Wednesday, November 30, 2011

Sulh

Assalamualaikum :)

~sesi jom kahwin! kali ni, sebenarnya tak berapa nak best sebab sentuh pasal penceraian. Diharap, panjang jodoh sahabat sekalian sehingga ajal yang memisahkan. InshaAllah aminn.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗ وَأُحْضِرَتِ الْأَنفُسُ الشُّحَّ ۚ وَإِن تُحْسِنُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan), dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. 
An-nisa' (4:128)

*ayat ini diturunkan ketika isteri Rasulullah saw, Saudah memberi giliran untuk beliau kepada isteri baginda yang lain, Aishah.

Just nak share sikit ilmu masa pengajian ku dulu. Kali pertama dengar perkataan SULH ni agak janggal la bagi yang single mingle. Mungkin bukan pada yang dah berumahtangga batu. Agak bertuah jugaklah dapat jejak mahkamah syariah semata2 sebab ni. Aku berharap tiada antara kita perlu melibatkan diri dalam majlis ini. Aminn...


~gambar hiasan semata :D
Islam itu memudahkan dan tidak menyusahkan bukan? Jika faraid sudah tertulis di dalam al-Quran (An-nisaa' 11-14), Sulh ni pun ada juga. Berdasarkan ayat di atas. Dari segi perundangan sivil, dipanggil proses mediasi keluarga. Maksud perkataan 'Sulh' itu sendiri 'putus pertengkaran'. Para ulama fiqh pula mentakrifkan Al-Sulh sebagai satu ikatan perjanjian atau kontrak bersama untuk mencapai kerjasama perdamaian antara dua atau lebih pihak yang berselisih faham/bertikai.

Ianya juga merupakan salah satu alternatif untuk membantu mengurangkan kes-kes yang tertangguh saban tahun di mahkamah. Satu kes hingga memakan masa bertahun-tahun. Mana tidaknya, kedua pihak yang terlibat tidak mahu bertolak-ansur. Walhal, Islam kan tidak menyusahkan. Wujudnya majlis ini, pihak yang terbabit tidak perlu bersusah payah hired peguam mahal-mahal semata-mata ingin melawan pihak lawan. 

Antara tuntutan2 yang boleh diselesaikan melalui majlis ni, tuntutan Muta'ah, nafkah Iddah, tertunggak, nafkah anak, harta sepencarian, hutang maskahwin, hal-hal yang difikir munasabah, hak penjagaan anak, permohonan perlaksanaan mahkamah, mengubah perintah, kembali taat dan wali enggan. 

Salah satu keistimewaan majlis ini adalah untuk membela nasib wanita yang biasanya teraniaya selepas penceraian berlaku. (tapi ada je kaum Adam yang teraniaya. :D). Tengok! Indahnya Islam kan. Maka dengan demikian, kaum wanita yang terlibat, jangan risau. Nasib anda akan terbela. Cumanya, apabila perbincangan atau kata putus antara kedua pihak yang bertikai tidak dapat mencapai matlamat, baru kes2 tuntutan ini dibawa ke peringkat yang lebih serius. Tu yang hired peguam paling hebatlah apalah. Walhal, dengan adanya benda ni, tak perlu bazir duit banyak2. Macam tu jugak faraid. Kewujudannya benda ni lagi memudahkan kita. InsyaAllah..

Keistimewaan lain, kerahsiaan dan keaiban diri terjaga. Apabila sudah melibatkan pihak lain (hired peguam, saksi2), masalah yang dihadapi menjadi perhatian umum. Kan tak bagus tu. Apa yang penting dalam mencapai pendamaian antara keduanya adalah sikap TOLAK ANSUR amat diperlukan dalam mencapai kata sepakat. Kedua-dua pihak akan dapat hak masing2 dan hubungan juga lebih aman walaupun tidak kembali bersama.

Maaf, andai maklumat tak lengkap. maklumat lanjut boleh didapati di dalam website mahkamah syariah yang ada dan mr google yang macho pun boleh tolong. Sekian... :)

*Muta'ah: Saguhati yang wajib diberi kepada bekas isteri yang pernah disetubuhi jika penceraian bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami. Juga tertulis di dalam surah Al-baqarah: 241.


~maaf. andai ada tersilap. betulkan jika salah. tidak berapa nak arif bab nikah kahwin. :)

Supplication


:'(

hope he will give more time to breathe and stay on His path..
inshaAllah.

Monday, November 28, 2011

Hargai Jagai Bersyukur!

Assalamualaikum :')

Kisah di suatu malam...

Makcik Ti : Si, nanti kita pergi rumah Ra nak?

Makcik Si : Eh, kenapa?

Makcik Ti : Tadi alang kaw ke rumah dia nak tanya pasal kenduri. Tiba-tiba katanya tak jadi. Masa tu dia sibuk2 nak ke hospital. Katanya anak dia kena potong tangan.

Makcik Si : Hah! Biar betul akak... Allahuakbar...

S A R : ............................. (mashaAllah... ujian apakah untuk gadis itu ya Allah... kuatkanlah hatinya ya Allah..) ~cuba bayangkan kalau kita kat tempat tu??? subhanaAllah....


**************************


Sebaik-baik kejadian adalah manusia. Diberi akal dan hati untuk mengemudi hidup. Diberi anggota agar perjalanan hidup dapat dilaksana dengan lebih baik.

Sudahkah kita bersyukur di atas segala kurniaanNya selama hayat kita? Rasa cukupkah atau kita masih lagi sebenarnya tak terlihat lagi akan segala nikmat yang diberi? MashaAllah. Tapi... tetap juga masih ada yang tak tahu dan tidak mahu bersyukur akan nikmat yang ada. Masih lagi nak berungut segala!

Wajah, kaki, tangan serta sekalian anggota... cukup lengkap dikurnia mahupun ada di antara kita yang tidak memiliki keistimewaan tersebut sejak melihat cahaya pertama. Pada yang sedia ada,... bersyukurlah kita. Pada yang tiada, mereka redha dengan ketiadaan mereka. Kenapa kita yang ada tak tahu nak redha dengan apa yang ada? Astaghfirullahal'azim... semoga sentiasa diberkati. InshaAllah.

Pada mereka yang memilikinya namun, cepat benar ditarik semula keistimewaannya itu... SubhanaAllah. Dia memang pemberi pinjam yang terbaik. Namun, segala yang terjadi memang kehendakNya. Siapa kita untuk mempersoalkannya? Semoga diberi petunjuk, diberkati dan diredhai. InshaAllah....

Saturday, November 26, 2011

salam maria

Assalamualaikum...



"malang benar, seseorang harus menyeksakan diri sendiri kerana masa depan. Padahal, tiada siapa pun yang tahu sama ada dia ada masa depan atau tidak."


vs.


"Allah tidak akan mengubah nasib seseorang, kecuali orang itu sendiri yang mengubahnya."


~Salam Maria, fatimah busu, 2004


Monday, November 21, 2011

Iklan takda P?

Assalamualaikum.. :)

My lil'bro suka bertanya soalan yang sengaja memaksa otakku bekerja lebih walaupun sebenarnya soalannya sengaja ingin mengusik dan yang pasti dia sudah memiliki jawapannya sendiri.

"Cuba teka iklan apa yang takda perempuan?"

Aku katakan jawapan:

Iklan Imam Muda. ~iklan bukan selalu ada sebab iklan promote semata. tu pun masa prog tu ada. sekarang dah ustazah dah. :)

maka, kajian ku lakukan dengan duduk di hadapan tv selama satu jam. dan hasilnya.

Iklan panadol active fast- libatkan kaum adam yang bermain futsal tapi stil nampak aurat.
Iklan Samsung galaxy tab -yang hanya menampakkan tangan je.
Iklan shower krim kot for men. -takda perempuan tapi stil aurat lelaki mandi. 

Tu ajalah yang berjaya. Selebihnya penuh dengan perempuan dan pasti aurat sekaliannya. Mungkin kerana aku telah menggunakan channel yang memang sentiasa dihiasi dengan hiburan, maka banyak aurat yang ku lihat dari yang tidak. ~salah bahan kajian aku ni. :D

Mana ada orang nak lihat keburukan melainkan kecantikan semata. Keindahan yang sering bermain di ruang mata dan bukan kejelikkan. Namun, sayang. kecantikan banyak menipu kita hari ini. Macam lirik lagu inteam tu.. "wanita hiasan dunia...". Yang jadi hiasanlah yang cantik ya tak? Hmm... semoga sentiasa dalam keredhaanNya. Sekian...




~adalah suka satu ayat yang aku dengar dari seorang ustazah. terbaik untuk dipraktikkan agar kita sentiasa menjaga lidah kita : 

Adalah pun tidak boleh memuji, jangan pula kita mengeji.



Tuesday, November 15, 2011

Tak senang nak senang

Assalamualaikum :D

"Haha..cuba tengok. 8 - 0 kot... haha..." bukan main suka my lil'bro dapat mengayam2kan Barcelona punya team. Dia bukan main syok lagi dengan Real Madrid dia. Oleh kerana my big brother penyokong tegar Barca. Jika di rumah ni mereka adalah musuh bagi dua team tu. Lagi suka my lil'bro itu kalau dapat meletakkan Barca di kaki tangga carta liga Spain dia tu. Dan yang pastinya Real duduk dipuncak jaya.

Maka, aku yang tak tahu apa benda pasal bola, aku pun hanya layaklah menjadi pengkritik tetap. ~ahah. nak tak nak, dorang kena dengar jugak! :P

Aku yang mengkritik ni pun tengok macam tak percaya bila dia mengayam2kan (bahasa abang yang bengang bila si adik mengalahkan pasukannya! ;P) Barca. Maka aku tanyalah, "apa mode yang kaw guna main game ni." Jawab si adik, "pakai beginner ajalah. hahaa.." Aku pun dah gelak sama. Patutlah bukan main senang lagi nak gol sampai 10. Computer yang main pun, player tu macam termenung banyak kot bila bola sampai. Aku kata; "berani main pakai mode top player laa..." Pastu dia sengeh je.


Moralnya...

Bukan senang nak jadi senang.
Syarat mengecapi bahagia di dunia dan akhirat, perlu menghadapi kesusahan dan kesulitan dalam hidup.
Kalau semudah di hujung jari kita boleh mengubah kekuatan orang lain, semudah macam kawalan kat dalam game tu, makanya, segalanya akan menjadi mudah dalam dunia ni. Kita tak akan mengenal erti sabar.
Sabar! hanya satu tu kuncinya.
Mana ada benda senang dalam dunia ni. Semuanya menuntut kesabaran yang tinggi dalam hati.

Sekian... ;)

Thursday, November 10, 2011

Kamu bernama hati

Assalamualaikum :)



"Miliki sifat sabar, sabar itu ada dua. Yang pertama lebih afdal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam maninggalkan larangan Allah swt dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar."
~umar al-khatab

Kecap bahagia bukan hanya semudah memetik jari.
Kesengan juga bukan datang bergolek sujud hingga ke kaki.
Dakian demi dakian harus didaki, harus dilalui.
Sabarlah lagi...

Senyum selalu even hati tidak seenak yang terhias di bibirmu.
InshaAllah...

hanya kerna kamu bernama hati...
+_+"