Monday, February 7, 2011

Reasons why




...Allah
has set a measure for all things...
(At-thalaq:3)



...surely only those who are patient, who paid back their reward without measure...
(A-zumar:10)


~back to the heart! :)

Syirikkah?

~Mungkin post kali ini sedikit membosankan kerana bebelan sedikit panjang. huu

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.” (Al-Maidah:35)

Syirik adalah menyekutukan Allah dengan selain dariNya. Itu antara maksud jelas yang aku ketahui tentang syirik sekaligus menyimpang dengan ajaran agama Islam yang sebenar. Apabila 'menyukutukan Allah dengan selain dariNya' jelas menunjukkan, kita tidak percaya akan Dia sebagai Pencipta sekelian alam.

Kurang keberanian sebenarnya nak ulas tentang hal-hal syirik serta seangkatan dengannya. Sebab, aku sendiri kurang pengetahuan berkaitan hal-hal tersebut dan memerlukan lebih bacaan dan bertanya dengan yang lebih arif lagi bijaksana. Dalam agama Islam juga kini ada kes-kes yang melibatkan ketaksuban sehingga tidak menyedari bahawa mereka semakin terpesong daripada landasan agama yang sebenar. SubhanaAllah.

Sedikit pengalaman yang aku alami serta 5 lagi sahabatku semasa study dulu. Pada pendapat kami, ianya mungkin ada kaitan dengan syirik malah ianya amat meragukan kami yang melihat dan mendengar. Mungkin mata banyak berbohong. Tapi, itulah yang kami alami.

Ianya bermula apabila kami perlu mencari sebuah pusat kebajikan yang menggunakan pendekatan atau praktis kerja sosial dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh client ataupun penghuni tempat kebajikan tersebut. Memandangkan semasa undian dilakukan sama ada perlu pergi ke pusat kebajikan kerajaan dan NGo, maka kami terpilih untuk ke NgO.

Dalam mencari-cari 2 3 tempat yang sesuai dan berdasarkan masa yang semakin suntuk ditambah pula waktu exam semakin hampir, kami pun dapatlah menghubungi sebuah rumah kebajikan yang menempatkan anak-anak yang kurang bernasib-baik (masalah) serta mendapat persetujuan dengan serta merta. Pucuk dicita ulam mendatang orang kata, tanpa memikir panjang kami terus bersetuju. Aku dan cek sepatu yang cari, dan membuat appointment segala. Beres di situ.

Perjalanan agak jauh menyebabkan kami tidak dapat menggunakan kereta. Naik komuter, lepas itu cari bas mini pula dan kami diminta untuk tunggu di sebuah masjid kerana kawasan rumah kebajikan tersebut tiada kenderaan awam masuk. Kemudian ada la orang mereka yang menjemput kami. Sampai je di rumah tersebut, layanan yang diberi memang kami puji. Penuh adab dan sopan lagi tertib serta mesra. Bila melihat keadaan mereka yang berjubah, berbaju kurung plus tudung labuh (semua girl), kami berenam agak tersipu kerana kami semua sekadar berseluar tapi masih menutup yang sewajarnya. :)

Dalam leka aku melihat gambar-gambar yang telah diambil tadi, tiba-tiba seorang rakanku membisikkan sesuatu di telingaku.


An: sar, kaw dengar tak ape yang diorang ucap masa dalam zikir tu?
ak: ha? ape benda?

An: cuba kaw dengar betul-betul beb.

~aku angguk je kepala pada rakanku itu plus kerutan di dahi. hee

Maka aku pun dengarlah betul-betul sebab zikir tu berulang kali diucapkan. Agak terkejut dan mula menunjukkan kerutan di dahi semua rakan-rakanku termasuk rakanku yang duduk sama berjemaah sekali tadi. Aku diam, yang lain pun diam. Masing-masing pandang sesama sendiri. Keraguan di situ. hehe.

je semua solat, aku dan rakan-rakan tak betah kot nak duduk berlama-lamaan di situ kerana mula berasa tidak selesa. Dalam kira-kira kami mahu mengundurkan diri, puan pengetua rumah tersebut mempelawa kami untuk menghadiri sebuah majlis dan mengajak kami untuk makan tengah hari sebelum pulang. Bukan niat hati untuk menolak tetapi disebabkan kami perlu pulang segera ke kampus dan seorang rakan kami pula demam. Tolak punya tolak, akhirnya kami tidak berjaya dan mengikut sehaja seperti yang telah dijanjikan.

Sampai sahaja di majlis tersebut, lagi kejutan yang kami terima. Anjuran dari mana, siapa yang terlibat pun dah buat kami buka mata masing-masing. Seumur hidup tak pernah la kot terlibat dengan benda-benda macam tu. Lepas je makan, kami semua cepat-cepat mintak diri takut apa yang tersemat di hati terluah di situ juga. Kes naye! hehe. Melepasi sahaja kawasan tersebut, semua tarik nafas. Rasa nak gelak ada, rasa takut pun ada, rasa terkejut tak payah cakap la. haha. Macam-macam kami nak bincangkan. Sehinggalah di kolej, baru masing-masing nak bukak cerita.

Pertama kali terkejut dan mula menimbulkan rasa keraguan adalah semasa kami bertanya kaedah atau pendekatan yang digunakan dalam menangani masalah adik-adik (anak yatim, kemiskinan, masalah sosial) tersebut. Pendekatan yang digunakan adalah secara rohanian iaitu dengan "tiupan semula roh". Alamak! lain macam je bunyi kan. Keliru dah kat situ. Dalam kepala, "apa lah yang perlu digoreng semasa presentation kat kelas nanti pasal tiupan roh ni? takda kene mengena langsung pulak dengan praktis kerja sosial". hmm.

Kali kedua, semasa zikir selepas solat jemaah tu. Jika diamati betul-betul, memang tak dinafikan alunan lenggok zikir tu sedap didengar. Tapi sampai satu part, mereka ada menyebut nama seseorang. Dan aku rasa, kami bukan tak cukup bijak untuk memahami apa yang cuba disampaikan. Bukan ke setiap zikir dan doa yang kita panjatkan tiap hari selepas soalat merupakan memuji-memuji kebesaran Allah swt dan Nabi Muhammad saw? Makin konfius kami kat situ.

Kali ketiga, waktu majlis yang kami hadiri. Kelab yang menganjurkan majlis tersebut sudah cukup buat kami buka mata pandang sekeliling kawasan tersebut. Kami turun je dari kenderaan, banyak mata yang memandang. Yang terkejutnya, semua yang hadir tu berkupiah, berjubah, berserban, tudung labuh, berpurdah segala. Kalau yang perempuan, memang takda la pakai macam pakaian yang kami pakai. Jauh sekali mungkin. Kami yang tengah jalan ni macam makhluk asing agaknya. Mata yang pandang macam nak telan kot, atau memang mereka ni tak pernah tengok orang macam kami. Hehe. Wallahaalam.

Apa yang kami kurang selesa di situ adalah cara pandangan mata kaum lelaki yang berada di situ. waah, macam nak telan hidup-hidup kita orang ni. Ish ish ish. Mata banyak berzina dah ni. Sekali pandang rezeki, ni kalau dah berkali-kali pandang dekat terkeluar pulak biji mata tu, apa kes pulak. Kelab yang menganjurkan majlis tersebut sahaja sudah agak memeranjatkan kami, apatah lagi orang yang terlibat. Hmm. Hanya Allah sahajalah yang tahu apa yang kami rasa waktu tu.

Apa yang menjadi persoalan sekarang ni, betul ke tak sebenarnya apa yang berlaku ni? Ke kami yang salah anggap? Biasa la, first impression, memang macam-macam yang berlegar-legar dalam kepala. Dan walaupunlah kami ni tidak berpakaian seperti mereka, tak bermakna tahap pengetahuan agama kami pun tahap tu jugak. Segala yang mereka lakukan mungkin luarannya jelas menunjukkan mereka lebih mendalam mengetahui tentang islam. Tapi dari segi yang kami lihat dan dengar, ianya diluar pengetahuan agama kami. Terdetik dalam hati kami yang mereka mengamalkan agama islam di luar landsan yang sebenar. SubhanaAllah. Tak tahulah nak kata macam mana.

Aku teringat lagi bila ketua di rumah tersebut menyatakan, "kebahagiaan di dunia adalah tidak penting, tetapi kebahagiaan di akhirat dan selepas mati lebih penting".
Ini kerana, sahabatku cuba memancing dengan erti kata lainnya ingin menguji tahap pengetahuan mereka. ~sempat lagi buat ujian iq. hehe. Sebabnya, kami melihat inai dijari beliau yang masih ada dan beliau telah berkahwin sebagai 2nd wife selama seminggu tetapi masih belum berjumpa dan tinggal bersama selepas hari pernikahan. eh? maka, sahabatku punya la nakal bertanya soalan yang mencabar minda beliau. hehe. walhal, kita semua tahu, perlunya keseimbangan antara dunia dan akhirat dan keadilan dalam berpoligami adalah penting selain tanggungjawab yang harus dipikul.

Semoga Allah ampunkan kami andai kami salah anggap dan berperasangka buruk terhadap mereka. InsyaAllah. Mungkin aku dan rakan-rakan masih lagi kurang bab-bab hukum hakam agama. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan perkara-perkara khurafat, syirik dan tahyul atau pun perkara-perkara yang lari dari landasan sebenar agama islam. Alhamdulillah setakat ilmu yang ada, masih tahu dan dapat bezakan mana yang betul dan mana yang salah. Kami pun takda hak untuk tentukan bahawa seseorang tu salah atau pun berdosa dengan apa yang dilakukan. Semua hak Dia. Dia yang berhak menentukan. Wallahuaalam.

Sunday, February 6, 2011

Facebook lagi


Ish ish ish. Makin kreatif plus sangat efektif penggunaan facebook kini. Especially for Muslim. Hari ini dalam Metro, ~cover depan lagi, "jejak songsang facebook". Tentang seorang wanita yang mengikut bekas teman lelakinya dan bersekedudukan selepas menemui bekas teman lelaki itu di facebook! Masalahnya sekarang ni, perempuan tu sudah berkahwin malah telah mempunyai anak sorang. Dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah bekas teman lelakinya dan anak dibawa bersama. Lagi malang, ditangkap khalwat oleh JaiS. SubhanaAllah. Kecanggihan facebook, segalanya boleh. Iman kuat tak kuat je. huu.

Hmm. Tak tahulah nak kata macam mana sekrang. Terlalu advance dah facebook ni kan. Tujuan asal dah jadi tujuan salah pula. Semakin maju semakin susah pulak eh. "Segalanya di hujung jari" kan. ~but, kadang-kadang menyusahkan jugak apabila melibatkan form yang terlalu kronik perlu diisi. Hujung jari la sangat kan. ;p

Kepada peminat tegar facebook, diharap sentiasa berhati-hati dan berpada-padalah. ~dulu ye, sekarang tidak lagi. hehe. Dunia ni bukan facebook je. Banyak lagi la kot benda lain yang boleh dibuat. Diharap masih ada sinar untuk mengurangkan ketaksuban facebook. Ingatan bersama ;p Poyo tetiba. haha.





~ayat tidak berapa nak ada kerana ianya disambung selepas tidur sebentar. Sebentar ke? hehe. Sikit lagi dah boleh kena sound dengan tuan punye laptop. ;p

error>> bukan metro hari ini. tapi 5hb feb punye. :D

Saturday, February 5, 2011

Bandar Kampung dan di kampung

>bandar
>kampung

part 1; Man, Iz (the litle cute boy), D, We

petik kelapa muda, belah kelapa (pokok kelapa tak perlu panjat ok ;p)

Man: Ir, ambik gambar aku petik buah kelapa ni ~jerit panggil abang, nak masuk dalam facebook la tu. hehe
D: Man, macam mana kaw belah kelapa ni man? ~kelapa sikit lagi hancur! ;p
We: Man,
kaw tau belah ke tak?
Man: hehe. salah belah. ~cover. ;p


part 2; Iz, In (the little cute girl), Man, Mama (buat pemerhatian), We
Kecoh bergambar bawah pokok kelapa tak berapa nak tinggi ~upload facebook lagi la tu. hehe

Man: Iz, berdiri situ, cik man ambik gambar. cepat Iz. cepat sini. In pun berdiri sini sama dengan Iz. ok, 1 2 3. ~comel kot. ;p, but Iz penat bergambar.
Iz: Ma, enat arr.. Ma, egang arr.. ~buat muka bosan plus kerutan di kening ;p
Man: ok ok. dah.
We: Iz dah penat dah. dia dah tak nak tu.


part 3: Ma, D, Pa, Man, We

seekor landak buat kejutan ;p


Ma: eh. landaakk.. ~terkejut + high pitch + teruja. landak lalu depan mata secara tak sengaja ;p
Pa: haaahh. ~terus lari nak kejar landak tu.
D: mana2.. ~tercari-cari pula sebab landak tu lalu belakang dia. ;p
Man: uuuuuiii..~ sibuk sekali mengejar juga. haha
Ma: alaa. cepat sangat lari. tak dapatnye kejar. haha.
We: ala, mana la landak tu tak lari laju, semua orang sorakkan dia. haha.
Ma: we, memang ada landak ke kat sini?
We: haah. selalu jugak lalu. D ada jugak letak sangkar, tapi tak pernah dapat pun. hehe.
Pa: kalau dapat tadi, memang sedap laa.
D: haha, aku pasang perangkap tak pernah dapat. hehe
Ma: sedap daging landak masak rendang.
We: eh? tak pernah la pulak makan. hehe.
Ma: adoi! banyak nyamuk. ~dalam hutan memang la banyak nyamuk ;p
We: memang la nymuk banyak. tu tengok In tu, dah merah2 dah.

part 4: Iz, In, We, K


jalan-jalan


In: Isshh (gelaran Iz), jom alann. ~sambil sarung kasut Ir. besar la sangat. janji pakai kasut. ;p
Iz:
jom. ~pegang botol susu.

We: jom nak ke mana ni? ~In terus jalan ke satu pokok dan petik daun.
K: haa, In. jangan! tu la dia kalau dapat keluar rumah. habis sume daun dipetik macam petik sayur.

We: haha. petik sayur ke In?
In senyum sambil petik daun lain pulak. Iz pun ikut jugak petik daun, koyak2 then buang. petik lagi ~hehe. sukati je.



~cuti-cuti di hari raya cina. ;p

Thursday, February 3, 2011

Makan hatikah?


makan hati mungkin sedap rasanya
'makan hati' keenakannya lebih terasa
bila dah terasa, mulalah bermuram durja
bila dan bermuram durja, mulalah gundah gulana
bila dah gundah gulana, mulalah hati serba tak kena
bila dah hati serba tak kena, kerja banyak la pula yang tergendala
bila dah tergendala, mulalah gelabah tak ingat dunia
jangan tanya kenapa migraine menziarahi kepala
ouch! :p

~takda kena mengena dengan yang masih ada atau yang sudah tiada. ~_~

"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."(al-Fath:4)


Alhamdulillah


facts to be shared:

sweets is one of food that can provide short-term relief of stress-induced irritability

~but i want a red colour only. hehe ;p

Wednesday, February 2, 2011

Saya Kuat :p

(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka," maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."
(Al-Imran:173)

Penat la kot aku tenung siling, tenung kipas, tenung lampu. Boleh tembus dah aku rasa. ~hish. nasib baik bukan cyclops. hehe. Macam tu jugalah aku rasa. Macam terngiang-ngiang je apa yang aku dengar hari ni dan hari-hari sepanjang aku jadi penunggu rumah. Rasa macam hal kecik je, tapi fikir mengalahkan ape je dah aku ni. Betul kot sahabatku bilang "kaw ni terlebih fikir agaknya". Eh? memang pun. Bukan takat tu je aku fikir, macam-macam lagi konflik. ish. Cuma hari ni aku rasa lain macam sikit. Padahal, apa yang aku dengar, tak seburuk yang sebelum ni. Mungkin disebalik kata-katanya yang buat aku macam ni. Perli makan dalam kot! cess. Ke sebab aku terlebih syak wasangka? tak fikir positif? whatever! lalala.. ;p

"sekiranya Allah menginginkan kebaikan kepada seseorang hambanya pada waktu menghadapi tekanan, maka Dia akan menganugerahkan perasaan mengantuk sebagai perasaan tenteram sebagaimana perasaan mengantuk yang menimpa Thalhah ketika bertempur dalam perang Uhud, sehingga beberapa kali pedangnya terjatuh dari tangannya. Hal ini adalah sebagai tanda bahawa Thalhah boleh merasakan keadaan darurat perang sebagai rasa aman dan istirehat yang nyaman baginya"
(La Tahzan, 2008)

Alhamdulillah. Mengantuk! Yoshh. Mungkin itu la yang aku rasa tiap kali mendengar kata-kata puaka keramat. ~ahaks, agak melampau di situ ;p. Memang itu yang aku rasa tiap kali aku kena condemm dengan orang sekeliling. Memang tidurlah but, sekejap je dan lepas bangun dan sampai sekarang rasanya dok ulang tayang apa yang dah jadi hari ini dalam kepala aku. Rasa macam berbisik je kat telinga. But! bukan ghost ok! setan maybe? yang saja suka nak tengok aku gundah gelana macam ni. Ohh., tak mungkin selamanya macam ni. no no no.

"kepada mereka yang sangat sensitif terhadap sebarang kritikan disarankan agar mereka menuangkan sesuatu yang dingin ke dalam sarafnya ketika menghadapi kritikan yang zalim lagi jahat"
(??,2008 la tahzan)

Tak guna la pun kan if nak sound balik atau dengan erti kata lain maki balik orang yang agak tak berinsurans tu kan. Gila kurang ajar. Sia-sia je balajar bertingkat-tingkat tapi mental tahap zero.

Don't be sad! yup! itu terbaik.

"Sesungguhnya Dia sentiasa membela kita, para malaikat selalu memintakan keampunan untuk anda, orang-orang mukmin bersatu mendoakan diri kita setiap kali selesai soalat, Nabi memberikan syafaat, dan Al-Quran memberikan janji yang baik, dan di atas semua itu rahmat Allah selalu menyertai."
(LaTahzan,2008)



InsyaAllah. Be strong sar! chaiyo! Tabahlah wahai hati. Kuatlah hati. Sabarlah. SubhanaAllah. Banyak lagi hal yang belum kaw selesaikan sar. Cari gali balik law! Dah hari rabu ni. Yang adik kaw pesan pun kaw tak buat lagi. Dekat 10hb dah ni. Yang kawan kaw kirimkan pun kaw tak ambil tindakan. 9 and 10hb? hish! Jangan mengeluh! Orang yang mengeluh orang tidak redha dengan apa yang telah Allah takdirkan. ish. Jangan macam ni! Both of them. Remember that. waaa..

Tuesday, February 1, 2011

Sabar jangan sedih


"orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang bersabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang kita mengintai hikmahnya"
(Z.a,2008)


tabahlah wahai hati
tenanglah wahai hati
InsyaAllah



Don't be sad!
"Jangan bersedih. Lantaran kesedihan itu menakutkan engkau untuk menghadapi masa depan. Dan kesedihan itu tidak akan mengembalikan yang hilang dan yang pergi; tidak akan menghidupkan yang mati. Dan kesedihan itu juga daripada syaitan!"
(Z.a. La tahzan, 2008)


redha dari Mu
InsyaAllah



~dingin semakin mengigit. melemahkan neuron. melambatkan pemprosesan. kelewatan maklumat. melambatkan gerakan. melewatkan tindakan.
time to sleep

dengan namaMu ya Allah aku hidup dan aku mati
^_^