang agak takda hati kerana sebelum ini pernah mengisinya tetapi mendapat feedback yang tidak memberangsangkan. Makanya, aku pun mencarilah borang tersebut untuk mengisi atas nasihat sahabat-sahabatku yang lain. Siap sudah baca arahan dan mengikut pandu arahnya, tiba-tiba borang yang dicari tidak diketemui. Alangkah baiknya andai satu link sahaja untuk mendownloding borang tersebut. Tidak perlu link dalam link. Kan ambil masa yang panjang tu.

Hmm. Yela, apa boleh buatkan. Akhirnya aku give up buat hari ini setelah hampir satu jam aku merenung website tersebut tapi, borang masih belum diketemui. Kemudian nanti aku cari gali lagi ikut kemampuan dan kesabaranku. hehe. Orang kata, sekarang segalanya di hujung jari. Yup, itu aku akui tapi kadang-kadang betul-betul menguji kesabaran pada tahap yang paling tinggi.

Contohnya, jika dahulu slip gaji kakitangan kerajaan masih dikeluarkan dan sampai pada tangan si penerima. Tapi kini, ~setahu aku la, sebab ada orang disekelilingku sedikit tidak berpuashati kerana tiada lagi slip gaji (hardcopy), segalanya perlu di ambil sendiri dengan melayari laman web. Segalanya di situ. Bayangkanlah andai ada kakitangan yang tidak mahir akan penggunaan komputer kerana bidangnya bukan memerlukan penggunaan komputer, bukankah agak kesian. hmm. Lainlah anak muda sekarang, makin advance sekali, lebih daripada itu mereka tahu. hee.

yela, mungkin ada aplikasi yang lebih mudah dan menyenangkan pengguna. Aku akui yang itu. Contohnya lama sosial yang menjadi kegemaran setiap internet addict! :p. Tapi, ada pula yang tujuan asalnya untuk memudahkan pengguna, tapi pada masa yang sama agak menyukarkan pula. Contoh lain, perlu mengisi form. Hish! benda paling yang aku kurang suka kerana terlalu banyak form yang perlu diisi dalam melakukan sebarang urusan. Sabar je la. Mungkin ada yang tidak bersependapat dengan apa yang aku nyatakan. Tapi, itu realiti kini. Terpulang kepada individu. :). Andai suka, sukalah. Andai tidak, maka tidaklah. hee.

**uih. still tak jumpa..~_~

Niat

Assalamualaikum

~sekadar penambahan info kepada diri ini yang sering alpa dan yang sudi membaca :)

Sebagai muslim, mesti kita tahu cara berwuduk kerana ianya dilakukan dalam harian untuk mengerjakan suruhanNya. Malah banyak fadhilat berwuduk sekiranya kita sentiasa dalam wuduk. Antaranya kita sentiasa di dalam suci dan dengan berwuduk juga dapat menenangkan hati yang sedang marah atau juga tidak tenang. Mungkin ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai seribu satu hikmah. ~termasuklah yang menaip ni.:p

Sabda Rasulullah:

"Barang siapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya" (hadis riwayat muslim)

Wuduk yang sempurna sudah pasti dirahmati Allah yang disertakan dengan niat. InsyaAllah, kita akan lebih khusyuk dalam solat. Banyak hikmahnya berwuduk disertakan dengan niat kerana ia bukan sahaja berguna di dunia, malah di akhirat dengan keredhaanNya. InsyaAllah.

  • berkumur - "ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini" - ini kerana setiap hari kita berkata perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam sedar mahupun tidak. Dengan niat tersebut, semoga kita tidak lagi memperkatakan sesuatu yang tidak membawa kebaikan.
  • membasuh muka - "ya Allah, putihkanlah wajahku di akhirat kelak, dan janganlah Engkau hitamkan muka ku ini" - Ahli syurga, wajah mereka berseri-seri dan semoga kita tergolong di kalangan mereka. InsyaAllah.
  • membasuh tangan kanan - "ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini" - ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan.
  • membasuh tangan kiri - "ya Allah, janganlah Engkau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini" - ahli neraka diberikan hisabnya di tangan kiri.
  • membasuh kepala - "ya Allah, lindungilah aku daripada panas terik matahari di Padang Masyar dengan Arasy-Mu" - panas di Padang Masyar seperti matahari di atas kepala.
  • membasuh telinga - "ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini" - setiap hari kita mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain perkataan buruk.
  • membasuh kaki kanan - "ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratulmustaqim" - ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
  • membasuh kaki kiri - "ya Allah, bawakanlah aku pergi ke masjid, surau dan bukan tempat maksiat" - qada' dan qadar kita di tangan Allah SWT.
Amalan yang baik, tidak salah kalau kita amalkan bukan? InsyaAllah dengan keikhlasan hati. :) Maaflah, mungkin antara kita tahu akan hal ini malah lebih arif. Alhamdulillah. Sekadar perkongsian info kepada diri sendiri dan yang sudi membaca. :)


**Ini sekadar pengisian blog yang semakin kurang bersemangat sekaligus ingatan kepada diriku. huu.
Cuma, mungkin diri ini yang selalu tersyok sendiri sangat sampai terlepas pandang. :)

Friday, February 18, 2011

Sabar lagi

Assalamualaikum

"untuk menyelesaikan suatu masalah yang tidak ada jalan keluarnya adalah dengan bersabar"

"barangsiapa yang selalu bersabar, pasti akan peroleh kemenangan"

"sabar adalah kunci kejayaan"

"barangsiapa bersabar, maka dia akan berjaya mengatasi permasalahan"

"buah kesabaran itu adalah keberhasilan"

"tatkala musibah yang menimpa itu sedemikian berat, pasti akan datang kebahagiaan"

"takutlah terhadap bahaya yang datang dari celah-celah kemudahan"

"haraplah beroleh manfaat dari adanya larangan"

"keamanan itu kebanyakannya datang dari arah yang menakutkan"

"sesungguhnya dalam keburukan itu ada kebaikan"
(Dr.A,2006 )

....sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar..
(Al-Anfal:46)





~tak sekuat mana..
sabar je la sar..


Kashaf Imani

Assalamualaikum

Kisah yang juga mungkin mengingatkan kita agar sentiasa beringat bahawa Dia ada dan kebesaranNya. Ambillah kesempatan yang ada untuk bertaubat andai masih berkesempatan. Telemovie bersempena Maulidulrasul. Alhamdulillah, ianya amat bererti. Cuma, mungkin dari sudut pandangan lain, akan ada yang menganggap ianya seperti "ghost whisperer" cerita barat. Tapi buang pendapat yang sedemikian, kita ambil yang positif dalam mesej yang cuba disampaikan dalam drama tersebut.


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini....


Berselang-seli dengan rentak melodi lagu "Tiada Duka yang Abadi" nyanyian opick. Paling menarik dalam drama tu, aku rasa tentang kesempatan untuk bertaubat selain menunjukkan kebesaran kekuasaan Allah swt. Apa yang dilalui oleh Imani dalam kisah tu adalah dia mempunyai 'gift' dengan dapat melihat benda-benda yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar orang lain. Bukan sekadar cerita, tetapi dalam realiti aku tahu ada orang yang dapat 'gift' tersebut. Cara hidup Kashaf yang menyimpang jauh dari landasan Islam diberi peluang kali kedua untuk hidup.

"beribadatlah engkau, ibarat engkau akan meninggal dunia pada esok hari"

Kekuasaan Allah dalam menentukan segala hal. Tidak dapat kita melawan akan takdir yang telah ditetapkannya. Dikatakan penyakit atau juga musibah hanyalah penyebab kepada sebuah kematian. Berbalik kepada takdir yang telah Allah tetapkan. Redha akan segala Qada dan Qadar yang telah dicatatkan.

Hadith Rasulullah saw bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya Allah swt membuka tanganNya pada waktu malam untuk menerima taubat orang pada siang hari dan akan membuka tanganNya pada siang untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada malam hari, hingga matahari terbit dari sebelah barat"

Hadith qudsi disebutkan:

"wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian berbuat dosa, baik pada malam hari mahupun siang hari, sedang Aku mengampuni semua dosa-dosa itu. Oleh kerana itu, mohonlah ampunan kepadaKu, nescaya akan Aku ampuni kalian"

Segeralah bertaubat andai ada kesempatan. Kerana pada bila-bila masa sahaja Dia boleh menjemput tanpa pesanan mahupun isyarat. Tidak berkata besar atau juga mencabar akan segala kekuasaan dan kebesaranNya kerana Dia Maha mendengar akan tiap butiran yang keluar dari ulasan bibir-bibir manusia. SubhanaAllah. Hargai peluang yang ada andai diberi kesempatan untuk berbuat demikian. InsyaAllah.





~peringatan lebih kepada diri sendiri. huu. sadis!
:'(