Monday, May 2, 2011

Hanya kerana..

Assalamualaikum :)
Mata
Dikurnia Allah kepada makhlukNya
Menghayati keindahan ciptaanNya
Mengagumi kebesaranNya
Mensyukuri nikmat kurniaanNya

Kata orang, dari mata turun ke hati
Indah ciptaan, ligat mata meneliti
Sekali pandang, katanya rezeki
Semakin dipandang, terpaku terhenti
Puji syukur nikmat yang diberi
Keindahan dikurnia amat bererti

Kerana mata turun ke hati
Apa dilihat menipu diri
Mula berbisik terdetik di hati
Hasutan durjana cepat menghampiri
Merosak jiwa perosak hati
Sedikit alpa hanyutlah diri

Dari mata resap ke hati
Berdosa di mata berjangkit ke hati
Bukan zina mata, tidak pula zina hati
Namun mata adalah kuncinya hati
Tiap bisikan cepat ditolak cepat dihindari
Percayai diri tanam iman di hati
~s a r

~disebabkan sudah lama tidak melibatkan diri dalam keadaan hamba-hambaNya yang sibuk berkejaran ke sana ke mari menghayati harta duniawi, sibuk mengurus tuntutan duniawi. Tetapi hari ini, keputusanku hanya sekadar menghantar my lil'bro pulang ke asramanya,sepanjang perjalanan, mataku juga sibuk melaksanakan agenda yang tersendiri kerana sudah lama juga tidak menghayati keindahan ciptaanNya.

Ligat ke sana ke mari mataku melihat. Sesekali pandangan mataku TERsinggah lama pada keindahan ciptaan Allah. Tiap kali itu juga, pantas aja detik hati melarang keras perbuatan TER itu. Astaghfirullah.. Berhenti di kawasan yang dipenuhi hambaNya yang sibuk membelanjakan harta dunia, mataku ku juga ligat memerhati sana sini mencari apa yang ingin dicari. Saat itu juga TER juga yang berlaku. Mungkin itu akibatnya kalau mata sudah lama tidak menghayati keindahan ciptaan Allah. Semua nak TER.. Astaghfirullah.. Alhamdulillah..TER itu bukanlah sehingga ZINAnya MATA. Hati ini yang menolak sendiri.

Perjalanan pulang, tanam di hati untuk mengawal sedikit pandangan mata. Alhamdulillah. Mataku ligat pula melihat langit Allah yang mendung dan cahaya jingga makin menghilang. Sesekali mataku melihat kiri kanan jalan yang dipenuhi sesakkan kereta. Tidak kurang juga yang bermotorsikal. Mataku sedikit TERnakal apabila melihat aksi muda mudi remaja. Timbul pula detik di hati."Dik, baju kaw jarang. Boyfriend kaw tak tegur ke?". Hmm. aku geleng kepala.

Sampai di satu persimpangan jalan. Jam dashboard 6.45pm. Kiriku rumah Allah tersergam indah lengang dari kunjungan. Kananku keindahan kurniaan Allah ciptaan manusia. Anak muda belia masih ligat gelak bergembira. Tapi perjalananku adalah jalan terus ke hadapan memandangkan sudah hampir ke destinasi. Tidak ke kiri mahupun ke kanan. Abahku bersuara "makin maghrib makin ramai." tuju abahku ke sebelah kanan. Jawabku selamba "nak tengok sunset." sebab terlihatkan mereka berpasang-pasangan.Tidak kurang juga bersama keluarga tercinta.


Serius! waktu tu aku sendiri tergoda tengok langit dan cahaya jingga yang semakin menghilang. SubhanaAllah. Cantik sangat! Tapi memang bukan rezekiku untuk menghayati keindahan itu. But.. i still can smile because i was not involved in that situation. Alhamdulillah... :)

Dikatakan zina mata itu adalah dengan pandangan sehingga menaikkan syahwat. Seperti di dalam surah An-nur 30-31....hendaklah mereka (lelaki/perempuan) menundukkan sebahagian pandangannya dan menjaga kemaluannya dan jangan menampakkan perhiasannya...

Zina mata ini bukan sahaja akan merosak kemurnian hati malah menjadikan ketidakstabilan untuk berfikir.
Seorang penyair berkata:

"Apabila engkau melepaskan pandanganmu untuk mencari kepuasan hati. Pada satu saat pandangan-pandangan itu akan menyusahkanmu jua. Engkau tidak mampu melihat semua yang kau lihat. Tetapi untuk sebagainya maka engkau tidak bisa tahan."

Reminder to myself! :) 

6 comments:

Kakzakie said...

Assalamualaikum sar,

Ainun-mata. Amat diperlukan dan memerlukan mata hati juga apabila menggunakannya. Ada mata memandang tapi kosong yg diperolehi.

Bersama kita gunakan mata utk kebaikan. Sesama ingat-mengingati....

Piasara said...

"kadang2 TER juga...nak buat macamana,asalkan perkara2 yg tak elok tu kalau dah TER...jgn sengaja pulak di pandang kali kedua,heeeee..
smga kita sentiasa memelihara deria kurniaan Allah ini ke jalan yg di redhaiNya.."

s a r said...

kakzakie

waalaikumussalam kak :)
hmm. betul tu kak. ada mata, buta hati pun, takda apa kan.

thanks for comment kak :)

s a r said...

kakpia :)

hee. betul tu kak. sekali dah rezeki, dua kali apa cerita pulak erk.

mata kita ni, kalau dah kawal macam manapun, mesti terlepas juga. cuma, kena sentiasa beringatlah. jangan pulak buat sekali takpe, dua kali pun nak takpe jugak kan.

anyway, thanks for comment :)

islam mumtaz said...

wah zina gak hanya itu2 ja ya.. ternyta ada zina mata, zina tangan, bahkan zina hati juga ada.... lihat kitab sullam taufiq... makasih atas kunjungan dan artikelnya.. salam kenal dari tmn indonesia.....

s a r said...

salam islam mumtaz :)

terima kasih sebab sudi ziarah blog.

ya. zina bukan hanya ZINA semata. cuma tidak disalah ertikan apa itu sebenarnya zina mata, hati, lisan.

thanks again for comment :)