Sunday, May 23, 2021

Tak terlambat Syawal

Salam. 

Salam aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.

Belum terlewat raya kan 😁

Tapi tu la. Tak raya pun tahun ni. Sama je macam tahun lepas. Tapi sebelum-sebelum ni pun aku pun takde raya mana. Bak kata my lil bro, "ko takde kawan ke?" πŸ˜† -taaguna punya adik πŸ˜‘ macam baru setahun dia tengok aku tak beraya ke mana πŸ˜‘

Banyak hikmah tak raya lagi tahun ni sebab si covid tu. 

Dah nak dekat tarikh adik aku nak nikah. Aku pernah doa supaya majlis boleh postpone sebab tak pasti lagi keadaan walaupun kerajaan time tu dah longgarkan SOP dan rakyat pun berjimba sakan. Sekali sebab pru kat sinun, kes naik balik and aku pun naik risau. Dan tak sangka makin teruk sampai hari ni. 

Ni cerita negara sendiri je. Tak termasuk cerita negara lain. 

Hari ni dah pkp 3.0. Tapi sop tang tu jugaklah untuk rakyat marhaen macam aku. Apa pun keputusan yang dibuat, marhaen yang haruu..

Yang paling kesian juga kat pekerja kesihatan. Kerja bagai nak mati dalam 2 tahun ni. Moga Allah je mampu balas jasa kalian. Dan harap dikurniakan lagi kekuatan. 

Bak kata seorang doktor, "ANDA DILARANG SAKIT BUAT MASA INI. ICU PENUH." Sampai macam tu sekali. 

Makanya, jagalah diri memasing. πŸ˜”

Okla. Tu je. Bai. Take good care. Stay safe stay healthy. 😘

~entah bilalah mata ni nak tidur πŸ˜“

Friday, April 23, 2021

Ramadan tiba

Salam ramadan.

Day 11

Melihat akan kes covid yang mencanak tetiba dalam seminggu ni, dah nampak hala tuju raya ni ke mana. 

Sebenarnya, for me raya biasa2 je macam tahun2 sudah. Tak fikir pun nak balik raya mana, beli baju raya anak bagai. Takde takde takde. 

Tahun ni, lain sikit je. Sebab lepas raya nanti patutnya ada majlis besar dalam family. Tapi tu la, aku pernah doa harap majlis ditangguhkan sebab covid ni. 

Tapi entahlah. Bukan majlis aku kan.. So, malas nak fikirlah jugak πŸ˜…. Ada ke tak, aku OK je macam selalu. InsyaAllah. 

Okla. Tu je bebel. 
Salam. 


Monday, January 4, 2021

#miloisthegelapcat

Salam. 

Selamat tahun baru. 

Masuk bulan ni, dah 10 bulan aku bela budak milo ni. Masa mula-mula, nampak jinak. Tapi sebab dari rumah lama dia, dia outdoor cat dan dia ni tak suka kena pegang atau peluk bagai...  Tiba kat rumah aku, dia jadi indoor. Bila siang in cage. 

Dia punya perangai buat aku give up nak bela sebab dia ni tak semena-mena boleh kokak orang. 

Pernah sekali saja lepaskan kat luar, tak memasal dia masuk kebun sawit apak aku nun masuk ke kewasan rumah jiran. Stokin putih habis tukar jadi hitam. Baru je nak basuh kaki dia, aku kena kokak dulu. Haihh

Tu belum kes dia jadi samseng kat rumah jiran sebelah. Kucing jiran aku pulak yang kena kokak. πŸ˜ͺ

Dia punya scary si milo ni, macam kena rasuk. Dia punya gesel kat orang, lepas tu tetiba muka dia berubah. Time tu, ready la dia nak kokak tak memasal.

Demi menghilangkan perangai kokak dia tu, adik aku hantar sunat. Ngamuk dia dalam klinik aku jugak yang kena tangkap. 

Sekarang, dia okeyla jugak walaupun kekadang, dia tangkap2 kaki orang. Tapi tak macam sebelum ni. Cuma perangai jeling rumah sebelah je tak hilang. πŸ˜† pantang keluar cage, laju dia melangkah. 

Ok. Tu je nak cerita makhluk hitam putih yang jadik family baru aku masa pkp hari tu. πŸ˜‰ We call him Milo@Yo πŸ˜›

Thursday, December 31, 2020

Welcome 2021

Salam.

2020 

Bye. 

Welcome 2021.

Azam tak berubah. 

Jadi lebih baik πŸ˜‰

Stay safe.

Stay healthy.

Sekian 😘

Monday, October 12, 2020

Bahagianya lain

 Salam. 

Bahagianya lain bila menulis kat sini. 

Bahagianya lain...

Bahagianya lain kalau nak dibandingkan dengan media sosial lain yang dah jadi barah takde ubat untuk mereka2 yang ada masalah mental. Cyber troopers. 

Lupa agaknya apa yang ditulis pun kena soal kat SANA nanti. Yelah. Betullah tu manusia memang mudah lupa. 

Hamba Allah pernah pesan dulu, media sosial ni banyak yang buruk dari yang baiknya. 

Tapi tu la, spesis ni spesis boleh tahan degil. 

Cuma satu aje aku buat sampai hari ni. Sedaya upaya tak melihatkan diri. Maklumlah serba kurang. Yang lainnya cuma kerana 'menulis' tu pun dah suam2 kuku dah. Aku buat hal sendiri. Tak campur urusan orang lain. ~ahah

Macam kata sepupu aku, "eloklah tak kurus. Dah kurus, nak kena cari baju sempit pulak." ~hoho

Eh, macam takde kena mengena pulak. ~hee



Bahagianya lain. 

May Allah bless πŸ˜‰



PKPB again

 Salam. 

PKPB again... haihh

Apa boleh buat. Rakyat marhaen ni juga yang terkapai-kapai. 

COVID19 ni pun tak kenal bangsa, umur, agama. 

Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur 

PKPB 14 Okt - 27 Okt. 



Bahagia. 

May Allah bless.



Sunday, October 11, 2020

Tambahan senarai nama

 Salam. 

"Ya Allah, aku sedekahkan Al-Fatihah ini buat diriku sendiri, ibubapa serta kaum keluargaku, juga buat yang menghampiriku. Juga buat;.... 

1. Sipulan bin Sipulan

2. Sipulan binti Sipulan

3. Sipulan binti Sipulan

4. Sipulan binti Sipulan

5. Sipulan binti Sipulan

6. Sipulan binti Sipulan 

7. Sipulan bin Sipulan

8. Sipulan bin Sipulan 

9. Sipulan binti Sipulan



Dan hari ni... ke 10 Sipulan bin Sipulan... 

..... Kau cucurilah roh ke atas mereka, jauhilah seksaan kubur, jauhilah seksaan api neraka, Engkau perindahkanlah kubur mereka seperti mana Engkau memperindahkan taman-taman syurga. Dan letakkanlah mereka di sisi orang-orang yang beriman..."

................

Demi Allah, ku dah tak mahu tambah lagi bilangan nama yang dah sedia ada. Tapi apakan daya. Dia lagi Maha Mengetahui.. πŸ˜”