Wednesday, March 30, 2011

Sisi wanita

Assalamualaikum


Wanita, muslimah, hawa...
Lahiriahnya lemah selembut hatinya
Lembutnya hati, kekuatan dirinya
Mungkin kalah hati si perkasa
Kelembutan hatinya ketabahan dirinya



Indahnya ciptaan Allah kepada umatNya
Uniknya mereka dijadikan olehNya
Rumitnya mereka dicipta olehNya
Dicipta untuk amanah si perkasa
Dilindungi disayangi dihargai pesanNya


 
 


Sebaik ciptaan Dia jadikan
Diangkat pula menjadi  yang mulia
Bengkok seperti rusuk
Lembut urutan,  terlurus mudah
Keras urutan, patahlah mudah







Ingin setaat Fatimah kepada Ayahandanya
Ingin sehebat Khadijah kepada Baginda
Walaupun tidak menjadi yang sempurna
Cukup sentiasa mendapat keredhaanNya
Ingin ke syurga kekal selamanya...

~by s a r what :)





SubhanaAllah...InsyaAllah... :)

Monday, March 28, 2011

Faraid

Assalamualaikum.

Oleh kerana kini aku berhadapan dengan sebuah keluarga yang berlaku kepincangan serta mungkin juga sedang mengalami masalah mental dan hati yang sangat kronik kerana dijangkiti atau dihasuti syaitan iblis. Pastinya syaitan iblis itu kini sedang bergelak ketawa, riang ria meriah bertepuk tampar kerana berjaya menyesatkan anak cucu Adam.

Semua ini gara-gara tuntutan harta pusaka, sehinggakan ada yang sanggup putus saudara daripada langsung tidak memperolehi harta peninggalan si mati. Bertambah mengecewakan apabila harta yang dituntut bukanlah mencecah jutaan sehingga sanggup putus saudara. Huh! Bak kata adikku "ahh, dah takda otak agaknya masing-masing. Buta mata buta hati sebab duit, sanggup berbunuh agaknya". Biasanya kes macam ni selalu kita tengok dalam drama tv, tapi hari ini adalah realiti. Astaghfirullah..

Maka aku pun merajinkan diri untuk mencari bahan bacaan berkaitan pembahagian harta pusaka mengikut sistem pengiraan faraid. Walaupun aku tidak arif akan hal ini, tapi cukup sekadar aku memahami apa sebenarnya Faraid.

Dari segi bahasa, Faraid mempunyai banyak maksud antaranya; ketetapan, menentukan, menghalalkan, memastikan dan mewajibkan.

Dari segi syarak, Faraid bermaksud, pembahagian harta peninggalan (pusaka) orang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka, harta akan dibahagikan kepada ahli warisnya (anak, isteri suami, ibu dll.) menurut hukum islam. Harta yang dibahagikan kepada warisnya adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang sama ada dalam bentuk agama (zakat, nazar dll.) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak.

Bentuk harta yang boleh dibahagikan dalam bentuk Faraid adalah:
  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah)
  3. Insuran dan wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak)
  4. Haiwan ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll)
Seperti yang telah disebut dalam hadith Allah swt. dalam surah An-nisaa' ayat 11-14. Dalam ayat ini diterangkan bagaimana pembahagian harta pusaka supaya setiap orang Islam mengikutnya. Barangsiapa yang mengikutnya akan bahagia di dunia dan akhirat dan masuk ke neraka dan kekal di dalamnya kepada sesiapa yang mengingkarinya.

"Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (4:11)

"Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar."(4:12)

"Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina." (4:13-14)

Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan. Dan FARDU KIFAYAH kepada umat islam (Khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya. Maklumat tambahan

Dalam Al-Quran jelas menerangkan cara pembahagian harta yang telah ditetapkan oleh Allah swt bagi mengelakkan sebarang perbalahan dan pergaduhan dalam tuntutan. Tapi malangnya, jahil bagi si penuntut yang menuntut harta yang sememangnya bukan haknya. Hukum Allah yang telah menetapkannya begitu. As a Muslim, kita hanya perlu mengikut seperti yang telah ditetapkan. Besar hukumannya bagi ingkar. Astangfirullah..

Sekadar perkongsian untuk dijadikan panduan dan ikhtibar bersama :)

Saturday, March 26, 2011

Stayed

Assalamualaikum

"sehari sahaja dibiarkan waktu anda kosong, nescaya kesedihan, kedukaan, kecemasan dan keraguan akan mudah menyelinap di dalam tubuh anda. Dan apabila berlaku sedemikian, maka anda akan menjadi lapangan para syaitan" (ayidh,2006)


"Jika engkau berada pada waktu pagi, janganlah menunggu datangnya waktu petang. Jika engkau berada pada waktu petang, janganlah menunggu datangnya pagi" 

maksudnya: Hiduplah dalam batasan hari ini saja. Janganlah mengingat-ingat masa lalu dan jangan pula merasa risau dengan masa yang akan datang.



إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِّنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).(Al-A'raaf:201)



~SubhanaAllah... terlalu banyak waktu terluang... reminder to myself :p

Thursday, March 24, 2011

H a t i again

Assalamualaikum


Keputusan dibuat
    berbelah bagi...
       Perubahan bermula
          ragu-ragu...
              Kaki melangkah
                 tiada keyakinan...
                   Setapak melangkah
                      digigit resah...


                                    Jalan yang gelap
                                        sedikit sinar...
                                            Sinar cahaya
                                               beri panduan...
                                                  Terang benderang
                                                     hilang kegelapan...

                                                               Dipanjangkan langkah
                                                                 sedikit kedinginan...
            Toleh ke belakang
              segaris senyuman...
                Yakin melangkah
                   rasa ketenangan...
                     Toleh ke belakang
                       menitip pesan...
                        sedekah senyuman...

                          Perlahan melangkah
                        toleh ke belakang... 
                                                                            Disapa kasar
                                                                         sedikit sentapan...
                                                                       Kekecewaan menampar
                                                                     kelemahan terpancar...
                                                                  Sinaran cahaya
                                                               menggamit ketenangan... 
                                                             menyalur kekuatan...
                                                           merangsang ketabahan...
                                                       Alhamdulillah 
                                                    Pencipta sekalian alam...
                                                 Allahuakbar...


Apa yang berbelah bagi?...h a t i
Apa yang ragu-ragu?...h a t i
Apa yang tiada keyakinan?...h a t i
Apa yang digigit resah?...h a t i
Apa yang rasa ketenangan?...h a t i
Apa yang rasa sentapan?...h a t i 
Apa yang ditampar kekecewaan?...h a t i
Apa yang lemah?...h a t i
Apa yang kuat?...h a t i
Apa yang tabah?...h a t i 
Diterangkan dan dibukakan pintu.... H A T I
Alhamdulillah...InsyaAllah...

Tuesday, March 22, 2011

Diam ~ Berbicara

Assalamualaikum


Surah Al-Maidah ayat 3 diturunkan...
 
"....pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu...."



Pesan Rasulullah saw:

"Yang pandai berbicara itu adalah Al-Quran, yang diam itu ialah maut. Apabila ada persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadisku, dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkanlah ia dengan mengambil pelajaran dari mati"









Rasulullah bertanya kepada Jibrail...

"Wahai Jibrail, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku di sisi Allah SWT"















Jibrail menjawab.... 

"Sesungguhnya semua pintu langit telah di buka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu di langit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu."












Bertanya lagi baginda...

"Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti."
















Jawab Jibrail...

"Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, Sesungguhnya Aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum dikau masuk terlebih dahulu, dan Aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."





















Pergilah kekasih Allah dijemput Izrail seperti yang diperintahkan olehNya....
Allahuakbar..

Kejap laa..

Assalamualaikum

Satu perkataan yang selalu juga digunakan apabila seseorang itu disuruh melakukan suatu kerja atau tugasan. Am i right? ~sebab diri ini antara peminat time muda-muda dulu :p

Rasanya macam terngiang-ngiang lagi cara abah tegur kami adik-beradik masa kecil dulu sampai la sekarang. Cara abah, dia tak suka anak-anak dia menangguh-nangguh kerja. Segalanya kena on time. Setiap kali dia tuturkan ayat tersebut, time tu jugaklah masing-masing akan tersentap. Lagi-lagi waktu manghrib dengan subuh.

Di waktu subuh yang dingin lagi hening.

"dah-dah, bangun-bangun. tak nampak dah. dekat terang dah tu" ~abah ketuk pintu, switch on semua lampu.

Lepas tu, mesti ada yang jawab, "yelaa.. kejap laa.."

Maka jawab abah, "yela kejap-kejap, kejap-kejap tu yang tak bangun"

Ada lagi yang jawab, "yela, nanti la jap..bangun la ni.." ~mata tutup lagi tu, cakap je yela, tapi tak jugak bangun. :p

Abah terus jawab slow and steady, "haah, tunggu la sekejap, nanti-nanti. Allah kalau nak cabut nyawa esok-esok pun sekejap-sekejap, nanti-nanti" 

Di waktu maghrib..

Abah mula bersuara, "dah-dah, tutup tv, bangun-bangun. dah tak dengar ke bunyi azan tu.."

Ada jawapan, "yela yela, nanti la kejap"

Macam biasa punya ayat yang buat masing-masing sentap terus tutup tv, bangun..

Abah jawab slow je, "haah, tunggulah kejap-kejap lagi nak cabut nyawa, nanti-nantilah nak cabut nyawa kaw" ~Abah buat dialog tu paling aku tak tahan kot. Sentap lagi but berkesan nak ajar anak-anak yang nakal dan liat macam aku ni kan :p

"Assolaaatutu khairun minan naum" maksudnya, sembahyang itu lebih baik dari tidur

Semua bingkas bangun. hee. Baik punya perli menusuk kalbu la. Sesiapa pun, kalau bab solat, bab tu la yang lagi suka nak tangguh-tangguh dan suka dilewatkan tanpa sebab. Bila time subuh, tau je la kan. Kalau dah tidur lambat, lepas tu subuh tu hujan pulak, memang sedap la kan. Memang tarik selimut la jawabnya kan. Bila maghrib pulak, tau-tau je la tv punya siaran. Time tu jugaklah ada macam-macam cerita. Segalanya melekakan terutamanya yang Muslim ni la.

Rasanya, waktu subuhlah syaitan paling suka menyesatkan anak cucu Adam. Kemain lagi syaitan bertepuk tampar bila tengok anak cucu Adam ni tak bangun solat, malah tarik pula selimut sambung tidur. Bahagialah mereka dapat menambahkan ahli neraka bukan. Astaghfirullah.. Ya Allah, tak tertanggung rasanya solat-solat yang pernah ditinggalkan. SubhanaAllah..

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” (bh,2007)

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh adalah Nabi Adam a.s, apabila baginda dikeluarkan daripada syurga dan diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihat adalah kegelapan dan terasa terlalu amat takut. Apabila sahaja fajar subuh keluar, maka baginda bersolat dua rakaat. Iaitu pada rakaat pertama sebagai tanda bersyukur kerana terlepas daripada kegelapan malam dan rakaat kedua sebagai tanda syukur kerana siang menjelma. 

Rasulullah SAW telah mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi : 28)

Betapa besarnya fadhilat solat subuh bukan? SubhanaAllah.. Ia, mungkin bagi diriku yang masih kurang ilmu agama ni, cukup amat bermakna setiap maklumat yang aku dapat walaupun mungkin ianya agak common bagi yang lebih tahu perihal agama. Alhamdulillah.. Masa tidak menunggu kita. ~ingatan untuk diri sendiri :)

sumber: di sini

~berusaha top-up mana-mana yang masih kurang..subhanaAllah..Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di subuhMu yang dingin ni. Allahuakbar..

Sunday, March 20, 2011

Ku intai dalam rahsia :p

Assalamualaikum

Oh ini bukan lagu Jeslina Hashim ok! ~ :p

Cuba bayangkan...

Dalam diam ada orang yang memerhati, memfollow gerak-geri, jeling-jeling, tinjau-tinjau dan akhir sekali ada hati (bagi yang belum berpunya ~:p) dengan anda tanpa pengetahuan? hmm. Sudah tentulah kita curious nak tahu siapa empunya diri yang rajin-rajin memfollow segala perbuatan kita kan.

Kalaulah empunya diri itu lain jantina dengan kita, rasanya mesti ada something wrong kan? means more to 'rahsia hati' mungkin :). Agaknya la, sebab biasanya, kalaulah seorang lelaki yang bergitu curious dengan seorang wanita yang diminati, mestinya dia ada agenda yang lebih kepada rahsia hati a.k.a ada hati dengan si wanita itu.

Tapi, apabila melibatkan seseorang yang sama jantina dengan kita, tetapi kita tidak mengenalinya. Agak-agaklah, apa pula agenda yang sebenar. Bukankah ianya menambah curious di hati. Kalau dengan alasan yang baik tidak mengapalah. Alhamdulillah. Tetapi, menambah kerisauanlah pula seandainya melibatkan agenda-agenda yang kurang baik. Diharap tidaklah begitu.

Bayangkan pula kalau kita di posisi si pemerhati tersebut..

Waa, tentu sahaja macam-macam yang kita buat untuk mengetahui segala perihal orang yang menarik perhatian tu. ~cehcehceh, diri sendiri pernah buat dulu... :p. Kalau di alam realiti, mata tu sempat je nak jeling-jeling, risik-risik perihal si dia. Pantang ada info terbaru, mesti cepat je tau dulu. hee.

Tapi kalau zaman sekarang ni (kecanggihan alam maya), lebih-lebih lagi di laman-laman sosial, walaupun tak dapat nak jeling, pastinya kita akan selalu mengikuti perkembangan si dia. Memandangkan segala perihal diri selalu diberitahu melalui laman sosial. Tak payahlah kasi contoh, sendiri dah tahu laman sosial apa yang menjadi satu fenomena melanda dunia kini kan. Si pencipta pun dah tersenarai dalam orang yang terkaya paling muda di dunia kan. ~jawab dalam hati sudaa :p. Dalam alam maya, macam-macam yang kita boleh lakukan.

~gambar hiasan :p
Back to the topic! Perasaan curious tu rasanya lama-lama boleh hilang apabila orang yang memfollow gerak-geri kita tu tidak menunjukkan diri. Kira macam 'ku intai dalam rahsia' lah. :). Apa yang kita boleh buat kan. Takkanlah kita nak pakai terjah je si pemerhati tu. Risau pula jika kita tersalah tafsir yang dia ada niat tak baik. Ataupun sebenarnya, kita je yang terlebih perasan sendiri ada orang memfollow kita. Termalu pula nanti. hee.

Sewajarnyalah, andai kita suka memfollow seseorang itu akan kerana kebaikan yang dibawa dan ditunjukkan, tidak salah. Janganlah pula kerana ada hasad dengki khianat pula. Bagi yang ada 'rahsia hati' tu, seeloknya berterus-teranglah jalan yang terbaik dan jangan pula buat orang tersebut tertanya-tanya dalam masa yang terlalu lama. Sekian. ~nak nasihat orang pulak :p

Saturday, March 19, 2011

Riak dan ikhlas

Assalamualaikum

Allah sangat murka kepada mereka yang hidupnya menunjuk-nunjuk, mengampu dan mengambil kesempatan. Rasulullah menyatakan riak termasuk dalam kategori syirik dan baginda bersabda yang bermaksud:

"Yang aku paling takuti menimpa kamu ialah syirik yang paling kecil. Sahabat bertanya berkaitan dengannya, jawab baginda, ia adalah riak."

Ringkasnya, riak bermaksud beramal kepada manusia dan bukan kerana Allah. Ada manusia yang diselubungi perasaan beramal kerana Allah, tetapi pada masa sama ada sedikit perasaan riak apabila ingin dilihat orang lain. (zawawi,2011). Rasulullah bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap sesuatu perbuatan itu mestilah dengan niat dan tiap-tiap sesuatu perbuatan itu dinilai mengikut apa yang diniatkan."

Maknanya di sini, apa yang dilakukan perlulah ikhlas semata-mata kerana Allah! ~picit kepala. :p
Ia sukar dilakukan andai masih ada penyakit hati (riak). SubhanaAllah.

Seringkali makna 'kerana Allah' kabur dan tidak jelas. Niat kerana Allah juga bermakna bersama Allah. Justeru, ikhlas membawa makna kualiti kerana rasa diperhatikan Allah sebab Allah sebab Allah sentiasa bersama (zawawi,2011).

Antara petanda yang menjadi ukuran keihlasan sebenar supaya dapat elak daripada sifat riak:
  • tidak mengejar publisiti, melakukan kerja bukan hendak dipuji tetapi menunaikan tugasnya dan bila dipuji tidak lupa diri.
  • tidak suka menyalahkan orang lain. Orang ikhlas kerap menyalahkan diri sendiri. ~ada juga yang sengaja 'buat-buat' salahkan diri sendiri untuk menarik perhatian.
  • bekerja senyap jauh dari sorotan, mereka berkorban tanpa mengungkit. Mereka laksana akar kepada pokok, tertanam di dalam tanpa orang nampak.
  • tidak kedekut untuk memuji orang yang sewajarnya dipuji. Mungucapkan tahiah kepada mereka yang wajar dihargai. ~ada dua kelemahan manusia di sini. Memuji dan memuja pada yang tidak berhak. Tidak memuji dan menghargai orang yang patut dipuji.
  • bekerja tanpa mengira kedudukan, baik sebagai pemimpin atau pengikut.
  • gembira dengan kemunculan tokoh baru dan bersedia memberi laluan kepada mereka membuktikan kebolehan mereka. ~dicemburui sebab orang tidak ikhlas biasanya gelisah dengan kemunculan tokoh baru.
  • sabar dan istiqamah sepanjang masa, tidak lemah semangat, tidak buat ala kadar sebab pendorongnya kerana Allah dan bukan kerana manusia ~jika buat kerana orang, bila dipuji rajin, bila dikeji malas.
Ada seorang rakan blogger, mengingatkan saya tentang riak dalam hal-hal lain yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedar. Contohnya dalam penulisan juga. Tanpa sedar orang lain boleh beranggapan kita sengaja untuk berbangga-bangga dengan apa yang kita tulis. Diharap, tidaklah sedemikian rupa. Biarlah apa yang ditulis ikhlas dari hati dan tidak bermakna apa-apa sehingga membawa kepada riak. InsyaAllah lebih diberkatiNya. ~Seorang sahabat blogger ada menerangkan tentang hakikat riak beserta contoh lain. 

~sumber: harian metro 18 mac 2011

Friday, March 18, 2011

Senyap diam

Assalamualaikum

"sar, lama tak dengar cerita?"
"sar, diam je sekarang kaw"
"sar, apa cerita kaw sekarang?"

Semalam dan tadi, dua orang sahabatku yang sudah lama tidak berutus khabar, tiba-tiba bertanya khabarku. Jawabku ringkas, "takda apa yang nak aku ceritakan, senyap je la aku".

Diam merupakan salah satu cara untuk mengelak dari sebarang gosip-gosip kurang jinak mahupun berita-berita yang kurang sejuk. For me, itu mungkin jalan yang terbaik. ~itu yang dilakukan kini :p. Contohnya, kadang-kadang diam adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan diri daripada terjebak dalam suatu perbalahan yang serius mahupun perbincangan yang boleh membawa pergaduhan. Bukan selalu yang menang bersuara itu terbaik. Lainlah kalau dalam mahkamah. Pastinya masing-masing menegakkan hujah masing-masing.

Orang kata, "diam-diam ubi berisi". Ini bermakna, bukan diam semata sehingga boleh pula digelar seperti "katak di bawah tempurung". Huh! Lain sudaa jadinya tuu. Jangan pula sampai begitu. ~bukan saya :). Diamku bermaksud. Mengambil langkah sedemikian rupa kerana bagi mengelakkan sebarang provokasi perihal diri. Cukuplah orang di sekeliling bertanya perihal yang sama dan jawapan yang ku beri tetap sama.

Diam juga sebenarnya dapat menguji tahap kesabaran kita. Siapa yang tidak mahu berbalas kata andai apa yang diperkatakan oleh si pihak lawan sebenarnya tiada kebenaran. Diam juga adalah yang terbaik. Mengajar kita lebih sabar daripada kita berkata-kata perkataan yang kurang enak didengar dan dapat mengelakkan kita berperasaan marah. Syaitan gemar akan hamba Allah yang sedang marah supaya dapat menambahkan ahli mereka di neraka kelak. SubhanaAllah..

Kalau sudah diam, tentu juga cuba mengasingkan diri bukan?

Ibnu Taimiyyah mengatakan: "tidak dapat tidak seseorang hamba itu harus ber'uzlah (mengasingkan diri) untuk beribadah kepada Allah, berzikir kepadaNya, membaca ayat-ayatNya, melakukan muhasabah terhadap dirinya, berdoa kepadaNya, memohon keampunanNya, menjauhkan diri dari kejahatan, dan sebagainya."

~Peace and quiet~

Itulah yang sebaiknya. Bukan diam bermakna tanpa melakukan apa-apa, tapi berusaha melakukan sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat untuk diri sendiri di samping memberi kebaikan kepada orang sekeliling juga. Cuma, orang di luar sana mungkin tersalah tafsir mahupun beranggapan negatif kepada mereka yang diam dan mengasingkan diri ini. Itu hak mereka untuk menilai. Apa yang penting kita tahu apa yang kita lakukan dan segalanya adalah antara kita dengan yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui. InsyaAllah lebih diberkatiNya. :)

~ohh ~_~ sedikit kecewa dengan final raja lawak. kurang kelakar kot :p

Thursday, March 17, 2011

Tomahan dan kesabaran

Assalamualaikum

Rasanya, berulang kali tentang sabar. Kalau entry2 lepas tajuk sabar lagi, saya kuat dan sabar jangan sedih, semuanya tentang kesabaran. Yela, mungkin saya seorang yang tak cukup kuat. Atau mungkin juga tahap kesabaran tu makin tipis dan sampai di kemuncaknya. Sebab lain juga, mungkin jiwa semakin sensitif barangkali. :p

Manusia biasa, akan ada yang lemah tiap kali dilanda musibah atau bencana yang datang dari Allah. Sebabkan pegangan kerana adanya Dia, diri ini masih kuat di sini. Alhamdulillah. Tipulah andai seseorang itu menerima suatu dugaan tidak akan bersedih. Kepada yang kuat dan teguh sahaja dapat melaluinya dengan tenang.

Tomahan. Yup, tu salah satu dugaan yang selalunya menjadikan seseorang itu semakin hilang sabar walaupun dia merupakan seorang penyabar sebelum ini. Si pemberi tomahan ini biasanya orang yang akan mengcondemm malah ada pula yang sehingga membawa fitnah kepada si penyabar. Jika si tomahan beranggapan segala kata-katanya ibarat sebagai semangat supaya si penyabar agar lebih berusaha, mungkin ya sekiranya ianya adalah tomahan yang positif.

Bayangkan pula sekiranya tomahannya semata-mata dengan niat nak condemm dan menjatuhkan serta mereka tak tahu apa sebenarnya masalah yang dihadapi, dan tidak pernah pula merasai situasinya, bukan ke ianya menambahkan luka di hati. Mungkin jika kepada si penyabar yang memang cukup kesabaran tidak akan mengambil pusing langsung akan tomahan negatif tersebut malah dijadikan sebagai cabaran. Tetapi pada yang lemah, bertambahlah lemah.

Sebenarnya adalah lebih baik kiranya si lemah dapat melawan rasa sakit hati dan amarah kepada si pemberi tomahan dengan sentiasa beramal soleh serta dekatkan diri dengan Allah. Seperti dalam bait syair Hassan bin Tsabit dalam La Tahzan berkata:

"Aku tidak peduli dengan kesedihan atau kegelisahan 
yang disebabkan oleh ucapan orang-orang yang sentiasa mencela"

Bermaksud, orang-orang yang suka mencela dan merosak harga diri orang lain tidak akan mencelakakan dan membuat kerisauan. Semua itu tidak akan memalingkan perhatian orang Muslim dan tidak mengusik orang yang berani.

Seperti yang disebut awal tadi, manusia biasa tak lari dari semua ini sehingga ada pula yang membawa kepada kesedihan hati yang berpanjangan dan memudaratkan diri sendiri. Alhamdulillah, bukan saya sedemikian rupa walaupun kadang-kadang terpaksa menelan dengan kesat segala kritikan-kritikan yang menjatuhkan semangat yang tidak seberapa ni.

Hasbunallah wa ni'mal wakil yang bermaksud, cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung. Satu ungkapan yang turut diungkapkan oleh Ibrahim tatkala dia dilemparkan ke dalam api sehingga api itu tiba-tiba menjadi dingin. Begitu juga, diungkapkan oleh Rasulullah saw ketika perang Badar sehingga Allah memberikan kemenangan. Hebat kuasa Allah dalam membantu hambaNya yang lemah. SubhanaAllah.

Apa lagi yang boleh dilakukan andai kita menerima musibah dan dugaan selain bersabar, berdoa, dan sentiasa bersabar serta redha dengan ketentuanNya. Semoga segalanya diberkati InsyaAllah.



~ingatan kepada diri sendiri yang mungkin makin tipis kesabaran serta memerlukan topup secepat mungkin :)
sabarlah sar...Dia Maha Mengetahui.

Tuesday, March 15, 2011

Terbaik pilihan

Assalamualaikum

"kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum kita mencintai diri sendiri. dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum kita mencintai Allah" 
(pmj, 2006)


Gemersik cengkerik memecah sunyi
Sahut sahutan menolak sepi
Indah irama tak sesegar di hati
Hilang rentak irama nadi
Rintihan hati setia menanti
Bekalan iman, kuat digenggami

Sekelam hamparan langit malam
Giat menerawang mencari jawapan
Kasih cinta fitrah manusia
 Senjata tajam perosak jiwa
Kelemahan hati mudah digoda
Sesat berjalan tanpa tuju hala

Rancak kencang detak irama
Galak syaitan giat menggoda
Kelemahan hati menjadi sasaran
Kesesatan dalam mencari jawapan
Hanya kepadaMu pemberi perlindungan
Syukur padaMu kurniaan perasaan

Alhamdulillah pujian padaMu Ya Allah
 Tenangnya hati tetapnya pegangan
Alunan indah jadi santapan
Sujudku memohon diberi ketenangan
Petunjuk dariMu sebagai panduan
Semulia jawapan hanya dariMu Tuhan

Cinta manusia bersifat sementara
CintaMu Allah abadi selamanya
 Indahnya perasaan disayang dicinta
Tenang perasaan setenang angin malam
Alhamdulillah kurniaan dariMu Ya Rahman
Cinta dariMu sebaik pilihan


~s a r what.

Monday, March 14, 2011

Kerana tarikh dan hari

Assalamualaikum.
Hari baru, tarikh baru, nafas baru. :)




Sirus indah mencorak di langit biru
Cahaya suria menambah seri
Kehijauan melambai disapa angin
Menitik embun membasahi bumi

Terasa dingin angin menyapa
Dengan lafaz bismillah kaki melangkah
Berbekalkan sedikit harapan dan semangat
Meneruskan perjalanan ke tempat yang dihajati

Kiri kanan sunyi dan sepi
Tanda penghuni keluar mencari rezeki
Tertanya sendiri kenapa diri masih kekal di sini
Allah lebih Maha Mengetahui

Kerana tarikh dan hari
Diri melangkah untuk melunasi
Keizinan ibu yang mengiringi
Terus ke destinasi, harapan diberi

Jelas di kejauhan
Sekawan lembu tenang meragut
Setenang angin yang menyapa lembut
Sedikit terganggu bila rasa diri diperhati

Destinasi yang dituju kian menghampiri
Jelas terlihat gerigi besi kaku berdiri
Hati mula berkata tidak pada diri
Ohh..akhirnya memang bukan rezeki

hmmm..
Keluhan terzahir sendiri
Otak mula mencongak tipisnya peluang
Alhamdulillah, satu lagi jalan diberi
Dalam hati mula berbunga sedikit harapan

Indahnya alam Maha Pencipta
Rasa syukur kupanjatkan kurniaan diberi
Peluang diberi terus megah berdiri
Apakan daya, ketiadaan penghuni

Rasa panas mula bermukim di hati
Disapa lembut bayu lautan di sisi
Alhamdulillah, masih ditenangkan hati
Terus sabar menanti peluang yang tadi

Mungkin hati tidak tegar menanti
Otak pula giat memikir strategi
Kaki mula mengorak langkah
Membawa hati yang kian parah

Alhamdulillah, padaMu ku bersyukur
Sekali lagi peluang diberi
Sedikit harapan dan kekuatan
Mengorak langkah ke lain destinasi

Suria mula memacak tinggi
Langkah deras ku atur menuju destinasi
Merenik halus peluh di dahi
Tidak menggugat semangat kini

Sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui
Apa yang terjadi kerana diri
Kealpaan yang bermaharaja
Tanda kelemahan hati

Syukur Alhamdulillah
Sekali lagi kupanjatkan kepadaNya
Kerana sebuah tarikh dan hari
Apa yang dihajati terlunas kini



~__~
s a r what.

Saturday, March 12, 2011

Ada apa dengan nama?

Assalamualaikum

~Feel sorry to Japanese people that received the recent disaster. But i don't want to discuss about that topic because many of the blogger have been discussing about the topic on their entry. He tests, no one can stop.More and more disasters as a warning to His servants. SubhanaAllah.


Back to the topic. Hmm. Ada apa dengan nama? Nama indah yang diberi kepada umat Muhammad saw yang baru melihat dunia adalah amat penting malah akan menggambarkan perwatakannya pada masa hadapan seperti yang diharapkan oleh si pemberi nama berdasarkan nama-nama yang diberi.

Tidak dinafikan, banyak nama-nama Islam yang indah boleh diberikan. Tetapi, pada zaman kini banyak nama sangat cantik pada pendengaran kita tidak seperti zaman dahulu. Apa yang agak mengecewakan, ada di antaranya memberi nama yang sekadar indah pada bunyi tetapi tidak pada makna. Siapa taknak beri nama yang sedap-sedap pada anak bukan? Semua ibubapa akan bergitu teruja dalam memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir terutamanya ibubapa moden kini.

Dua contoh nama yang membuat aku rasa nak menulis tentang topik ni. Mikail Yahya Ilyas dan Jibrail Mikail Michelle. Dua nama yang mungkin jarang sekali aku dengar (tak tahulah blogger lain). Kalau waktu sekolah dulu, ada seorang ustazku menegur akan setiap nama-nama kami dalam kelas. Dia bertanya akan maksud nama kami dan sempat berpesan "seelok-elok nama biarlah bermula dengan nama Muhammad terutamanya bagi yang lelaki kerana akan didahulukan di akhirat nanti dan mempunyai makna yang baik-baik. Bukan yang hanya sedap disebut tetapi tidak mempunyai makna".


Antara nama lain : Machiko Aida, Umi Eva Maya. ~sahabat, kupinjam nama kalian. hehe. Aku tak katakannya ia nama yang tidak baik, sebab aku sendiri kurang arif akan makna nama-nama yang ada dalam muka bumi ni. Banyak lagi rasanya nama-nama yang agak jarang kita dengar. Kalau dulu nama-nama seperti nama-nama nabi dan isteri nabi sering digunakan, kini tidak lagi. Malah ada pula yang berasa malu akan nama yang diberi oleh ibubapa dahulu kerana beranggapan nama yang agak kekampungan dan sanggup tukar nama panggilan tersebut. Astaghfirullah. Apalah salahnya nama tersebut sekiranya ia membawa makna yang baik.

Sebaik-baik nama biarlah indah pada maknanya dan juga tidak menyukarkan anak-anak tersebut pada masa hadapan. Kerana, ada juga kes yang aku dengar, nama seseorang itu perlu ditukar gara-gara membawa makna yang agak berat dan tidak terbawa oleh anak tersebut terutamanya semasa dia masih kecil. Kesukaran dalam mengisi borang juga kadang-kadang memberi masalah kerana ketidakcukupan ruang. Cukuplah sekadar nama tersebut sedap didengar dan sedap juga pada maknanya. InsyaAllah lebih keberkatanNya.

ingatan pada diri sendiri dan masa hadapan :)

~wangi-wangian maksud namaku. thanks to my mom and my abah :)

Wednesday, March 9, 2011

Hope

Assalamualaikum


Apa sahaja yang ingin dilakukan mesti kita akan tanam dalam diri, walaupun secebis, 'harapan' dengan berharap apa yang dilakukan menemui kejayaan bukannya kegagalan. Tapi apa yang hanya mampu kita lakukan adalah dengan berusaha, berdoa dan bertawakal agar harapan itu tidak hancur musnah.

Tapi apakan daya kita sebagai manusia. Kita hanya mampu merancang dan Allah yang Maha Menentukan serta mempunyai perancangan yang lebih baik berbanding diri kita. Orang kata, janganlah kita terlalu berharap akan sesuatu yang terbaik kerana sekiranya kegagalan berlaku, kekecawaan yang teramat akan dirasakan. Iya, mungkin betul begitu. Tetapi kita sendiri memang tak lepas daripada meletak harapan bukan? walaupun ianya sebesar zarah. Tak salah berharap cuma haruslah diiringai dengan doa dan tawakal sebagai usaha seterusnya.

Jika menemui kegagalan walaupun telah berusaha sedaya upaya? Apa lagi yang harus dilakukan selain redha dan bersyukur kerana apa yang berlaku memang telah dijanjilkan Allah sebagai ujian kepada hambaNya kerana ada perkara yang lebih baik telah dirancangkan untuk kita. InsyaAllah.

Mungkin sesetangah dari kita tidak menyedari termasuklah diri ini apabila ianya menimpa diri. Lupa panjatkan kata syukur padaNya walaupun menerima kegagalan. SubhanaAllah. Belajarlah dari kesilapan agar kegagalan tersebut menjadi pengalaman untuk mengajar kita berusaha lebih kuat lagi untuk capai apa yang diinginkan. Dan jangan jadikan pula ianya sebagai pendorong untuk kita lebih lemah apabila menghadapi ujian yang sama pada masa hadapan.

Percaya dengan adanya hikmah disebalik apa yang telah berlaku itu adalah yang sebaik-baiknya dan terbaik. Cuma mungkin hikmah itu diberi dalam kita tak sedar kerana terlalu memikirkan kegagalan yang telah berlaku. Positive thinking juga diperlukan pada saat ini dalam menghadapi ujianNya dengan tenang selain lebih mendekatkan diri kepadaNya. InsyaAllah segalanya akan lebih mudah walaupun seberat manapun ujian yang diberi. InsyaAllah.. ammiin..


~ingatan pada diri sendiri. ~_~

Sunday, March 6, 2011

Ikhlas

Assalamualaikum.

"jangan nak merungut-rungut dalam hati buat kerja tu. ikhlaskan hati kalau buat tu even tanpa rela pun. paksakan jugak hati tu untuk ikhlas. belajar untuk ikhlas sebab Dia"

Ayat tu, selalu aku dengar dari mulut adik. Berulang-kali sehingga aku dah ingat tiap butir bicara dia yang selalu ingatkan aku sebab dia kata aku kalau buat suatu kerja macam tak ikhlas sebab banyak tanya kalau buat satu kerja yang bukan bidang aku. maaf! hehe. Kini, dah jadi sebati dalam hidup aku bila buat sesuatu yang sememangnya bukan kerja aku. Dengan pesanannya itu, banyak mengingatkan aku tentang keihlasan hati semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah swt. Terjumpa pula catatan Ust. Hasrizal tentang ikhlas yang sangat menarik. :)


Ikhlas ialah melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah swt, tanpa dicampuri dengan tujuan dunia. Amalannya tidak dicampuri dengan keinginan dunia, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan tinggi di kalangan manusia, meminta pujian, lari dari kejian, mengikut hawa nafsu yang tersembunyi atau lain-lain lagi yang boleh dihimpunkan dalam : “Melakukan amalan bukan kerana Allah.”

Ikhlas dengan makna ini adalah buah dari tauhid yang sempurna iaitu mengesakan Allah taala dalam ibadat. Kerana itulah riya’ (menunjuk-nunjuk) yang merupakan lawan kepada ikhlas adalah perbuatan syirik. Syidad bin Aus berkata : “kami mengira riya’ adalah syirik kecil pada zaman Rasulullah saw.” 

Sentuh sedikit tentang riya' yang juga merupakan salah satu penyakit hati. Aku agak sedih apabila melihat seorang yang dilihat cukup ilmu agamanya, tetapi tidak sedar akan apa yang dilakukan telah jatuh riya' dan juga ujub di hati. Sedih kurasakan apabila diri ini rasa tak layak untuk menegur kerana dia lebih arif akan hal tersebut. Lagi tambah sedih apabila ianya berterusan berlaku. Tabahlah wahai hati!

"Allah tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan jika memenuhi dua rukun iaitu; ikhlas dan bertepatan dengan sunnah dan syara'."

Rasulullah bersabda berkenaan rukun yang pertama bermaksud:


“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.” 

“Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak ada kena mengena dengan agama kami, maka ia adalah tertolak.”

Firman Allah swt:


“Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah dalam dua keadaan dia berbuat baik, sesungguhnya dia telah berpegang pada ikatan yang teguh.” (Luqman: 22)

Menyerah diri kepada Allah adalah mengikhlaskan niat dan beramal kerana-Nya. Membuat baik pula adalah mengikut sunnah Rasulullah saw. Fudhail bin ‘Iyadh berkata tentang firman Allah taala (al-Mulk : 2) yang bermaksud :


“Supaya dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang baik amalannya.”

Amalan yang paling baik ialah yang paling ikhlas dan yang paling benar.”Orang bertanya kepada beliau: “Wahai Abu Ali, apakah yang dimaksudkan dengan yang paling ikhlas dan benar itu?” 

Beliau menjawab : “Sesungguhnya sesuatu amalan itu, jika ia ditunaikan secara ikhlas sahaja tetapi tidak menepati kebenaran, maka ia tidak akan diterima. Begitu juga jika ia menepati kebenaran tetapi jika tiada ikhlas, maka ia juga tidak diterima. Amalan yang diterima ialah yang ikhlas dan menepati kebenaran. Ikhlas adalah semata-mata kerana Allah dan kebenaran adalah mengikut sunnah.”

Kemudian Fudhail membaca firman Allah Taala dalam surah al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud :

“Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan tuhannya, maka ia hendaklah melakukan amalan yang soleh dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.” 

Dari perkara tersebut, dapat kita ketahui bahawa niat yang ikhlas semata-mata tidak memadai supaya amalan diterima selagi tidak bertepatan dengan sunnah dan syara'. Begitu juga dengan amalan yang menepati syara' tetapi tidak disertai dengan niat yang ikhlas kepada Allah tidak akan diterima.

~hmm. banyak rupanya lagi yang terlepas pandang. Ingatan terbaik untuk diri ini yang selalu terlupa dan asyik dengan godaan dunia. Astaghfirullah..

Kawen kawen

Assalamualaikum.

~dalam tengah makan bihun sup+air oren sunquick :p, datanglah pula dua orang makhluk Allah yang tidak disangka-sangka akan muncul dalam sedang kami makan. Maka, dengan tidak terpaksa rela, sebab kerusi meja bukan aku yang punya, mereka tanpa segan silu duduk berhadapan dengan kami. Maka bermulalah bebelan-bebelan tentang majlis perkahwinan memandangkan kami berempat telah lama tak bersua dan single mingle. :p Disebabkan kebosanan tunggu si pengantin untuk berjumpa, maka dari satu topik ke satu topik. :) Tiba bab kawen...


~Thanks sahabat-sahabat sebab bagi support. Rancangan Allah yang temukan kita hari ni. :) Alhamdulillah.

 Yun, Sar, Jr, Lif

Jr: aku kalau tak bukak fb, aku tak tau budak ni kawen weh. 
Sar: ala.. Jr, dia tak jemput aku pun, Yun je dia jemput. Aku lagi la tau dari cik H, tu pun dia yang pesan.
Jr: ala.. suma sekarang nak pakai fb.
Lip: aku pun, cik K yang tag. kalau tak, tak tahu jugak. kaw pun Sar, esok2 tau je kaw dah ada anak dah. tak jemput pun. 
Sar: haha. insyaAllah tak. biar lah lagi telus. takdenye nak fb ni lagi..
Lip: nape? kaw sendiri nak datang rumah antar kad jemputan ke. hehe
Sar: haha. InsyaAllah. umur panjang jodoh sampai, ade la. hehe. tapi, bukan sekarang la. kaw doa2kan lah. hehe.

Setelah lama menunggu..

Jr : adoi! sampai bila nak tunggu ni?
Lip: ni kalau tunggu ni, sampai esok baru jumpa ni?
Sar: haha. lambat sangat ni. belum pernah lagi aku tunggu pengantin lama camni. dah pukul berapa ni. ~tengok jam dekat kul 10.30pm 
Yun: haah la. lama pulak cik pengantin ni. sar, semalam kita pergi weding officemate kita, jeles ar tengok pelamin dia. gila cantik. lagipun buat kat dewan.
Sar: yeke. hmm. jangan nanti buat gah2, esok lusa cerai berai. bukanlah doakan, kerja tuhankan jodoh tu. tapikan, bukan ke macam lebih2 camtu. ~aku senyum
Yun: ala.. janganlah niat macam tu.
Sar: bukan niat, tapi kita kene beringatkan.  
Yun: yela. ~senyum je

Nampak pengantin tengah bergambar kat pelamin dengan baju jawa kot..~tak taw la. nampak dari jauh. :p

Jr: ha, tu dah keluar. banyak nye cameraman.. berapa bajet budak ni.. yela, kawen sekali seumur hidup. hmm. tapi, tak mustahil kan merasa 2x.. hehe
Lip: oii.. ada pulak nak 2x.. haha
Yun: ha? 2x?
Sar: haha. betul jugak la Jr. jodoh, mana kita tahu, ada je yang baru kawen, esok lusa dah takda jodoh, sapa tahu. hehe. 
Yun: hmm yela. tapi, doakanlah tak jadi camtu. 


Toleh ke pengantin...

Yun: tukar2 baju ni, perempuan je la merasa. lelaki takdenya. hehe 
Sar: hmm. haah. tapi kita rasa macam tak penting pun. buat yang penting je sudah.. Yun, jangan risau, isnyaAllah kita tak buat macam ni, nanti pengantin sendiri turun layan korang datang. hehe~senyum
Yun: haha. bagus-bagus. takda la tunggu lama-lama. hehe.  
Jr: hmm. kalau macam ni, memang bajet lebih ar. ada band plak lagi. 
Lip: senyum
Sar: pandailah kumpul duit masing2. hehe. 
Lip: sar, kaw bila lagi?
Sar: ha? ape yang bile? ~blur sekejap,.. :p eh, budak ni dari tadi duk senyap je tetiba tanya aku pulak. :p
Lip: tuu.. ~tunjuk ke pelamin
Sar: eh. relax2 la dulu. nanti2 la.. duit pun takda. hehe.
Yun & Jr : haha...
Sar: korang siap-siapla kumpul duit nak kawen. hehe. sekarang takda duit, jangan suka-suka nak kawen. takkan nak buat loan kot kan.. hehe. susahlah pinjam loan. nanti sampai bila nak habis bayar..tu belum yang ada pinjaman belajar pulak.. 
Yun: makin susah pulak. nanti dah kawin, dengan loan lagi.. yang lain-lain lagi.

Perbualan ditamatkan gara-gara jam menginjak pukul 11 malam. Terlalu asyik pulak berbual isu hot bagi yang single mingle :p. Hish! lambat sudaa balik rumah. huu


Terpulanglah kepada individu kan. Pilihan terbentang di hadapan mata. Kita boleh jelas melihat mana yang lurus mana yang tidak. Mana yang benar mana yang salah. Mana yang terang mana yang gelap. Jalan yang diredhai atau jalan yang dimurkai. Semoga sentiasa diberi petunjuk dan diberkati. InsyaAllah. :)


~untuk sendiri ingat.. :p
lambat sudaa ni... hish! siap la esok kaw sar. ada yang tidur time makan ni nanti. :p

Friday, March 4, 2011

Tepak sireh

Assalamualaikum

Tepak sirih khas digunakan sebagai barang perhiasan dan dalam upacara-upacara rasmi. Oleh kerana tepak sirih penting dalam adat istiadat, ia tidak layak digunakan sembarangan, tambahan pula harganya mahal dan susah untuk dijaga dan dibersihkan (perpustakaan negara,2001)

Begitu sekali, adat yang mengangkat tepak sireh di dalam adat budaya kita.

Menjelang majlis pertunangan yang bakal berlangsung, hmm segalanya macam agak cool je. Cuma yang jadi isu dari mula perbincangan untuk bertunang dulu, tentang 'kehadiran tepak sireh, perlu atau tidak perlu' tambahan pula di pihak lelaki.

Ish, aku pun menyuarakanlah pendapat kepada yang terlibat,

ak: ala, tak payah pun takpe kot, pakai sireh junjung je sebab nak buat syarat je kan, lagipun, sekarang susahlah nak cari tepak sireh.
L: eh kaw ni, nanti orang kata kita tak ikut adat pulak.
aku: hmm. ok. ~aku diam sebab tak guna kita berbalah pada orang yang lebih arif kan. :p

Macam yang aku kata tadi, bukan mudah nak cari tepak sireh sekarang. Memang payah pun. Tetapi disebabkan adat, carilah juga sampai dapat. hmm.

Orang kata "sebab adat, nanti dikata orang". Maknanya, nak elak jadi umpatan orang andai kita tinggalkan adat, maka diturutkan jugalah.

"Islam tidak menyusahkan..."

Bukan nak membelakangi adat, lebih-lebih lagi kita orang Melayu penuh dengan adat. Bukankah lebih elok dan terbaik andai kita sekadar berlandaskan yang disyariatkan Islam. Yela, adat still adat. Bagi yang mampu bolehlah diteruskan segala adat terutamanya dalam perkahwinan tetapi pastikanlah lakukan selagi ianya tidak melanggar segala syariat Islam.

"biar mati anak jangan mati adat..."

Perumpamaan melayu yang mungkin tidak boleh digunapakai lagi pada pendapat aku. Sanggup anak yang mati dari melanggar adat. Sudah tak releven untuk masa kini. hehe. Siapa yang tak sayang anak? melainkan orang yang dah dihitamkan hatinya oleh syaian yang sanggup membuang anak ditepi jalan. SubhanAllah..

Adat dalam perkahwinan, banyak pantang larangnya bukan? Yela, mungkin aku tidak lagi arif akan benda ni semua. Sekadar yang tahu, that's why aku berani keluarkan pendapat kepada orang yang terlibat. Berapa jumlah dulang hantaran, naik pelamin, majlis berinai, kan semuanya adat. Hmm. Aku tak beranilah juga nak berkata lebih-lebih sebab kita hidup dalam adat. Segalanya beradat. Cuma, yang rasa-rasanya tidak perlu, sewajarnyalah ditinggalkan. Bersederhana dalam segala hal. Rasulullah yang mengunjurkannya begitu. InsyaAllah akan lebih diberkati. :)

gambar hiasan.. ahaks :p


"Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka" 
(Riwayat al-Bukhari).

~sekadar pendapat :)

Thursday, March 3, 2011

'Kemaruk berhibur'

Assalamualaikum

360: kenapa clubbing?
si girl: nak release tension. bangga kot dapat pegi clubbing. orang-oramg tua-tua ni mana layan clubbing macam ni. rasanya takda kitorang, tak meriah kot. haha.

Uih, agak segan silu lagi memalukan apabila ayat tersebut dituturkan oleh anak melayu kita. Under age lagi! Menipu mak ayah nak pergi study rumah kawan, rupa-rupanya study group lain yang mereka buat. Astaghfirullah. Sayangnya..kesian mak ayah yang ditipu terang-terangan dengan anak-anak mereka.

Tajuk 360 malam tadi, bunyi macam kasar tapi aku rasa memang bertepatan dengan apa yang berlaku. Lagi-lagi melibatkan tempat-tempat yang menyumbang kepada kesesatan. SubhanaAllah. Rasanya kalau bercerita akan side effect dari perbuatan ni, ramai yang dah tau kan. Tak perlu nak hurai panjang lebar. Apa yang aku nak kongsikan mungkin sedikit pengalaman lalu. Long long time ago. :)

Fitrah manusia inginkan keseronokkan atau hiburan tetapi biarlah berpada-pada sehinggakan ada harga diri tergadai. Tak boleh nak tunding jari kepada sesiapa apabila perkara ini berlaku. Sebab, yang terlibat bukannya budak kecil yang bertatih, tapi yang dah boleh fikir mana baik mana buruk. Mungkin keadaan hati yang semakin keras, mendorong lagi mereka jadi macam ni selain faktor-faktor persekitaran yang lain.

Walaupun aku masih belum yang layak untuk berada di sisi-sisi orang yang layak disisiNya, dan berusaha untuk menjadi layak di sisi orang beriman kelak. Alhamdulillah aku belum lagi terpengaruh dengan perkara-perkara macam ni dengan berbekalkan sedikit ilmu yang mak abah titipkan apabila berjauhan daripada mereka. Aku berkawan dengan sesiapa sahaja dan mempunyai rakan yang terdiri daripada mereka-mereka yang agak 'favorite' untuk pergi ke tempat-tempat ni. Pernah dulu aku nyatakan hasrat dengan niat ingin bergurau:

ak: weh, aku rasa aku nak ikut la korang, sebab aku nak tengok situasi kat dalam tu macam mana.
Y & T : hah! ~muka dah pelik.
ak: ha. ye la. aku nak tengok macam mana dalam tu. hee ~senyum.
T: betul kaw nak pergi?
Y: jom-jom, malam ni kita pergi.
ak: erk? ok ok. ~senyum lagi.

tengah siap-siap nak pergi..

Y: weh. kaw kata nak pergi. apsal tak siap lagi?
ak: hahaa. gila ke ape. simpang jauh la. aku saja je la.
T: haha. aku dah agak dah. kaw tak pergi. saja je kan. 
ak: hehehe
Y: jom la sar. kaw kan nak tengok camna. hehe
ak: haha. tak nak ar. sesia je pergi. korang nak pergi, pergi je la. aku doa selamat pergi, selamat balik. hehe.
T: cehh. beb, kalau kaw nak pergi aku tak kesah, tapi aku memang tak galakkan kan la orang kaw pergi. aku taknak ar kaw jadi cam kitorang pulak tetiba. hehe
ak: haha. aku tak pernah terlintas pun nak pergi tempat-tempat macam tu la beb. hee.

hehe. Kenangan lalu. Sungguhpun mereka macam tu, tapi takda pula mereka cuba menghasut atau mencucuk sahabat-sahabat yang lain untuk sertai. Cuma, ada juga yang tidak diajak langsung, tiba-tiba nak joint. Arghh. Syaitan bergelak ketawa tampar menampar melihat, bila dia berjaya lagi menarik seorang hamba Allah menyertainya. SubhanaAllah.

Mungkin ada yang tahu, kalau setiap Khamis malam Jumaat merupakan "Lady's Night" yang mana malam tersebut tiada pembayaran yang dikenakan untuk memasuki pusat hiburan. Bayangkanlah, orang lain bertadarus di rumah, mereka bertadarus di lantai dansa. hmm. SubhanaAllah. Tu belum termasuk pula hari minggu. Full la kat dalam tu agaknya eh. hmm. ~maaf aku memang tak tahu! :p

Aku paling tak suka bila mereka ni balik keesokkan harinya, then rambut mereka, perghh. Gila bau rokok dan ntah apa-apa ntah bau. Busuk giler. Hmm. Cuba bayangkan, kalau dah tempat pun macam tu, memang tak hairanlah bau pun macam tu. SubhanaAllah. Faham-faham je lah. Yang aku sedih, ada seorang rakanku, yang pada asalnya tidak mengenali apa itu clubbing, tiba-tiba menjadi peminat clubbing. ~tak tau lah sekarang masih atau tak. hmm. Si T dan Y tu pun sekarang dah tak layan clubbing dah. Alhamdulillah. Perubahan yang amat aku nantikan untuk melihat mereka berubah dan meninggalkan perkara-perkara kurang pedoman tu.

Macam 360 malam tadi, ahli clubbing merupakan anak muda belia belasan tahun lagi dah melibatkan diri. Sayang bukan? Pelapis-pelapis anak bangsa sedemikian rupa. Aku berani katakan yang mereka ini bukan dari golongan yang susah, tetapi mungkin dari keluarga yang agak berduit. Tambah pula keadaan keluarga yang sibuk dengan urusan sehingga terlepas pandang akan perihal anak-anak di luar. Disebabkan keseronokan, kemewahan, harta, menyebabkan mereka lupa akan akhirat. SubhanaAllah. Perlu diingan juga, sebelum kita menghadapi neraka akhirat, kita juga perlu melalui neraka dunia yang mana Allah akan memberi balasan tidak sehingga di akhirat kelak. Di dunia ini telah Dia berikan hukuman. Astaghfirullah..

"dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir." 
(Al-an'am:32)

~semoga sentiasa diberkati dan dilindungi daripada syaitan. InsyaAllah ~_~

Tuesday, March 1, 2011

Manjakan anak dengan tangan

Assalamualaikum :)

Mungkin pepatah melayu "Sayangkan anak, tangan-tangankan, sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan" lebih enak di dengari berbanding tajuk di atas. Hanya nak bincang bab anak je walaupun saya belum ber'anak' dan juga mempunyai keinginan tersebut pada suatu hari nanti. InsyaAllah sekiranya diberi kesempatan. Ini sekadar pendapat berdasarkan ilmu yang pernah kupelajari. :)

Bukan nak tunding jari kepada sesiapa, just want to say in general based on my an experiences (environment) and also in my past educations. Kalau dari segi pendidikan, sudah tentu ianya daripada teori-teori pakar psikologi mahupun pakar kanak-kanak. Tapi apabila berdasarkan pemerhatian di persekitaran, seolah-olah menyokong teori tersebut.

Inginku kongsikan antara teori pembelajaran yang berkaitan :
Teori pembelajaran sosial yang diperkenalkan oleh Albert Bandura - iaitu manusia boleh belajar melalui peniruan atau pemerhatian terhadap tingkahlaku model. Kanak-kanak boleh belajar sesuatu corak tingkahlaku daripada rakan yang menjadi model. Juga boleh meniru tingkahlaku ibu bapa dan juga ahli keluarganya yang lain. Guru juga boleh menjadi model yang sentiasa diperhatikan. Maka, adalah penting bagi ibubapa, guru dan remaja menunjukkan contoh yang baik. :)

Contoh paling dekat yang kita boleh ambil apabila melibatkan tingkahlaku negatif. Iaitu apabila seorang kanak-kanak merengek pada si ayah supaya membelikan barang-barang seperti rakannya juga. Jikalau dari family yang senang, tidak mengapalah juga. Bayangkan dari keluarga yang kurang kemampuan. Tak ke haru namanya. huu.

Berbalik kepada topik, pada pendapat aku tidak sewajarnya dimanjakan berlebihan. "Manjakan dengan tangan" di sini bermaksud, kadang-kadang perlulah memukul anak-anak ini dengan berpada dengan niat bukan untuk mendera tetapi sekadar peringatan agar perilaku tersebut tidak diulangi. Bukan apa, aku melihat perilaku orang disekelilingku dalam mengasuh anak-anak. Sehinggakan, aku pula yang tidak sabar melihat tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tersebut melakukan kesilapan tetapi tidak dimarahi malah menurutkan lagi kehendak anak tersebut. "pa, nak itu, pa nak ni, pa, taknak mcam ni, pa taknak macam tu". Tambahan pula anak tersebut tidak pernah dipukul dan dimarahi. Apabila orang lain yang memarahi, ibu bapa pula yang meradang sebab anak mereka dimarahi. hmm.

Yela, siapa yang tak sayangkan anak. Ibubapa mana yang sanggup menghampakan impian dan harapan anak-anak mereka. Sesusah manapun, akan dicari juga semata-mata ingin memberi kegembiraan pada wajah si anak. hmm. Cuma, risau jika melihat anak-anak sekarang. Betapa bertuahnya mereka mendapat segala kemewahan dan kemudahan yang disediakan oleh mak ayah tetapi disalahguna pula. hmm. Lebih buruk lagi apabila ada anak-anak yang semakin 'naik tocang' atau dengan erti kata lainnya mula nak 'pijak kepala'. Terlalu melebih-lebih pula. Astaghfirullah.. tak tahu la nak kata macam mana. Semoga ku dijauhkan dari segalanya. InsyaAllah.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.(Ibrahim:40)

~to my bro, happy birthday to u! semoga sentiasa dilindungi dan dredhai selalu. selamat bertunang juga! :)