Wednesday, September 4, 2024

Kenapa tak suka sakit?

Salam. Takde siapa suka sakit. Tapi tula. Manusia ni lemah. Ada masa sihat, ada masa sakit. Kali ni, giliran aku tiba lagi. ahah Kalau boleh elak, aku elak dah. Tapi tak mampu. Macam biasa, aku jarang sakit. Tapi sekali sakit, pakej lengkap aku dapat. Demam, batuk, selsema. Cuma kali ni, batuk tak sempat. Padahal sakit tekak kemain beberapa hari lepas sampai suara aku tak sedap. Alhamdulillah. Demam selsema pun azab juga. Nak tido payah. Hidung tersumbat. Telinga pun naik pekak aku dok hembus ingus tak keluar. Degup jantung pun boleh dengar. uhuu Lagi satu, bila dah sakit ni, aku cakap dah. Ubat nak kena telan tu azab. Harian je 5 biji. Dah tambah demam selsema, jadi banyak dah. Yang lepas, pakej dengan sakit2 badan. Berbiji2 pil masuk dalam badan. ahah. Kali ni, kurang sikit. Alhamdulillah. Tapi Allah ganti yang lain. Awal pagi2 lagi Allah bagi sakit yang lain. Takde ubat, selain doa. hm. Bila teringat, jadi hilang mood dah. Sambung tengok cerita kdrama la. sebab dua kali aku tidur siang hari ni. Entah bila boleh tidur. Tidur pulak dengan hewan berbulu itam yang datang menyebuk tiap malam. hm..

Thursday, July 25, 2024

Entah apa tak kena

Salam.

Semalam pergi check darah. 
Entah apa khabar. 
Harap baik2 jela macam sebelum ni.

Cuma kali ni, aku dah kurang bersenam. Berat pun naik balik. Hm. 

Last week pergi joging. 
4.6km je mampu.
Lari sikit. Jalan je banyak. Tu pun lari sikit rasa kaki tak jejak tanah dah. 

Tapi dah dekat seminggu ni, badan aku yang sakit2. Hari ni, dada pun rasa tak sedap dari semalam.

Pulak tu semalam lepas kena 4 kali cucuk jarum darah baru nak keluar, sampai lebam2, tangan aku sakit... Banyak noo dosa 😔 

Bila dah rasa tak sihat ni, mula la kepala ingat benda lain. Macam2 fikir. Banyak amanah, hutang tak settle lagi ni. 😔 

Moga ada lagi hari esok 😔 


Monday, July 22, 2024

ALLAH lagi sayang

Salam. 

Kisah semalam. 

Ada kematian. 

Lepas postmortem, result dia "PENDING LABORATORY INVESTIGATIONS" Terms medical ni, aku bukan bidang. Tapi tu la yang tertulis kat surat si mati. Budak 10 tahun. Lelaki. Asbabnya demam. Tapi tahun lepas, dia didiagnos DMD (Duchenne Muscular DYSTROPHY) - kalau aku tak salahlah.

 Nama penyakit pun aku tak pernah dengar. Dan doktor pun kata antara yang jarang2 la jumpa. 

 Penyakit yang boleh sebabkan budak ni akan paralayzed pada jangka masa panjang. 

Tapi simptom awal yang kita boleh nampak, perubahan otot2 dia. Mengecik semuanya. Jalan tak kuat. Naik tangga pun susah. Nak lari tak boleh. Kalau dia berjalan, boleh nampak dia macam melayang2. Senang jatuh. Dan baru2 ni, dapat tahu doktor dah start bagi ubat yang agak kuat untuk dia. Ikut info, budak2 ni takkan dapat servive. Sebab segala otot organ pun akan effect sama. Especially jantung. Otot nak pam jantung pun akan bermasalah. Nak telan makan pun perlu otot. 

 Masalah utama dia OTOT. Takde protein yang boleh bina otot dia. 

 Punca dia? 

 Genetik. 

 Tapi, untuk keadaan budak ni. Kesian sangat. 

 Famili susah. Makan pun tak cukup. Dia dah kurus. Adik dia yang 3 lagi tu pun kurus2 belaka. 

 Tak tahu nak cakap macam mana. Kesian je mampu. 

 Tapi tu la. Yang tengok ni, memang kesian. Tapi kalau mak ayah dia sendiri tak berapa kesiankan anak2, kita nak buat macam mana kan? 

 Allah mungkin nak ringkan ujian dia sekeluarga. Who knows? Kan? Mak ayah dia dah tak susah2 nak hantar checkup, fisio kat hospital jauh. 

 Hmm. 

 Teringat berapa lepas dia teringin nak makan ayam goreng. Alhamdulillah ada hamba Allah tunaikan. 

 Tapi tu la. ALLAH lagi sayang dia. Dia dah tak sakit dah. Tak payah makan ubat kuat2 tu. Moga syurga tempat mu wahai anak.

 Okla. Wassalam.

Thursday, July 18, 2024

Terkesan

Salam. 

Ini kali nak luah pasal kes kematian yang rasa terkesan. 

Boleh dikatakan hari2 baca berita kematian. Tapi kali ni, rasa lain. 

Pemergiannya menyayat hati. Pengakhirannya tragis. 

Tapi, ramaiiiiiii orang doakan dia 🥹

Walaupun banyak kata2 kurang sedap didengar, spekulasi macam2... 

Tapi ramaiiiiiii orang doakan dia... 😭

Kita yang masih hidup ni, belum tentu lagi dapat doa dari orang yang takde kaitan, takde talian, tak kenal dengan kita. Belummm tentuuu 😭

Tapi diaaa... 😭

Bila ada yang kata, kubur dia cantik, tanah timbus sampai berlebih2, ramai pulak tu datang hantar jasad dia... 😭 

Nasib kita akan datang pun tak tahu macam mana. Ada ke orang nak datang? Ada ke orang nak doakan? 😭😭😭 

Aku mati nanti, ada ke orang nak tolong? 😭 

Mengenangkan pelakunya, tenatnya manusia hari ini... 

Makin jauhlaaa nak percaya kaum adam ni. Jauhhhh.... 

Orang yang kita anggap bertanggungjawab menjaga keamanan sejagat, yang kita percaya akan jaga kita, yang akan buat kita rasa selamat, tapi dia yang bertindak luar alam macam ni... 

How dare you... 

Semua orang terkesan dengan kes ni. Siapa lagi kita nak percaya kalau 'dia' pun boleh bertindak gila macam tu? 

😭😭😭😭

Begitu tenatnya manusia hari ini
Moga kita dijauhkan dari hal begini.. 

Buat adik Farah. Damailah awak di sana. Moga ada pembelaan buat awak. 
Aminn Insya-Allah 

😔



Tuesday, June 4, 2024

Makngah ada 'crush'?

Salam. 

 "Makngah ada crush tak?" 

Soalan daripada budak umur 8 tahun. Hahah 

Aku tak tahulah dia faham ke tak makna crush tu. Tapi adik dia yang umur 7 tahun tu jawab, "crush tu pasal lelaki kan?"

hahah 

gila la 

Budak sekarang punya akal

Aku tak tahu nak gelak ke apa 

My crush is married. 

Tu jawapan aku.

ahaha

Gila.

Aku tak pernah sebut pasal boifren ke apa bende dengan famili aku

Takde

Tak pernah.

Kecuali, masa ada arwah nenek aku. Dia tanya, takde siapa-siapa ke? Entah sempat ke tidak nak tengok ko kawen.

Gitulah ayat nenek dulu. Itu jam aku study pun belum habis. Aku mengaku ada someone suka dulu.

Tapi aku tak tolak dia, tak juga kata ya. Berkawan la dalam 3 tahun juga.

Lepas tu, aku dapat tahu dia kahwin.

Tu je.

See? Bukan jodoh kan?

Allah uji perasaan je masa tu. Alhamdulillah.

Now, jangan ditanya, kamus cari pasangan dah lama tutup. Tak tahulah bila dia nak terbukak lagi haha.

okeyla.

tu je. 

Sekian.

Tuesday, May 14, 2024

Interview

Salam. 

Entahla. 

Rasa nak gelak pulak bila pergi interview hari ni. 

Umur dah banyak satu.

Interview kat rumah bos satu hal. 

Yang paling utama, aku tak beriya. 

Sebab the end of the day, aku kena susahkan orang yang nak hantar nak ambik aku. Memang masalah. 

Nak suruh drive? 

Aku rasa mau satu jam sampai. haha

Lambattt lagi nak drive sendiri.

Lagi satu hal, aku risau. Banyak appointment setiap bulan. At least, ada appointment aku boleh pergi sendiri. Tak susahkan orang lain. Tu je yang penting. 

Hal-hal lain, dah tak masuk senarai dah. 

Nak interview hari ni pun aku macam... apebentahh

Gasak. Dua hari lagi nak interview, dua hari jugak aku sakit kepala. 

Hari ni pergi interview, balik aku rasa nak demam. 

Kalau dulu, neves kemain kalau nak interview. 

Hari ni tak. Sebab aku tak harap. 

Tu jela. 

Kalau dulu, aku harap aku diterima. 

Sekarang tak. Tak dapat lagi okkkk dari dapat. 

Sebab banyak benda aku nak kena fikir lepas tu. Sangat banyakk. 

Tapi entahlah. Malas nak fikir. 

okbai.



Monday, April 22, 2024

Penat

Salam Aidilfitri yang ke... 

tengok la kalender sendiri. Aku tak sempat check. Sebab hari aku sama jee. Cek tarikh bila ada appointment doc je ~huu

Sempena raya kali ni. Aku penat betul rasa. Raya lepas pun penat jugak. Tapi aku tak pernah cakap dengan sape. 

Kali ni, aku betul2 penat. Faktor umur la kot. 

Ini kali punya penat, aku tak peduli dah sape yang datang. Fully jadi bibik. Tak keluar dapur punya. 

Dan bila tetamu yang nak datang rumah siap booking hari, aku jadi sakit hati. Aku tak boleh husnuzon dah. 

Penat kali ni tak boleh bincang punya. 

Last2 aku nangis bila adik aku ajak tido rumah dia. Haha.. Nak pegi jalan2 lepak2 segala. Dia tahu aku penat. Penat sangat2. Allah je tahu. 

Orang datang, mesti cakap aku rajin la apa la. Padahal... 😔

Bila umur dah banyak, kesihatan pun tak bagus mana, emosi pun dah lama terbenam kelaut dalam, rasa2 boleh bertahan ke? 

Okla. 
Bai. 
Moga hari kalian kekal cerah tidak semendung aku. 

*kuih raya yang banyak tak jadi tahun ni 🥴